- Indeks kebebasan akhbar M'sia terus jatuh9:48AM Feb 12dikemaskiniKedudukan itu meletakkannya bawah negara-negara seperti Bangadesh (146), Myanmar (145) dan Cambodia (144).
PENAFIAN PERMIT PENERBITAN FZ.COM
Saya ingin menyatakan kebimbangan dan kerisauan saya berkenaan berita
Kementerian Dalam Negeri telah menolak permohonan Edge Communications Sdn Bhd untuk satu permit suratkhabar bagi
syarikat tersebut iaitu FZ.com.
Ini sangat mengejutkan dan adalah satu langkah yang sangat aneh
memandangkan Mahkamah Tinggi baru sahaja memberi kebenaran kepada Edge
Communications untuk meneruskan prosiding semakan kehakiman terhadap
Kementerian Dalam Negeri berkenaan keputusan Menteri Dalam Negeri untuk
menangguhkan kelulusan permit tersebut.
Perkara ini muncul sejurus selepas suratkhabar The Heat digantung untuk beberapa minggu oleh Kementerian Dalam
Negeri.
Alasan-alasan penggantungan The
Heat yang diberikan oleh Kementerian tersebut tidak kukuh dan sangat tidak
jelas lalu menimbulkan persoalan, mengapa langkah ini diperlukan?
Kementerian Dalam Negeri sekarang perlu memberikan penjelasan kepada
rakyat Malaysia mengapa Kementerian perlu menolak permohonan lesen FZ.com.
Kegagalan untuk berbuat demikian hanya akan mengesahkan persepsi yang
semakin meningkat bahawa Malaysia kejam terhadap wartawan yang adil dan bebas.
Di dalam kedudukan kebebasan media terbaru yang dikeluarkan oleh Wartawan Tanpa
Sempadan (Reporters Sans Frontieres), Malaysia mendapat kedudukan 147 di dunia.
Ini merupakan kedudukan terendah negara sejak senarai itu mula dikeluarkan dan
pada tahun ini kita menduduki tangga lebih rendah berbanding Myanmar!
Sukar untuk menterjemahkan penggantungan-penggantungan suratkhabar
baru-baru ini sebagai perkara lain melainkan bukti kukuh bahawa Kerajaan Najib
Razak kini semakin takutkan bayang-bayang dan tidak boleh menerima sebarang kritikan.
Ironisnya, pentadbiran yang sama ini membenarkan pula beberapa
pertubuhan-pertubuhan yang kononnya NGO untuk mengeluarkan kata-kata yang
berunsur perkauman dan membuat ugutan keganasan tanpa sebarang halangan.
Tindakan ini juga menunjukkan janji-janji Perdana Menteri tentang
perubahan adalah penipuan.
Rakyat Malaysia sekarang boleh menghakimi sendiri betapa kosongnya
janji-janji tersebut, khususnya pindaan-pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan (1984) yang membuat sedikit sahaja untuk melindungi media daripada
penyalahgunaan kuasa dan dolak-dalih politik.
Media yang bebas dan adil adalah perlu untuk sebarang masyarakat
berfungsi dan makmur.
Malaysia tidak akan berjaya untuk menjadi sebuah negara yang maju
tanpanya.
Kerajaan ini – jika benar-benar serius tentang perubahan dan membuat
hidup rakyat Malaysia lebih baik – mestilah menolak peruntukan-peruntukan kejam di dalam Akta 1984, pastikan liputan
yang adil di dalam media aliran utama dan bergerak ke arah melindungi hak untuk
bersuara.
NIK NAZMI NIK AHMAD
TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA
1 ulasan:
Kah kah kah.... Agak2 la bro nak buat statement pun.
"...media di Malaysia lebih jauh bebas berbanding sebelumnya,"
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-nafi-laporan-rsf-dakwa-media-malaysia-bebas-bawah-najib
Catat Ulasan