Jumaat, 21 Februari 2014

AL- FATIHAH




AL- FATIHAH
sama sama kita
curahkan simpati
kepada ibu bapak
adik kakak audara mara
kawan taulan yang ditimpa kemalangan

Dua mayat ditemui, enam lagi mangsa sedang dicari

SEGAMAT 21 Feb. - Dua mayat daripada lapan remaja mangsa lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini, ditemui petang ini.

Mayat Mohd. Hafizul Daniel Norhashim, 16, ditemui kira-kira pukul 3.30 petang dan mayat Mohd. Zikri Zaidi, 14, ditemui 10 minit selepas itu.

Gerakan mencari dan menyelamat enam lagi mangsa iaitu Mohd. Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd. Izoan Hakimis Amin, 13, Nazrol Aminuddin Zamri, 15, Mohd. Noreen Zainal, 14, dan Mohd. Hafizuddin kamal, 16, masih dilakukan.

Mereka semuanya berasal dari Taman Mewah di sini dan dipercayai mandi di sungai tersebut sebelum tragedi itu berlaku. - UTUSAN MELOYO

------------

1 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Alfatihah....kalau aku....aku akan jadikan kelas renang wajib di setiap sekolah....sedari tadika sampai unversiti...ini kerana ianya adalah asas servival hidup...didarat...air dan udara...kenapa sanggup bayar penasihat bayar juta juta...satu kolam renang berapa sen sangat...semua kena tahu beb....SEKOLAH TEMPAT RIANG RIA MENCARI KEBENARAN...kerana orang yang paling bijak adalah orang yang tahu apa apa tapi suka dan rajin bertanya...siapa ajar....ahhhh...RAISTOTALE ajar.