Ahad, 16 Februari 2014

BUNUH SAMA SENDIRI







ADUN BUKIT NANING PERLU LETAK JAWATAN, DISIASAT SPRM

Saya rujuk laporan berita 10 Februari 2014 yang berkata Ketua Umno Bahagian Bakri  Saipolbahri Suib dan ADUN Bukit Naning digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.

KEADILAN Johor memandang isu ini dengan amat serius. Anggota-anggota KEADILAN Johor telah diarah untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM perlu menyiasat kes ini dengan teliti dan secepat mungkin.

Pada masa yang sama, ADUN Bukit Naning wajib meletak jawatan kerana keterlibatan beliau di dalam politik wang yang merupakan satu bentuk rasuah sewaktu pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap beliau.

Politik wang yang cukup kronik dalam Umno tidak akan sekali-kali dibenarkan merebak dalam KEADILAN. Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang dipengerusikan oleh YB Dato' Johari Abdul telahpun menggariskan panduan jelas demi memastikan budaya jelek ini tidak akan dipraktikkan dalam Pemilihan parti yang akan diadakan tahun ini.

CHUA JUI MENG

Pengerusi KEADILAN Johor



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...BARU JELAS BERITA INI... kah kah kah..

kah kah kah..SPRM DAH MASUK.... kah kah kah..

kah kah kah... SI SAIPOLBAHRI NI GENG SAPA?... kah kah kah..

kah kah kah..SELALUNYA SPRM  DIBAWA  kah kah kah..

kah kah kah...UNTUK BUNUH MUSUH POLITIK... kah kah kah..

kah kah kah..ENTAH ENTAH GENG  GHANI OSMAN... kah kah kah

woit..ORANG JOHOR ADA MAKLUMAT?..... kah kah kah

Umno serius benteras politik wang, kata Khaled

JOHOR BAHARU:Kes Ketua Umno Bahagian Bakri Saipolbahri Suib digantung keanggotaan oleh parti baru-baru ini harus menjadi peringatan buat pemimpin dan anggota Umno supaya mematuhi disiplin parti.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tindakan itu menunjukkan bahawa Umno tidak kompromi dalam soal-soal disiplin.
“Ini adalah satu peringatan kepada pemimpin dan ahli Umno untuk mematuhi disiplin parti. Umno memang beri perhatian dan ambil serius terhadap perkara-perkara seperti ini (dari segi perjalanan parti),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di sini hari ini.

------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semua salah UMNO-BN
PKR yang paling mulia

DIDI KOTA BELUD berkata...

Pahang vs johor sebenarnya turrrrrrr....hehehehehe