TERSOROK DI BELAKANG TABIR
Kenyataan Media
19 Februari 2014
Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Harus Minimakan Ruang Manipulasi
Satu perkembangan yang pelik telah berlaku di sekitar Kajang apabila pasukan pemantauan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang pagi ini.
Apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA.
Dalam perkembangan yang sama, adakah kehadiran warga asing ini turut berkaitan dengan kelewatan melampau tarikh pilihanraya kecil yang jatuh pada akhir Mac dengan alasan yang tidak masuk akal?
SAMM tidak menolak kemungkinan kelewatan tarikh PRK ada kaitan, demi persiapan lebih rapi untuk penipuan pilihanraya kecil N25. Usaha SPR untuk menggunakan senarai pemilih yang baru (Mac 2014) juga agak meragukan.
SAMM turut menggesa supaya SPR meminimakan ruang-ruang manipulasi antaranya dalam soal jumlah pengundi awal yang begitu ramai.
Menjadi persoalan, mengapa SPR menggunakan petugas dari pengundi DUN Kajang? Mengapa tidak SPR memanggil petugas dari sekitar Bangi, Semenyih dan Cheras untuk menjadi petugas pilihanraya?
Jika SPR memanggil pengundi Kajang sebagai petugas maka ia membuka ruang manipulasi dengan peningkatan besar jumlah pengundi awal. Ini sepatutnya boleh dielakkan.
Sebagai sebuah badan yang tercalar teruk menafikan demokrasi dalam PRU lalu, SPR harusnya terarah untuk menjadi lebih bersih bagi mengembalikan keyakinan orang ramai. Namun pemerhatian SAMM setakat ini, SPR tetap tidak berubah dan tidak punya usaha yang nyata untuk perbaiki kelemahan. SPR terus diperkudakan pemerintah.
Sebelum ini SAMM telah mendesak pihak SPR memperinci anggaran perbelanjaan RM1.6 juta untuk PRK Kajang yang disifatkan agak tinggi. Ia ekoran operasi SPR yang kerap menggunakan orang tengah dalam pelbagai urusan secara tidak langsung berlaku ketirisan dan pembaziran.
Akhir sekali, SAMM menyeru kepada orang ramai dan semua aktivis demokrasi agar turun ke Kajang untuk memastikan pilihanraya kecil kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Harus diingat, Inilah 'turning point' bagi pihak Barisan Nasional maka tidak mustahil penipuan terbesar dalam sejarah bakal berlaku di Kajang.
Sekian,
che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM
TAKLIMAT
UNTUK PENGUNDI HANTU
4 ulasan:
Terkini terknow.....polongis polongis didapati mencuba cara baru untuk mengakap pendatang tanpa izin melalui sekatan sekatan jalanraya disekitar puduraya semalam....hampir semua pemandu teksi kalau ada penumpang diperiksa dan diarah turun.....hehehehhe...kemana mereka niii dibawa...bai...kem PATI disemenyih lagi banyak pengundi...free lagi...hehehehhe
oh! hello! dari chegu bard rupanya laporan ni. masih aktif rupanya.
ingatkan dah tak aktif sebab kenyang makan kenduri :)
DAH TAU SISTEM PILIHANRAYA & SPR MASIH KOTOR, CARI PASAL BUAT PRK APA JADAH. BODOH. JALAN RAYA JAWAPANNYA.
Ini PRK pada 23 mac hari ahad..Citi..Myamar didaftar sebagai pekerja kilang dan masuk dalam daftar undi SPR penjilat UMNO>Jabatan Pendaftaran akan bagi My kad express..
Pastikan all penyokg pakatan turun beramai ramai....Kalau penguatkuasa nak lindung and cover,ajar mereka kaw kaw..
Catat Ulasan