Khamis, 27 Mac 2014

CARA MEMBACA POLITIK MALAYSIA





INGATI CARA MEMBACA POLITIK MALAYSIA
 Pemimpin PKR ditempelak
SHAH ALAM 26 Mac - Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim menempelak sesetengah pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didapati bertindak melulu mengeluarkan kenyataan mempertikaikan kerjasama kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat berhubung isu penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Beliau menyifatkan bahawa usaha untuk menstruktur industri air termasuk pengambilalihan syarikat konsesi air di Selangor merupakan usaha yang kompleks, tidak boleh diselesaikan dalam tempoh singkat.

Ini kerana, katanya, dalam isu pengambilalihan syarikat konsesi, Selangor merupakan negeri pertama akan menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

"Maka sebab itu saya minta (pemimpin parti) supaya tidak membuat sesuatu tindakan melulu (jump the gun) dalam hal ini. Kita kena hargai kompleksiti untuk menyelesaikan pelaksanaan (penstrukturan industri air) ini.

siapa disokong oleh utusan
ialah musuh

siapa dibenci utusan ialah kawan



--------

Tiada ulasan: