DARI BRIXTON
jam lima pagi
tim bilik sulit masih lagi tidoo
gwa bangun awal
kerana tidoo awal
nak menulis skrip
malam ni buat lawak berdiri
dengar khabar semua tiket telah ditempah
BUYONG
MAT FELDA
lebih 100 orang
sekarang gelabah
tak tahu apa nak buat
ni mat slleh ke?
ni warga malaysia?
ni yang rasa nak terkencing ni
nasib baik tak kencing macam rosmah
kalau tidak banjirlaaaa brixton
kah kah kah
BRIXTON
ni tempat lama gwa
tempat jatuh cinta
tempat jumpa awek
tempat mengawan
tempat belajar
tempat pancutan terair
kedai ikan gwa ada lagi
tapi orang lain dah ambil
minah cun anak towkay ikan dah tak ada
mana dia dah pergi
dulu umo dia 20 tahun
ni mesti dah masuk 40
ini kesah gwa jatuh cinta dengan penjual ikan
cinta tidak di balas
cinta yang indah ialah cinta yang gagal
20 tahun kemudian gwa datang lagi
setia pada harapan
tapi dia kata tak janji
inilah kesah cinta gwa
yang akan dibukukan
kah kah kah
RUMAH LAMA
lihat kembali
sedih ada
tapi kali ini tak sedih sangat
kerana ramai member
kalau gwa datng sorahng sorang
macam cari aisah dulu
gwa akan rasa sedih
AISHAH
kami kini duduk di brixton road
sama dengan alamat rumah aishah
tapi kami sibuk
nanti laaaaa...
KOTA LONDON
untuk gwa yang seronok ialah air anggur murah
dan ale yang tak ada gas
ikan salmon
ikan trout\
ikan makerel
kupang
NAMPAK KE FELDAAN MAMAT INI
TIM BILIK SULIT
laaaa... ambil gambar ambil gambar
sana sini ambil gambar
gwa tak ada gambar
sampai kiamat pun
tak ada gambar gwa di trafalgar square
tak ada gambar gwa depan big ben
kah kah kah
nampak feldanya
kah kah kah
akan lengkap ke feldaan
bila mereka masuk tengok musikal
kah kah kah
dari dulu lagi
kami yang cool dari kota london
akan anggap musikal ini
adalah untuk mak cik pak cik belanda
yang dah selesai jual teloo
datang berbelanja ke london
ni macam mak cik felda dan pak cik felda
dah selesai jual sawit
datang ke istana budaya
nak tengok musikal
kah kah kah
tapi nak buat macam mana
tim bilik sulit ini pelancung
nanti bila mereka dah sedar
baru mereka tahu
gambar yang lekat ialah dalam ingatan
YANG INI BUKAN FELDA
INI POLITIKAL
--------
1 ulasan:
Bro..
Kefeldaan--ayat baru..muka felda, stail felda.fikiran felda.kahkahkah..bukan ngutuk org felda..tapi makcik felda kasi gua kacau..kahkah
betul bro cakap..
gambar yang diingati bukan di album atau kertas..tapi di ingatan.
Kenangan boleh mengusik jiwa..boleh jadi sasau bro..ape kelas tengok gambar...kahkahkah
Catat Ulasan