Rabu, 19 Mac 2014

HILANG KE MANA





KEMANA PERGINYA 

KAPAL ITU

Telah melintasi lebih dari satu minggu pesawat MH370 telah hilang lenyap. Seramai 239 penumpang dan anak kapal  telah hilang lenyap semenjak 8 March lalu. Apa yang terjadi? Saya secara jujur – sama saperti warga dunia -  tidak tahu apa terjadi. Malah akan bertaynya apa sebenarnya berlaku. Tetapi bukan ini  yang ingin saya paparkan dalam tulisan kali ini.

Apa yang terjadi kepada MH370 telah menjadi spekualasi diseluruh dunia. Sesiapa sahaja  yang berminat  mengikuti berita ini mungkin  ada memiliki teori dan labon tentang apa yang telah terjadi. Pelbagi teori dan sudut telah dikupas. Pelbagai dongeng telah terhambur. Para peminat teori konspirasi telah mula menulis berjela-jela. Malah saya sendiri telah menerima pelbagai alamat blog yang menulis teori konspirasi. Meminta saya memberi komen.

Saperti biasa tukang labon teori konspirasi ini akan mengkaitkan Yahudi, Free Mason, Amerika, CIA dan dan dan. Tidak cukup dengan ini diselitkan juga ayat-ayat suci untuk memperkokohkan teori labon ini.

Saya menolak semua teori konspirasi ini. Untuk saya pada tahap ini satu kemalangan telah berlaku. Hati dan harapan kita adalah kepada kaum keluarga sanak saudara penumpang dan anak kapal yang telah ditimpa kemalangan ini.

Tetapi kenapa teori konspirasi ini muncul? Inilah yang ingin saya paparkan kepada pembaca kali ini. Kita wajib mengetahui bagaimana teori konspirasi ini berjalan, bergerak dan tersebar.

Saya masih ingat lagi ketika saya di Beirut dalam tahun 1975. Ini sesudah terbunuhnya Al-Malik Faisal raja Saudi ditangan anak buahnya. Saya ditanya oleh anak-anak muda Palestin dan Arab yang sedang bergerila menentang fasis Falangist di kota Beirut  – siapa membunuh Raja Faizal?

Bila saya tidak memiliki jawapan muncul pula soalan cepu mas. Dimana Malik Faisal sekarang? Saya tersenyum tanpa jawapan. Lalu saya diberitahu bahawa Malik Faisal sedang berkonspirasi dengan Allah untuk ‘mengkambuskan’ perjuangan Palestin. Bunyi ayat ini lawak. Mana mungkin yang telah mati berkonspirasi. Tetapi inilah hakikatnya yang telah berlaku.

Kita juga pernah membaca tentang Lady Diana, tentang John Lennon , tentang Malcolm X, tentang Martin Luther King , tentang JFK dan dan dan. Pelbagai kesah dan teori konspirasi yang kita baca dan dengar tentang kematian mereka. Kenapa ini berlaku? Apa hubungan dengan MH370?

Mari kita ingati kembali bagaimaan kita  warga Malaysia anak semua bangsa telah diberitahu tentang kemalangan ini berlaku. Berita kemalangan ini hanya dibuka kepada umum hampir 5 jam sesudah putusnya hubungan anak kapal dengan radar dibumi. Kenapa ini berlaku? Tiga jam atau 5 jam lewat ini kini  menjadi asas  teori konspirasi.

Asas teori konspirasi ialah  keyakinan. Asas induk ialah kepercayaan orang ramai terhadap kenyatan resmi. Harus diakui bahawa 52% rakyat  Malaysiai telah mengundi  Pakatan Rakyat. Ini bermakna mereka TIDAK yakin dengan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya.

Seramai 52% warga ini tidak akan percaya kepada apa sahaja yang dituturkan oleh Najib, atau sepupunya  Hishammuddin atau sesiapa sahaja yang dilihat mewakili kepentingan United Malays Natioanal Organisation. Mustahil gerombolan yang telah menipu dalam PRU13 akan diyakini cakap-cakap dan kenyataan mereka tentang MH370. Najib dan Sepupunya tidak memiliki kredibiliti. Walau pun Najib  dan Sepupunya memulakan sidang  akhabr dengan bismilalah ianya tidak memungkinkan 52% warga Malaysia kembali  percaya kepada mereka.

Jelas teori konspirasi bergerak diatas ketidak yakinan warga terhadap lembaga daulah. Hilangnya keyakinan ini bukan satu yang baru di Malaysia ini. Seramai 52% warga  yang mengundi Pakatan telah tidak yakin dengan  kerajaan. Ini bukan data  yang saya mucul-munculkan. Data 52% ini adalah keputusan PRU13.

Apabilan Najib membuka  mulut maka soalan  pertama akan timbul  dari anak semau bangsa ialah siapa bunuh Altantuya? Siapa mengupah Sirul dan Azilah untuk membunuh Altantuya? Selagi persoalan ini tidak  terjawab apa sahaja  yang dicakapkan oleh Najib dan Sepupunya pasti tidak akan diyakini orang ramai. Kalau dalam kes Altantuya mereka menipu mustahil dalam kes MH370 ini mereka tidak menipu.

Bukti hujah ini menjadi saheh apabila diketahui bahawa dua warga Iran  telah menggunakan paspot paslu. Dengan serta merta lama sosial Face Book telah  heboh memberi  ingatan bahawa nama Altantuya juga telah hilang dari senarai keluar masuk imigrisen. Dua lagi paspot palsu  digunakan untuk masuk ke Malaysia bukan satu yang pelik.

Justeru apa  yang ingin saya paparkan disini ialah keyakinan yang telah hilang terhadap Najib dan kuncu-kuncu-nya. Inilah yang  menjadikan teori konspirasi ini meluas dan melebar.  Teori ini menjadi kukuh dan dilihat  berasas apabila para pegawai  Najib mula membuka mulut.

Pada awalnya entah atas nasehat siapa Askar telah memberi taklimat tentang kapal terbang awam yang hilang. Ini pelik bin takjub. Kenapa Sang Askar? Tidak adakah Pegawai  Awam yang  berupaya memberi taklimat?  MH370 bukan kes perang. Ini kes kapal terbang awam hilang. Ini bukan kapal terbang tentera. Kemunculan Askar ini telah menimbulkan banyak syak wasangka.

Teori konspirasi bertambah rancak apabila sidang akbar dibuka untuk akhabar dunia. Selama lebih dari 50 tahun United Malays National Organisation telah menipu dan berbohong melalui media yang mereka miliki. Dengan menggunakan pelbagai bentuk undang-udang – ISA, Akta Cetak, Akta Rahsia Resmi dan dan dan  gerombolan Ketuaan Melayu ini telah menggunkan media untuk menipu.

Apabila wujudnya media baru -  United Malays National Organisation telah  melarang wartawan dari MalaysiaKini atau Suara Keadilan dari dapat bersama membuat laporan.. Gerombolan Ketuanan Melayu ini selama lebih dari 50 tahun telah membuli dan mengancam waratawan tempatan.

Dengan kes Mh370  Najib dan Sepupunya  tersentak dan mengigil apabila mula berhadapan dengan wartawan antarabangsa. Wartawan antara bangsa ini  tidak ambil pot siapa Najib, siapa Sepupunya dan siapa Ketua Polis Negara. Tugas mereka mencari dan melapor berita. Maka untuk pertama kalinya para Raja Lawak ini dilihat bebal dan berpeluh takut berhadapan dengan media. Padan muka.

Saya yang pada ketika menulis ini  berada di London telah berpeluang melihat media bebas bergerak. Saya bernasib baik dapat melihat bagaiaman Sepupu Najib cuba bersilat lidah – berkuntau - dalam usaha untuk menipu wartawan dunia. Saya dapat berpeluang melihat sidang akhbart Raja Lawak ini secara terus menerus tanpa sekatan dan dipotong.

Malam Ahad yang lalu saya berpeluang melihat media CCTV- Tiongkok memperlihatkan sidang akhbar warga mereka di Kuala Lumpur.  Saya  berpelung melihat bagaimana  warga China telah mengancam Najib dan gerombolan United Malays Natioanl Organsiation kerana mereka merasa mereka telah ditipu. Tidakada  Dartuk Seri atau Datin Seri untuk warga China ini mjereka merasa telah ditipu.

Diluar negara juga- saya berpeluang melihat induk berita  terpampang luas – LIES – pembohongan- muncul dari akhbar cetak Hong  Kong. Jika inilah muka hadapan akhabr kita pasti  lessen cetak dirampas dabn Ketua Pengarang dtahan tanpa bicara.  Saya sekali  rakyat Malaysia tiadk berpeluang melihat apa yang dapay saya lihat, say abaca dari Kota London.

Kemalangan MH370 ini sebenarnya telah membuka mata orang ramai. Untuk 52% pengundi Pakatan mata hati mereka tidak perlu diusik. Mereka telah lama sedar. Kes pesawat hilang ini hanya akan memperkuatakan lagi keyakinan mereka bahawa kerajaan Najib dan Sepupuny  wajib dilawan.

MH370 ini telah  berjaya membuka mata 47% warga Malaysia  yang tidak mengundi Pakatan. Kes MH370 ini mula menampakkan kepada mereka betapa bebalnya  Najib Rosmah da Sepupunya Hishammuddin. Bunyi suara media  dunia yang marah kerana mereka merasa ditipu  ini sadikit sebanyak telah sampai ke pendengaran Mak Cik dan Pak Cik Felda.

Najib dan Sepupunya menjadi Raja Lawak  bertaraf dunia bukan kerana kemunculan bomoh tetapi kerana kegagalan mereka menjawab soalan-soalan dari media antarabangsa.  Bukan kita hendak ketawakan keupayan mereka menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul – untuk saya ini kurang penting.

Apa yang penting  ialah melihat bahasa badan Najib , Hishammuddin, Ketua Polis Negara. Saya amat-amat jarang menonton tv tapai pada petang Sabtu  15 haribulan yang lalu saya berpeuang melihat Najib dan Sepupunya beraksi. Jelas dari nahu bandan mereka, jelas dari cara mereka bersilat lidah – ada sesuatu yang ingin mereka sorokkan.

Secara positif kes pesawat MH370 hilang ini telah membogelkan keupayaan fikrah Najib dan Sepupunay. Kes ini juga telah membogelkan  kebebalan United Malays National Organisation kepada dunia. Hari ini anak semua bangsa terus berdoa dan berharap pesawat MH370 akan selamat.

Bersama doa dan harapan ini – anak semua bangsa – rakyat Malaysia telah sepakat  mengakui bahawa kerajaan Ketuanan Melayu ini wajib diganti.  Satu kerajaan baru wajib lahir dari kemalanagn MH370 ini. Kita TIDAK ada pilihah- sebelum Kilang Lynas retak, sebelum Loji Nuklear pecah kerajan Najib Rosmah dan Sepupunya wajib  kita gulingkan. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
SUARA KEADiLAN




--------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.oittt bodoh!!lebih 25 negara terlibat mencari kapalterbang!!hang ingat semua ketua negara terlibat boleh di perbodohkan oleh najib dan rosmah ke bhaii!!hang ingat semua mereka boleh percaya bahawa kehilangan pesawat tu disebabkan kospirasi rosmah!!akai dikepala lutut ke bhaii!!
2.kalau dah bodoh tu jangan tunjuk sangat kebodohan ko tu terutama dalam bab kehilangan kapalterbang ni!
3.bodoh punya orang!!bodoh dari peristiwa baling hinggalah ke tua bangka!!

Tanpa Nama berkata...

Wahai Tuan TT

Salam hormat.

Walau apapun tulisan mengenai apa-apa, selagi pesawat MH370 tidak diketemui, maka hanya perasaan pilu dan sedih tak terhingga mengenangkan anak tiada bapa, ibu kehilangan anak, isteri melopong mengenangkan si-suami yang sudah tiada dan tempat duduk rakan kerja yang sudah kosong.

Siapa yang membuat perkara ini amat keji dan jahat tak terhingga sampai secebis urat benang punya tak dijumpai.

Namum begitu, hati mula berwaksangka yang membuat perkara terkeji ini adalah gerombolan yang sekarang tidak tahu macam mana nak tutup lubang.

Sekian untuk menenangkan hati dan untuk mengenangkan setiap yang berada di dalam pesawat tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Aper yg terjadi bukan suatu lumrah..anda mengkaji tapi anda lupa mengaji,.anda mengaji tapi lupa mengkaji..bila hijab terbuka maka nampakla kemaluan kemaluan..bila tuhan nk tunjuk keaiban kejab je kunfayakun..jadi!! Oleh demikian jgn sbong..bila tuhan nk tarik rahmad yg diberi selama ini sekelip mateje..inila fenomena yg terjadi di malays.a kini maka dgan itu jauhilah budaya fitnah :-D:-D:-D kadang2 ape yg dirancang x menjadi..kerana lupa pandang jauh...ini berlaku karna anda dikaji jadi aku mengaji

Tanpa Nama berkata...

370....1 biji....gua tai 3701 50...50....yang kuar 5701....pKimak....gua lupa campur 2 ekor mangkuk yang buat PC tu......hahahhaha...aduiiiii.....melayang 100........betul betul sial lah yang bersepupu tu...sialllll....

Hamidi Fizie Bin Ahmad berkata...

jangankan bersilat lidah siap keluar buih mulut hishamudin nak menjawab...ilmu semiotik aku mengatakan kalau orang bercakap sampai mulut berbuih ni dia banyak lebongnya....pandai cakap atau main cakap tapi dia sendiri tak tau apa yg dicakapkan waktu tu berkenaan pasal manggis 3-4 tan oooo

Tanpa Nama berkata...

ANWAR DAH MENGAKU KENAL PILOT ZAHARIE.

KAH KAH KAH.

ADAKAH MH370 HILANG SEBAB KES LIWAT??

ADAKAH MH370 HILANG SEBAB TAKSUB ANWAR??

MALU OOO. SATU DUNIA TAHU MH370 HILANG SEBAB KES LIWAT.

Unknown berkata...

anon 11:46 nos tu delay. tibai 100b 100s sabtu ni mesti marii. bincent tan da habaq ngan wa... kekekek...