Isnin, 10 Mac 2014

SATU JANJI





KOMENTAR TUKAR TIUB
spr secara senyap senyap
sedang merancang
sedang mengatur 
sedang membuat peta
untuk memunculkan sempadan  sempadan baru
kawasan parlimen dan dun

tujuan hanya satu:
untuk memastikan
united malays national organisation
akan terus berkuasa

bersih juga sedang menrancang
bersih juga sedang mengatur tindakan

para pengundi sedang dilatih
untuk membantah jika pengundi merasa
sempadan baru ini  hanyalah tipu helah spr

jika bantahan ini gagal
maka bersih akan turun ke jalan raya

ini bukan satu ancaman
ini satu janji




BERSIH 4 jika bantahan gagal

Himpunan BERSIH 4.0 akan diadakan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengendahkan tuntutan rakyat dalam proses persempadanan semula bermula tahun ini.

Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah  bagaimanapun berkata, SPR boleh mengelaknya jika mengambil kira bantahan dalam proses berkenaan yang dijangka diumum di parlimen bulan ini

"Jika semua ini gagal dan SPR tidak mahu dengar kerana mempunyai agenda lain, jadi ia (BERSIH 4.0) tidak dapat dielak.

"Jika mereka (SPR) tak mahu dengar, apa lagi pilihan yang kita ada? " kata Maria kepada Malaysiakini selepas majlis pelancaran DART peringkat kebangsaan hari ini.

--------

1 ulasan:

mick g berkata...

Bro. Suda tahu SPR ni tembok. Demo tiap2 malam pun SPR hidup lagi. Dah tu, Mahkamah pun tembok juga. Sekali langgar tembok, buli terima. Tapi kalo dah kali2 langar tembok, itu kerja gila namanya. Pakai la strategy lain. Kan TAIB ada 25 kerusi!!