Sabtu, 19 April 2014

AZMIN ALI BERAK LAGI







AZMIN TEPUK AIR DI DULANG

Membaca berita di Malaysiakini pada 13 April 2014 bertajuk 'Kartel Calon Tidak Sihat Pada PKR' saya amat tertarik untuk menulis komen. Dalam laporan tersebut menyebut betapa YB Azmin Ali gusar dengan perkembangan kewujudan pakatan atau kumpulan (kartel) dalam pemilihan KEADILAN 2014 kali ini. Bliau dilaporkan menyatakan ia merupakan perkembangan yang tidak sihat. Malah beliau turut mengumumkan bebas dan tidak membentuk mana - mana pakatan atau fraksi.


Semua ini boleh disifatkan sebagai menepuk air di dulang terpecik muka sendiri. Bukan sahaja anggota parti malah umum telah mengetahui bagaimana budaya kartel atau juga dikenali sebagai chai ini telah wujud dalam pemilihan sebelum ini lagi dan antara pelopor utama budaya ini ialah Azmin sendiri.

Namun bagi saya budaya membentuk kumpulan atau kartel dalam pemilihan seperti tidak boleh dielak khususnya apabila sekumpulan calon berkongsi aspirasi misi dan visi yang sama.

Seperti mana Saifuddin, Izzah dan Rafizi yang berkongsi visi dengan motto Masa Depan Bersama dan Tan Sri Khalid pula berkongsi visi dengan beberapa calon lain dengan motto 'Reformasi Tulen'. Namun mungkin kerana tertegan dengan pembentukan kumpulan - kumpulan yang membabitkan nama - nama besar dalam PKR ini, yang mana selama ini kumpulan dengan nama - nama besar ini hanya mampu dibentuk oleh Azmin sahaja, maka dia menggunakan media menempelak kewujudan bertanding secara kumpulan ini.

Lebih kelihatan jenaka beberapa hari selepas Azmin menempelak budaya bertanding secara kumpulan, pada 16 April dia sendiri telah mengumumkan kartelnya yang dikenali Gagasan Keadilan Raya dalam satu majlis yang besar dengan siap menyediakan kenderaan angkut penyokong.

Jelas sekali kata - katanya konon bimbang dengan kewujudan pembentukan kumpulan dalam pemilihan konon ia akan membawa kesan negatif hanya kenyataan paniknya khususnya apabila teraju muda utama parti seperti Nurul Izzah dan Rafizi mengistiharkan diri bersama Saifuddin. Malah kumpulan ini kelihatan turut didokong oleh Tian Chua yang menarik diri dari persaingan Timbalan dan menumpukan pertandingan Naib Presiden dalam satu sidang media bersama Saifuddin, Rafizi, Nurul Izzah dan ramai pimpinan lain.

Kumpulan terbentuk dari perkongsian misi dan visi bersama baik untuk parti tetapi pembentukan kumpulan boleh jadi negatif apabila ia dibentuk kerana cita - cita kuasa semata atau lebih parah terbentuk kumpulan atau sokongan kerana ugutan akan gugur nama sebagai calon PRU contohnya amat buruk kesannya buat parti.

 Tertekan dengan perkembangan tersebut akhirnyadia sendiri terpaksa mengumumkan kartelnya yang dikenali Keadilan Raya akhirnya kenyataan tersebut umpama menepuk air di dulang.

Dalam isu kumpulan atau kartel, membentuk kumpulan dalam pertandingan tidak salah tetapi sebaliknya mentadbir parti ini dengan hanya melibatkan kumpulan tertentu itu yang salah.Maka muncul persoalan yang perlu dijawab 
oleh Azmin iaitu bagaimana dengan rungutan ahli akar umbi apabila beliau selaku pengarah pilihanraya pusat dengan hanya berbincang dengan kumpulan rapatnya sahaja memutuskan hampir semua senarai calon dalam PRU yang lepas khususnya dengan mengenepikan sebahagian calon yang berpotensi menang, calon yang bekerja, calon yang diangkat diperingkat cabang dengan menerjunkan calon yang rapat 
dengan beliau atau kumpulan beliau ?


Tindakan mengutamakan kumpulan inilah yang sebenarnya menghancurkan parti malah mengecewakan cita - cita rakyat ingin melihat Bn tumbang di Putrajaya. Malah Negeri Sembilan sendiri ketika PRU lepas peluang untuk membebaskan Negeri Sembilan dari cengkaman Bn cukup baik namun ia digagalkan sebahagian besarnya kerana rundingan kerusi dan pemilihan calon yang gagal.

oleh chegubard, 
--------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yes, yes , yes , tersusuk jantung ku, tesodok bontotku...masa aku kat mexico dulu, kartel aku takklah sehebat kartel hantu raya atau kartel hantu mak limah kat mesia ni.

Tanpa Nama berkata...

dlm pkr ada 3 parti lain? parti keadilan rakyat merupakan gabungan parti2 rupanya.

sbb tu sampai kiamat takkan dpt tumbangkan bn. sesama sendiri ada moneyfeasta yg berlainan.

Tanpa Nama berkata...

Abg TT,
Ingatkan ahli gerombolan buat demo!!!

Tanpa Nama berkata...

Kartel parasitisme.

DIDI KOTA BELUD berkata...

Kanapa dia GUSAR......GUSAR itu apa..GUSAR NI SIAPA...aku ngak kenal...aku kenal GURAS saja....tau GURAS itu apa.....kalau GURAS.dalam bahasa kadazan....TAIK PALAT......hehehehehe

Nazrio berkata...

apa Salah nya???? apa Salah nya azmin nak cinta LOVE PULAU ASAL dia.... iSLAND ORY dia iaitu aL~umnQ...itu kan fitrah semua manusia...mencintai kampong haLaman yg asaL...contoh-nya anwar ibrahem...sebeLum masuK adat isLam aLa2 umnQ, dia sangat cinta-kan ABiM dan PAS....biLa daLam umnQ dia curi-curi LEPAS_KAN RiNDU-RiNDUAN dan RiNDU LOVE DiA pada aL ustaz Arwah Presiden FadhiL Noor...aminnnnnnnn rindu pak anwar kini maQbuLLLL dan MABRURRRR

Tanpa Nama berkata...

UMNGOK n PiKiR berpisah tiada.