Rabu, 23 April 2014

BETUL KE BERITA INI?






KOMENTAR
hairan bin pelik
obama  melawat asia
obama datang ke malaysia
tetiba ada berita ini

tapi akhbar milik ketuanan melayu 
tak heboh
tak bising
semua senyap

apakah ini hanya mengolah persetujuan?

50 tahun dahulu presiden amerika
lyndon johnson melawat datang malaysia
meminta tunku hantar tentera ke vietnam

masa itu ada demo besar
demo anti amerika 
disusun oleh partai buruh dan partai rakyat
tunku takut ombak kiri yang ampoh
lalu tolak permintaan johnson

kali ini obama datang
apa tujuan datang?
apa yang akan diminta?
tanda tangan tppa?
itu saje?

mustahil
bagaimana dengan
pengalan tentera untuk jaga selat melaka
( faham tak?)

NOTA
sendiri buat kacau
sendiri jadi polis
kah kah kah


Kapal Jepun disamun lelaki bersenjata dekat Pulau Ketam



PELABUHAN KLANG: Lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi Selasa.

Tiga kru kapal dipercayai diculik.

Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Muhammad Said berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi pada jarak 16 batu nautika dari Pulau Ketam di sini.

Kapal bermuatan lima juta liter itu dalam perjalanan ke Myanmar dan berlepas dari Singapura pada 21 April.

Beliau berkata lima lelaki terbabit bertindak mengikat 18 kru termasuk kapten kapal sebelum memindahkan diesel itu.

"Difahamkan proses pemindahan mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam dan selepas itu kesemua suspek meninggalkan kapal berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Norzaid berkata selepas berjaya melepaskan diri, kapten kapal kemudian menghubungi pembekal minyak diesel itu di Singapura, bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya pembekal itu membuat laporan di Balai Polis di Johor Baharu sebelum pihak polis di situ memaklumkan kepada Polis Marin di Pelabuhan Klang.

"Pihak kami kemudian dihantar ke lokasi kejadian dan menemui kapal Jepun berkenaan di Pulau Angsa. Kapal itu dibawa pulang ke Pelabuhan Utara di sini untuk siasatan lanjut," katanya.

Norzaid berkata kesemua kru kapal dan kapten tidak mengalami sebarang kecederaan.



-------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Actually nothing wrong to have a US base in Malaysia. Better still have a China base in Sabah. Then Indon & pinoy would be beri beri takut

hasilox berkata...

Obama ini murtad yang paling berkuasa. Mana jakim? Mana jati? Mana semua kaki jasai? Tak ada satu ekor pun yang berani kentut. Habislah kalau semua melayu ikut murtad. haha

Tanpa Nama berkata...

kapal tu pulak keluar dari S'pore - kroni US

*
**