Khamis, 3 April 2014

SAH SIAPA DIA PAPAGOMO





MENTERI PERTAHANAN SAHKAN IDENTITI PAPAGOMO:
SAMAN & LAPORAN POLIS BARU TERHADAP PAPAGOMO

Menteri Pertahanan dalam jawapan kepada soalan lisan saya mengesahkan bahawa seorang yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris (KP: 830121-03-5019) telah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011. Individu tersebut telah bersama-sama wakil media menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.

Saya bertanyakan soalan itu untuk mendapatkan pengesahan identiti Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo telah menaiki Scorpene atas jemputan menteri. Perkara ini telah disebarluas melalui blog-blog Umno sendiri yang mengesahkan bahawa Papagomo telah berada di dalam Scorpene, malah gambar-gambar tersebut tersebar luas.

Setakat ini, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah Papagomo. Jawapan Menteri Pertahanan kepada saya mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo berada di dalam kapal selam Scorpene.

Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene. Jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah.

Ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan  iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah. Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan (arrestable offence).

Oleh itu, saya dan YB Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada hari Selasa 8 April 2014 supaya tindakan segera diambil terhadap Papagomo.

Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Papagomo serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Papagomo.

Saya juga akan memfailkan satu saman terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas fitnah di blognya yang mendakwa saya dipecat dari Petronas kerana pecah amanah. 
  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan

----------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ajak bertumbuk pun ok...Sajo nak buli dio pasal dio buli org buleh pulak...harap muko yo garang tapi takdo hal sebab pantang den tengok orang kono buli...lagi satu pasal dio bokeh polis..masa ada kuaso ..sombong botul..jumpo yo torus lompang..jgn bnyak cerito...

Tanpa Nama berkata...

apasal malaon papagomo ni takut nak dedahkan identiti sebenar?
baling batu sembunyi tangan ni selalunya kerja budak sekolah.

kalau betul berani anak jantan, buanglah nama samaran guna nama betul. nak takut apa kalau apa yang kamu kata itu betul. tak payah berselindung2 dengan gomo sana gomo sini. nama samaran ni semua benda leceh. penakut.

nor afzan berkata...

Lahir 83 mamat gomol nih?? Muka mcm umo 50 dah