Selasa, 1 April 2014

SEBANYAK 52% HILANG KEYAKINAN












52% RAKYAT
HILANG KEYAKINAN


KRISIS KEYAKINAN

Heboh tentang kehilangan pesawat MH370 masih belum selesai. Ini bukan heboh sekampong. Ini heboh sedunia. Heboh ini menjadi lebih heboh kerana cara  Najib dan Sepupunya mengendalikan kes ini.

Awal-awal lagi  Ketua Polis  Negara saperti biasa telah memberi amaran agar rakyat TIDAK dibenarkan membuat spekulasi. Ini taktik  ‘manai’  yang biasa  digunakan oleh polis  berjuta kali. Kali ini jawapan rakyat Malaysia terutama anak muda kepada  arahan Ketua Polis Negara ini dari rakyat Malaysia  ialah: pooorah boleh blaaah.

Warga  dunia langsung TIDAK ambil pot terhadap kenyataan Ketua Pois Negara ini walau pun ketua polis ini  telah  menambah namanya dengan gelaran Tan Seri. Untuk warga dunia Tan Seri atau BerTan Tan tidak penting. Yang penting laporan jelas  dan tuntas.  Dunia telah memasuki  Zaman Internet – mustahil orang ramai dapat dikawal    dari  membuat apa sahaja bentuk spekulasi.

Kes MH370 ini telah memperlihatkan pelbagai bentuk spekulasi  muncul dari yang bangang hingga ke jenis Hasan Malek. Episod malang MH370 ini telah berjaya membuktikan sepupu Najib yang bernama  Hishammuddin Hussein telah menjadi lebih Hasan Malek dari Hasan Malek.

Malah Sepupu Najib ini  dalam sidang medianya dilihat telah berjaya  melakukan ‘lawak berdiri/stand up comic’ yang menghiburkan dunia. Dalam masa  lawak Sepupu Najib ini telah menaikkan kemarahan kaum keluarga yang  terlibat dalam kemalangan ini. Terutama sekali warga dari Tanah Besar China.

Dalam tiga  minggu ini induk berita dari  BBC/CNN/SKY NEWS pastilah MH370. Bagitu juga saluran TV Al-Jazera, ABC dan dan dan…. Saluran ini semuanya telah membuka berita mereka dengan  MH370. Stesen-stesen TV  yang kecil diseluruh dunia juga  telah mengulang main  berita pesawat  MH370 yang hilang ini.

 ‘ Your minster looks like an idiot… menteri kamu dilihat sebagai Sang Bodoh ..’  ini komen dari seorang peniaga berasal dari Pakistan yang saya pungut di kota London. Ini komen hasil dari  menonton laporan TV yang  warga  diluar Malaysia dapat lihat tanpa ditapis. Warga  Dunia diluar Malaysia dapat membaca dan melihat berita  MH370 ini  tanpa amaran dari Ketua Polis Negara.


Malah rakyat Malaysia yang duduk diluar Negara juga telah berpeluang melihat laporan berita  MH370 ini tanpa  mempedulikan amaran Ketua Polis Negara. Mereka juga boleh membaca pelbagai jenis akhbar yang membuat liputan dari pelbagai sudut. Warga Malaysia  diluar Negara amat  bernasib baik kerana mereka bebas dari mendengar  ‘cerita dongeng’ Utusan dan lawak bodoh RTM.

Justeru, selama tiga minggu ini – apa  yang jelas ialah pertelingkahan antara apa yang  telah dilabonkan secara resmi oleh Sepupu Najib dengan apa yang diwartakan oleh media dunia. Percanggahan dan pertelingkahan ini cukup jelas. Pengkaji  media dan berita satu masa nanti akan melihat kembali bagaimana Sepupu Najib telah berpeloh-peloh cuba mengelentong media dunia.

Sepupu Najib pada awalnya telah  diapit oleh Jeneral , kemudian oleh Ketua Polis Negara.  Tujuan asal memunculkan askar dan polis ini pastilah untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia. Ini cara biasa yang dilakuan oleh gerombolan United Malays National Organisation.  Takutkan rakyat dulu kemudian kelentong mereka. Inilah taktik memerintah dan mengawal rakyat yang telah digunakan oleh Bani Ketuanan Melayu selama ini.

Sepupu Najib ini  kelihatan   mengelabah apabila berhadapan dengan media antarabangsa. Wartawan-wartawan dunia TIDAK ambil pot sama  ada Sepupu Najib ini  ada Tan Seri atau Datin Seri atau memiliki berTan Tan  darjah kebesaran. Media dunia juga tidak ambil pot sama ada  derajat   Tan Seri ini  dibeli dari Sultan  Pahang atau Sultan Selangor. Untuk wartawan media antara bangsa yang penting ialah membuat laporan dan menghantar berita.

MH370 ini telah memperlihatkan krisis keyakinan media.  Amat jelas wartawan dunia TIDAK yakin dan tidak percaya  dengan apa  sahaja berita  yang  menetas dari mulut Sepupu Najib. Kenapa ini berlaku? Bagaimana ianya terjadi?

Untuk memahami pertelingkahan ini mari kita lihat kembali sejarah media. Kalau dulu media hanya ada radio dan akhbar yang dicetak. Berita hanya boleh didengar dan boleh dibaca. Tidak lebih dari ini. Kemudian muncul TV. Dengan teknoloji terkini warga dunia diberi peluang untuk melihat dan mendengar berita-berita secara langsung - dalam masa yang sama –  dalam real time. Satu rombakan telah berlaku dalam media – baca, dengar dan pandang.

Justeru selain dari mendengar suara Sepupu Najib warga dunia juga dapat berpeluang membaca bahasa badan  Sepupu Najib.  Bahasa badan memiliki nahunya tersendiri. Warga dunia   yang  terdidik dengan media bebas telah dapat menghafal  nahu bahasa badan. Media di Eropah yang bebas telah mendidik  warga Eropah untuk berupaya membaca nahu bahasa badan  Sepupu Najib.

Sebagai Menteri Pengangkutan Sepupu Najib telah dilihat cuba bersilat lidah dihadapan media dunia. Disini jelas Sepupu Najib kantoi.  Fakta yang dikeluarkan oleh Sepupu Najib kelihatan bercangah dan penuh dengan Putar bin Belit. Fakta bercanggah ini telah dibantu oleh nahu bahasa badan Sepupu Najib.


Hasilnya media hilang keyakinan dengan apa sahaja bentuk laporan resmi. Hasilnya media dunia merayau-rayau mengcungkil berita sendiri. Hasilnya warga China naik angin dan marah. Hasilanya  Kedutaan Malaysia di Bejing diserang. Hasilnya pelbagai teori konspirasi jenis Hasan Malek mula bercambah.

Telah sampai masanya politikus Malaysia  disedarkan. Para politikus Bani Ketuanan Melayu ini perlu dikejutkan. Mereka wajib diberitahu bahawa wartawan dari media dunia tidak berhadapan dengan ISA, dengan SOSMA, dengan ISA BARU, dengan Akta Cetak,  dengan Akta Hasutan, dengan Jakim , dengan Jawi, dengan Sultan – hakikatnya wartawan dari media dunia memiliki kebebasan untuk melapor dan mengcungkil berita.

Biar saya nyatakan sekali lagi. Selama lebih dari 50 tahun ini para Menteri dan  aparachik dari Uniited Malays National Organisation telah ‘membuli’ para wartawan dan media di Malaysia. Media Malaysia dan wartawan Malaysia menjadi ‘tukang hangguk’ untuk  para gerombolan ini. Akta Mesin Cetak - lesen untuk meneribit akhbar telah mengawal dan membuli media Malaysia.

Hasilnya media Malaysia menjadi ‘manai lembik dan mati pucuk’. Saya yakin wartawan media Malaysia memiliki keupayan untuk menjadi wartwan yang bergeliga – yang bertaraf dunia. Ketrampialan mereka tidak berbeza dari wartawan Eropah. Tetapi apabila bekerja dengan media Malaysia otak yang bergeliga ini menjadi berjelaga. Hasilnya banyak wartawan Malaysia menjadi wartawan jenis Hasan Malek. Mereka menjadi wartawan kaki bodek.

Pesawat MH370 telah berjaya memperlihatkan kepada dunia bagaimana sebuah rejim zalim dari Dunia ketiga mengendalikan  krisis. Ketika Perang Vietnam berlangsung Presiden Nixon  sama saperti  Sepupu Najib telah cuba mengelentong rakyat Amerika. Presiden Nixon gagal dan media berkempen hingga Nixon meletakan jawatan kerana mengelentong dalam Kes Watergate. Ini kekuatan media yang bebas- Presiden Amerika pun jatuh tersungkur.

Wartawan Malaysia seharusnya menimbulkan soalan tentang Kapal Selam Scorpene. Apa peranan kapal selam ini?  Najib mempertahan diri apabila dituduh rasuah  dalam kes Scorpene. Najib mengatakan salah satu kekuatan Scorpene ialah Cari dan Selamat – Search aand Rescue. Apa sudah jadi?

Soalan juga wajib muncul tentang keupayaan radar Malaysia? Kenapa radar Siam dapat mengesan  manakala radar Malaysia  tidak membuat apa sumbangan? Soalan ini penting untuk memastikan ketelusan projek mencari bangkai pesawat MH370 ini.

Sayangnya, apa yang kita  baca dari media Malaysia hanya  berita-berita bodek dari Pembodek Profesional saperti Rais Yatim.  Temubual Mak  Cik yang bersyukur kerana Najib dan Sepupunya telah berbuat sesuatu.  Kemudian kita baca berita membodek Najib dan Sepupunya dari Ngo Melayu Islam. Walhal  umum mengetahui  NGO Bodek ini mendapat wang dan dana dari  Najib sendiri.

Semua ini melahirkan  krisis keyakinan terhadap media. Semua ini menimbulkan kurang yakinnya orang  ramai terhadap apa sahaja yang menetas dari mulut Najib dan Sepupunya.

Berita terakhir kita membaca bahawa Najib akan ke Perth. Manakala Sepupunya akan ke Amerika. Najib kini  cuba buat-buat sibuk di Perth Australia.  Sama ada Najib  berada di Perth atau tidak adalah tidak penting dalam  usaha kerja mencari bangkai pesawat ini.
Apa hal Si Najib ini mula buat  buat sibuk?  Pasti ada Altantuya dibelakang Saifol. Justeru, sibuk-sibuk Najib ke Perth ini wajib dilihat sebagai ‘ makan free atas dana kerajaan’. Ke Perth ini bertujuan  untuk membolehkan  suami Najib.. oopps… isteri Najib Rosmah Mansor bershopping lagi.

Dikatakan Sepupu Najib ke Amerika pula. Dilaporkann bahawa pasti telah ada rancnagn untuk membeli senjata baru dari Amerika. Haji Desas bin Lebai Desus mula heboh tentang kroni dapat beli senjata. Jelas  kemalangan MH370 ini akan membesar poket kroni.

Marikah kita semua berlaku adil kepada Najib dan Sepupunya. Marilah kita beritahu mereka bahawa kalau hendak membeli album Ziana Zain atau album Anwar Zain kita tidak perlu ke Perth atau Ke Hawaii. ( TT)



tulisan ini
telah
disiarkan
dalam suara keadilan



--------------

4 ulasan:

Unknown berkata...

"kalau hendak membeli album Ziana Zain atau album Anwar Zain kita tidak perlu ke Perth atau Ke Hawaii".

bro TT, coolah lu punya statement...gua pn bisex hrp2 u bkn haters LGBT...bkn bisex smuanya kaki hasan malik or kaki songlap..saje nk bagi tau bro

Tanpa Nama berkata...

Artikel yg bodoh dan memalukan..Penulis artikel ini otaknya terletak di bontot...anwar memang suka penjilat beliau yg otak letak di bontot

Tanpa Nama berkata...

Mat monggol bersandiwara lagi.Ini cuba tiru taktik pariah anak iskandar kutty,mahadeath mamak kerala. Yang pergi hanyalah bik mama, mat monggol menyorok celah kangkang shitfool. Madey anak pariah cuba nak kelentong tak ingat bila dia bunuh penduduk memali.Memang celaka pariah kutty ni!

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 5.33 ptg.....
jgn marah2.....
tolonglah jgn baca artikel otaknya letak kat bontot.....
kah...kah....kah....
bila bahaloljgn tunjuk2....
jgn jadi hasan malek...
kah...kah....kah.....