Rabu, 21 Mei 2014

BERSEDIA PERANG AKAN PECAH






 

PERANG DINGIN

PASAK ASIA


SHANGHAI, May 18 (Xinhua) -- Directors of both Chinese and Russian naval forces taking part in the joint drill said Sunday that the exercise was aimed at improving their capacity in coping with maritime security threat. - dipetik dari XINHUA


The study found that the UK has just 5.2 years of oil, 4.5 years of coal and three years of gas before it completely runs out of fossil fuels, said the researchers at the Institute based at Anglia Ruskin University, in the East of England.... dipetik dari RUSIA TODAY

Minggu lalu lebih dari 20 orang telah terbunuh di Vietnam. Kematian ini adalah akibat rusuhan anti-China yang telah merebak di Vietnam. Kilang-kilang milik China telah dibakar dan buruh China pekerja kilang telah diserang.
Sentimen anti China ini berpunca apabila China membawa tentera laut ke Pulau Spartly di Laut China Selatan untuk memulakan cari gali minyak. Telah berlaku pergeseran antara kapal tentera laut China dengan kapal tentera laut Vietnam.
Perebutan kepulauan Spartly ini sedang menjadikan wilayah Spartly TITIK PANAS di Asia Tenggara. Bukan sahaja Vietnam mahu memiliki wilayah ini – Pilipina dan Malaysia juga secara resmi telah membuat klim yang sama. Wilayah disekitar kepulauan ini dikatakan kaya dengan bahan bakar petrolium dan gas.

Untuk memahami apa yang sedang berlaku dibelakang rumah kita - adalah wajib membaca dan melihat apa yang berlaku telah di Afghanistan, di Libya, di Iran, di Iraq dan di Syria. Perang yang pecah diwilayah ini adalah sebahagian dari Strateji Induk – Grand Strategy kuasa imperialis Amerika untuk mengepong dan menawan telaga-telaga minyak dinegara-negara ini.
Grand Strategy – Strateji Induk ini telah dilakar oleh Zbigniew Brzezinski Penasehat Keselamata Amerika 1977-1981. Orang Jahat ini telah menulis beberapa buah buku untuk menyediakan asas idealoji dan strateji militer demi mempertahan sistem imperial hegemony Anglo-Amerika.
Jelas – di Timur Tengah dan di Laut China Selatan - bahan bakar minyak petrolium dan gas adalah punca perebutan ini. Sayugia diberi ingatan bahawa bahan bakar petrolium ini adalah latar belakang dan punca Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Wajib sekali lagi saya memberi tahu para pembaca bahawa tamadun kita hari ini adalah tamadun bahan bakar minyak petrolium. Tanpa bahan bakar ini tamadun kita yang wujud hari ini akan musnah.
Hari ini kuasa imperial Anglo-Amerika sedang mencatur dan melakar kembali peta dunia. Ini dilakukan satelah dua dekad berakhirnya PERANG DINGIN. Untuk pembaca muda : Perang Dingin mungkin tidak memiliki apa-apa makna. Untuk pemahaman kita - Perang Dingin adalah pertempuaran dua idealoji – Kapitalis Amerika dan Sosialis Soviet Union. Latar belakang Perang Dingin ini ialah gerakan nasionalisma menuntut kemerdekaan rakyat Asia , Afrika dan Amerika Latin.
China dan Soviet Union dibawah pimpinan Parti Komunis telah membantu gerakan-gerakan nasionalis-pembebasan untuk menentang kuasa hegemoni Anglo-Amerika. Justeru China dan Soviet Union dilihat sebagai musuh oleh kaum kapitalis sedunia. Kaum kapitalis sedunia telah berpayung dan dibantu oleh kuasa Anglo-Amerika. Kaum kapitalis antarabangsa berakidah untuk menaklok dan memungah harta kekayaan dari negara-negara Afrika, Asia dan Amerika Latin kini terpaksa menerima hakikat bahawa menjajah dan menjarah akan mendapt tentangan bersenjata dari rakyat Dunia Ketiga. Senjata datang dari Soviet Union dan China.
Zaman sesudah Perang Dunia Kedua ini dipanggil era Perang Dingin. Zaman ini berakhir dengan runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989. Soviet Union pecah dan menjadi Kesatuan Rusia. Manakala China dan juga Rusia mula menerima beberapa bentuk dan ciri sistem ekonomi kapitalis. Tetapi dua negara kuasa nuklear ini terus menolak kuasa hegemoni Anglo-Amerika. Kaum pemodal tidak dapat sesuka hati 'berniaga dan menjarah' dinegara ini. Hakikatnya - Rusia dan China gagal ditundukkan oleh Amerika.
Apabila tamat Perang Dingin seharusnya dirayakan oleh warga dunia sebagai zaman aman dan sentosa. Tapi dalam hukum kitab kapitalis keamanan dan kemakmoran adalah mustahil. Selagi sistem ekonomi kapitalis wujud maka perang dan bahaya perang akan terus mengancam penduduk dunia. Ini hakikat kerana sistem ekonomi kapitalis bergantung kuat dengan perang untuk mengaut keuntungan maksima. Tanpa perang modal kaum kapitalis akan pupus.
Cuba para pembaca renongkan – sesudah Amerika kalah dalam Perang Vietnam pada tahun 1975, kalah di Afghanistan, kalah di Iraq, sedang kalah di Syria – mengikut lojik akal - kuasa imperalis Anglo-Amerika akan berhenti berperang. Puluhan ribu anak muda soldadu Amerika telah gugur tewas. Berjuta rakyat dunia mati akibat perang. Dan berjuta-juta lagi menjadi orang pelarian perang. Apakah kuasa imperial Anglo-Amerika akan berhenti? Jawabya tidak.
Ekonomi kapitalis Anglo-Amerika adalah ekonomi perang. Selain dari menjual filem Holywwod, menjual kertas hijau yang dipanggil dolar – Amerika adalah pejual senjata terbesar dalam dunia. Tiga benda ini menjadi pasak utama ekonomi Amerika.
Hari ini Tuan Empunya empunya Industri Senjata telah berjaya menaklok Rumah Puteh. Amaran tentang bahaya meresapnya kuasa Industri Senjata untuk menguasai politik Amerika ini telah dinyatakan secara terbuka dalam ucapan Selamat Tinggal Amerika oleh Presiden Dwight D. Eisenhower – 1963-1961. Ucapan ini telah memberikan amaran cukup jelas. Presiden Eisenhower – bekas Jeneral Lima Bintang – Panglima Perang Dunia Kedua - telah meramalkan – jika rakyat Amerika tidak berhati-hati - satu ketika nanti kuasa Industri Senjata akan menguasi semua politik Amerika. Ramalan Sang General ini telah saheh berlaku.
Hari ini Budak Itam Barack Hussein Obama yang mengakui dirinya sebagai Presiden Amerika sebenarnya dimasukkan ke Rumah Puteh oleh Industri Senjata. Politik Amerika berkait rapat dengan politiuk politik wang. Demokrasi Amerika ialah demokrasi wang. Untuk mencalonkan diri sebagai Presiden, sesorang itu memerlukan ratusan juta ringgit untuk berkempen. Dana berkempen diperlu untuk membeli iklan, untuk melobi sokongan media dan untuk memasang jaringan sokongan ke seluruh negara. Jentera berkempen juga perlu mendapat dolar.
Kempen Obama kali kedua - dari awal tahun 2011 hingga Jun 2012 - telah membelanjakan 400 juta dolar. Ini laporan resmi dari SPR Amerika. Yang tidak resminya kita tidak tahu. Dari mana Budak Itam ini mencekau duit sebanyak ini? Jawabnya dari pelobi Industri Senjata, dari pelobi syarikat gergasi antarabangsa, dari tuan empunya bank dan syarikat dana keewangan. Justeru Barack Hussein Obama menjadi Budak Itam – budak suruhan kaum pemodal. Ini hakikat.
Tuan empunya Industri Senjata telah melabor jutaan ringgit dalam kempen Obama, justeru apabila Obama berjaya menjadi Presiden mereka mahu kontrek persenjataan. Mereka mahu Rumah Puteh meluluskan bujet pertahanan kepada Jabatan Pertahanan Amerika, kepada Pantagon, kepada CIA dan dan dan. Pekara ini berlaku berulang-ulang. Justeru kerana sistem inilah menjadikan Amerika Syarikat tidak pernah berhenti berperang.
Pada ketika ini kita melihat bagaimana Amerika sedang memasang jarum mencucuk Rusia di Ukraine. Kita sedang melihat bagaimana Syria menjadi mangsa Amerika dalam straterji Amerika untuk mengepong Iran dan Rusia. Kita juga sedang melihat krisis di Laut China Selatan minggu lalu adalah permulaan.
Jepun, Korea Selatan dan Pilipina adalah tanah 'jajahan taklok' Amerika. Jepun sesudah Perang Dunia Kedua TIDAK dibenarkan memiliki bala tentera. Manakala Korea Selatan dan Pilipina adalah budak suruhan Amerika yang paling setia di Asia.
Amerika telah merancang - pada tahun 2025 tiga par empat dari jumlah bala tentera Amerika Syarikat akan berpengkalan di Asia. Tentera laut, darat dan udara Amerika akan berpindah ke Asia. Bala tentera Amerika dalam NATO akan dikurangkan. Eropah Timur tidak dilihat sebagai ancaman. Mengalih senjata ke Asia ini dinamakan PASAK ASIA – Pivot Asia.
Strateji Pasak Asia ini akan mentakrif China sebagai musuh. Pasak Asia ini juga melihat Rusia yang juga di Asia sebagai sekutu yang akan membantu China. Apa yang berlaku minggu lalu ialah rintik-rintik permulaan Pasak Asia. Ketegangan perlu dicetuskan di Asia Tenggara. Ketegangan ini diperlukan untuk dijadikan sebab musabab agar kuasa imperial Anglo-Amerika akan dijemput datang kembali.
Selain dari Kepulauan Spratly ada beberapa lagi wilayah yang berpontensi untuk ' meledak' dan menjemput Amerika masuk. Di Pilipina – Tentera Baru Rakyat dibawah Parti Komunis Pilipina sedang berkembang luas. Jika kuasa Manila terancam maka tentera Amerika akan menjulur masuk.
Strateji yang sama juga akan dilakukan diempat wilayah Selatan Siam. Perjuangan Pembebasan Rakyat Patani sedang berkembang. Keadaan ini juga berpotensi untuk meledak. Jika Gerakan Patani Merdeka ini mengancam Siam dan Bangkok maka suasana ini akan menjemput kuasa imperialis Anglo-Amerika.
Manila, Seoul dan Bangkok akan siapa sedia untuk menjadi budak suruhan Amerika. Ajen CIA dan jaringan CIA yang menyamar sebgai pejuang Islam akan mengelodakkan wilayah ini apabila ianya diperlukan. War On Terror dasar pertahanan Amerika yang telah berjalan semenjak 9/11 akan menjadi landasan Pasak Asia. Persolaannya dalam Pasak Asia ini dimana peranan Malaysia? (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
terbaru



---------

9 ulasan:

Johan berkata...

TT memang legend. ilmu politik penuh didada. salute!

kapish berkata...

Tuan TT, ko punya permulan mengenai peristiwa di Vietnam ni perlu di buat kajian yang lebih sikit...Puncanya bukan Spratly tapi China testwater dengan membawa pelantar minyak ke kawasan perairan yang diiringi oleh kapal-kapal dari pasukan penjaga pantai dan tentera laut...ni yang buat aktivis Vietnam berang...selain daripada tu, kilang-kilang yang kena bakar tu bukan China punya tapi milik Taiwan, Korea Selatan dan Malaysia.

Kes rusuhan dan pembunuhan pekerja-pekerja tu pulak adalah di tapak kilang besi pelabur dari Taiwan. Mamat-mamat Vietnam ni memang kurang ajar...mereka tak tau nak bezakan isu-isu kenegaraan dan geo-politik dengan hal-hal sosial-ekonomi dan kemanusiaan.

Kerajaan Vietnam kat Hanoi tu cuba lagak macam John Wayne tapi sekarang pelaburan yang didahagakan mereka kena tunggu dulu...kalau benar mereka boleh hidup makan-tidur dengan idealoji komunis vietnam, then go ahead lah...

Tanpa Nama berkata...

Jadi apa marhaen boleh buat sekarang?

Tanpa Nama berkata...

robert baer's the devil we know, gordon thomas' the secret history of mossad & ford's the protocols of the elderly zion will make us understand better on this issue. ..." HAIL TO IMAM HUSSEIN as SON OF LADY FATHIMA sa"

air gunung berkata...

Aku rasa dua dua ekor blog kapatalis n sosialis neh sama jer...semua diresapi n dibiayai oleh tokey sama.dua2 niaga...yg penting jualan jalan.org nak mampos biaq pi lahh.sebab tu bila seko buat hal seko lg dtg nyibuk.bekal benda yg sama.senjata...industri senjata berkembang...yg mampos marhaen.itu dlm bab industri senjata shj.saper la yg berkokok kira duit...kita berteori bg nak pecah kpala..alih2 ke mana nak dituju..cari china doll or cak wow jer laaa..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

patani tu kono rampeh dan kono jajah ...macam Melaya kono jajah kek Ingeris,Jopun,Bolando,Portugis...semuo hasil hantar balik kek Bangkok..orang eh samo cam kito..cakap pun samo cam kito...sebangso ngan kito..sobolum malaya ado..kito samo la satu kepulauan Melayu....memang kono la perancangan kapetalis cam kau cakapkan tu....kuk Negori Sembilan dijajah kek Siam kau marah tak? Cumo jangan bilo Patani nk monang sok ..orang siam tolong tubuhkan UMNO pulak kek sinun...lingkup pulak Patani cam kek Malaysia nie...sejarah tu bagi ilmu kek kito...

Saiful berkata...

russia dah supply minyak kat china 30 th ...banyak minyak dia..400bn

http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2014/05/china-russia-sign-gas-deal-worth-400bn-2014521105210702370.html

Tanpa Nama berkata...

aku pernah ikuti kelas sains politik.
sayang sekali aku tak pernah baca tulisan politik sebagus tt.

kalaulah tt jadi fellow di university di Malaysia ni mesti ramai yang akan dapat tumpang ilmunya.

(sesekali nak bodek tt)

Tanpa Nama berkata...

Ini baru lah boleh panggil profesor tulen.hhehe.tulisan yg cool.