DOA
BUAT DR MAHATHIR: JADILAH ORANG TUA YANG SEGERA BERTAUBAT
Saya
ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar
Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr
Mahathir melatah lagi. Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana
dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta
Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr
Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan
tentang Islam kerana moralnya rendah!
Izinkan
saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum
Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan
berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha
Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr
Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.
Anwar
terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia
dan tidak pernah bersara hingga hari ini. Tokoh-tokoh ilmuan dan
gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah
Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan
dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka
berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.
Biarlah
saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh beliau
berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama
lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh
ilmuan Islam daripada Anwar.Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa
sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan
seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah
zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap
Anwar. Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat
saksi sepertimana yang AlQuran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari
kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana
kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi
mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.
Dr
Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh
jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah
untuk melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar. Dipenjarakan tujuh
tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil
“membunuh” Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih
berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar.
Hari ini pun kerajaan Umno/ Bn boleh terus menyekat Anwar
menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di
negara kita. Kerajaan Umno/Bn malah boleh mengugut
mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti
syarahan Anwar.
Namun
Dr Mahathir dan kerajaan Umno/Bn tidak boleh menyekat
universiti-universiti terkemuka di rantau ASEAN, di Eropah, di
Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar.
Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan
umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar
ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki,
Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir
mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah
menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan
korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi
dan teknokrat.
Di
Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan
pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah
menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput
Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan
dunia arab. Satu ketika di Mesir seingat saya tahun2010, Anwar
dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan
Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan
Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia. Di Indonesia
pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah
bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda
pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu
kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir
dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan
pidatonya.
Anwar
boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal,
Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada
masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang
kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia. Tidaklah
menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai
fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New
Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar
dan beberapa institusi perbankan di negara arab.
Elok
juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh
karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang
kepadanya bersebab. Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam
kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno
yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan
mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian
untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.
Bagaimana
sebenarnya Dr Mahathir mahu dingati? Berkuasa selama dua puluh tiga
tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi
kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah,
memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi
institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.
Ketika
Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof
Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat
dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary. Ketika
anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr
Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong
kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela
rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik
persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr
Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah
puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat
Saksikanlah
pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa
henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan
fitnahnya terhadap Anwar. Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya
Allah swt menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan
membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak
mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu
bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan
jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.
Saifuddin Nasution Ismail
---------
6 ulasan:
knp ko masih nak doakan kebaikan utk org spt ini? dosa2 yang telah dilakukannya terlalu banyak! dosa membunuh (memali), fitnah, rompak, zalim, arak, judi, zina dsb tertanggung atas kepala dia. dia menanggung dosa2 pada kezaliman dan maksiat yang dia enggan sekat semasa dia berkuasa.
dosa arak terus menerus mengalir kepada pm2 yang merasmi dan membiarkannnya.
Jangan marah mamak mamak yang membaca...mahathir bagi mamak adalah nabi bagi golongan mamak...apalagi melayu bengong...tuhanlah jadinya si mahathir ni...pernah ada jiran aku mamak yang kahwin gadis kerala dengan sponsor freemamakson...bila aku maki mahathir dengan bebanan berat 1 tan punya maki..tup tup..eh eh...pindah rumah..pasal apa..pasal aku maki nabi mamak dia.......kesian mahathir...dah tua pun masih PUKI DIA PUNYA OMAK....JADI BABILAH KAU MAHTHIR BILA MATI KANG.....AMINNNNNN....
"Jenayah Mamak ini ialah membodohkan Melayu dan memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi"
menitis airmataku jatuh bergolong golong di pipiku melengkok lengkok diantara kesan jerawatku lalu terburai jatuh diatas misai tebalku sebelum berkecai diatas dagu ku yang panjang dan comel macam bontot ayam,oh beritahu mahatil jadual lepak maqasid syariah anjuaran wan ji agar dia attend
-anak swak-
Entah kenapa bila baca penjelasan saifudin ni aku terbayangkan yg anwar dah mati. Buat apa susah2 dia tolong jawab untuk anwar. Anwar hidup lagi biar dia jawab sendiri. Manusia yg digambar terlalu super sepeti anwar tak patut ada tukang cakap.
Takkn la anwar nk puji diri sendiri.
Catat Ulasan