Ahad, 4 Mei 2014

RAMAIKAN LAGI PENGKHIANAT







KOMENTAR
ini yang kita perlukan
inlah pemimpin kesatuan 
yang wajib kita semua sanjung

berbanggalah wahai
semua pengkhianat

pemimpin sademikian
akan membakar kemarahan
pemimpin sademikian 
akan menjadi  penjawat awam meluat

tak perlu susah susah
tak perlu kempen menghasut hasut
tak perlu di ajar tentang gst
penjawat awam akan mendapat kesedaran
dari puncuk pimpianan

lagi banyak pemimpin saperti ini
lagi cepat 
lagi ampoh gerakan jalan raya
lagi ramai pengkhianat
lagi cepat kita bacakan talkin
untuk united malays national organisation

TENGOK DAN LIHAT


Cuepacs: Penjawat awam sertai protes anti-GST dianggap pengkhianat

Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.
  
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.
  
"Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan... jadi suka atau tidak mereka perlu akur.
  
"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya.
 
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azih berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan CBP hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.
  
"Jangan pula cakap mereka dianiaya sekiranya dikenakan tindakan tatatertib. Ini salah mereka sendiri kerana mahu menyertai perhimpunan ini sedangkan awal-awal lagi saya telah mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam tidak boleh turut serta.


 
"Perdana Menteri sentiasa membuka pintu kepada Cuepacs mendengar rintihan dan keluhan pekerja dalam sektor awam, yang mampu menyelesaikan sedikit sebanyak tekanan hidup dan melihat apa yang diperlukan dalam sektor awam. Jadi tidak perlu melibatkan diri dalam perhimpunan," katanya.
  
Beliau berkata Najib turut meminta penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan paling penting mengharapkan agar penjawat awam dapat membantu usaha menyuntik pendapatan negara bagi menampung kos sara hidup penjawat awam.
  
"Bagi meningkatkan pendapatan negara, produktiviti daripada semua penjawat awam diperlukan dan bagi mengekalkannya, semua pihak perlu menggembleng tenaga. Cuepacs dan kerajaan masing-masing mahukan sesuatu jadi di sini kita perlu bersama-sama berusaha untuk memenuhi kehendak satu sama lain," katanya.
- TIEWNAMA

---------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

presiden kesatuan ni kena letak jawatanlah... bila presiden kesatuan menjadi penghukum bukan lagi pembela maka kita kena bakul sampahkan presiden ni...

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs ni mmg pun haramjadah.. segala harta benda rakyat kalo boleh nak dijadikan harta sendiri.. siang malam meminta2 segala imbuhan hidup senang dr gomen yg mentekendarah duit rakyat. Duduk hospital dan rawatan selesa hasil kutipan duit rakyat. Mmg standard pekerja gomen ni tahap babi yg teramatlah gaban.. tiap kali aku tgk muka pekerja gomen..hati aku tetap terdetik mengatakan mereka2 ini mmg babi sungguh.. babi haramjadah..

Bagi pekerja gomen yg bagus dan berjuang untuk rakyat, aku tetap bersimpati sbb idea sewel aku tetap menggolongkan mereka dlm group pekerje gomen tahap babi.. jika tak nak jadi babi, berhenti gomen saja dan buat kerja lain yg lebih berfaedah.. gomen ni ingat derang ni tuhan boleh bagi rezki kat org laian...

Tanpa Nama berkata...

Siapa ketua penjawat awam? KSN atau presiden Cuepacs?

Tanpa Nama berkata...

Kita nak tengok apabila BN tak menjadi kerajaan lagi adakah peraturan menentang Kerajaan ini akan dipakai lagi

Tanpa Nama berkata...

tak lama lagi dpt la anugerah datuk. mcm presideng yg lepas2. ampu sana ampu sini.