Isnin, 14 Julai 2014

SELAMAT BERBUKA







SELAMAT 

BERBUKA


hari ini redup dan nyaman
hari senin
aku wajib menulis
jam empat 
tulisan wajib masuk
semua nak pulang awal
semua nak berbuka
dirumah
atau 
telah ada temu janji

KELMARIN
sekali lagi aku masuk
ke hulu langat
kali ini dengan niat yang jelas
ingin mencari kedai makan
yang telah aku temui
empat tahun dahulu

bukan mencari waktu yang hilang
bukan mencari muda 
yang dah pergi
tapi
ingin bertemu kembali
ingin duduk kembali
di meja dan kerusi 
yang pernah aku duduki

sesiapa membaca tapai
akan faham
kedai kedai yang aku singgah
warung warung yang aku sukai
hampir semuanya tanpa nama
hampir semua cari sendiri
hampir semua tidak beralamat

KEDAI INI
ditepi  tak jauh dari sungai
dihadapan banyak pokok durian
ditepi sugai ada pembetong air
inilah tanda tanda
alamat kedai ini

kedai sendirian
tua empunya
bekerja di rtm

sebenarnya
empat tahun dahulu
aku pun tak sengaja
tersinggah dikedai ini

petang kelmarin
jenoh mencari 
hingga ke akhir jalan

GAGAL
yang dicari gagal ditemui
yang hilang tak jumpa
maka aku mencari ganti
akhirnya 
berbuka di tempat baru

APA YANG AKU BELI
aku telah membeli
gulai daun ubi dengan labu
gulai ikan
keli berlada
terong berlada
yang aku beli 
 bukan dari kedai
arus perdana
ini bukan dari bazar ramadan
ini dari mak cik tepi jalan
ini masakan kampong
melayu minang

KEDAI BARU
juga menarik
agak pop
ada jual kueh muih lauk
dan
ada jual buah durian
 pulasan manggis dan langsat
ini kedai kampong

aku membeli 
tiga kilo pulasan
petang ini
aku berbuka pulasan


JAM 7:22
wilayah aku senyap mati
yang aku sdengar hanya bunyi kipas
apakah cuaca telah berubah
apakah alam telah bertukar
tahun dahulu
ketika sabagini
unggas masih bising
masih menyanyi
dan murai masih bergaduh
kini senyap dan sunyi

SELAMAT 

BERBUKA





-------------

Tiada ulasan: