SELAMAT HARI RAYA
DARI DAPUR JALANAN
Bila datang perasaan membumi
Biar akal melayang terbang mencapai langit
Tapi tidak dilupa kaki yang memijak tanah
Solidariti kepada warga miskin kota
Kepada para penyumbang
makanan, tenaga, masa berkerja bakti;
yg buat sibok buat ramai:
kak Waida, kak Gie & tim dapurku,dapurmu jua; Kak June, Dr Ishak Yusuf & seluruh staff, lecturer, mahasiswa dari fakulti pertanian UPM, Azrina & kawan2 pizza domino, Famili dari Bangi, Famili Pajam, Akademi Belia, awek-awek cun & mamat2 hensem, seluruh kawan-kawan anak semua bangsa yang turut sama semalam di Jln Panggung.
TERIMA KASIH! TERIMA KASIH!
pack makanan habis! Personal toileterries pack habis! Berjalan menyantuni warga miskin kota di cahaya suria, segi kolej, pasar seni & sekitar.
minggu ini minggu akhir Dapur berkongsi makanan dgn warga miskin kota di bulan Ramadhan ini. Next week OFF seminggu, 3 Ogos Dapur kembali seperti biasa, ahad 5.30 ptg di Jln Panggung. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang bersolidariti, yang sama bantu, yang sama menyumbang sepanjang bulan Ramadhan ini
S Hari Raya Jalanan bakal menyusul.
Tunggu pengumuman!
Boleh dapatkan merchandise Dapur Jalanan KL, baju & button, di Bangsar Utama atau Jalan Panggung serta kroni-kroni yang berdekatan
++ Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL & insta - dapurjalananKL
ZAKAT DISINI
Untuk yang mahu menyumbang
boleh masuk ke akaun dapur jalanan
8001-7278-49
spkl collective
Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah Pakwan = 019-2671285 atau Hadikhalid = 012-6648873
Terima kasih anak semua bangsa!
Keep it cool!
Sama ber-Solidariti
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*makanan adalah hak anak semua bangsa*
20 Julai 2014
JUMPA 3 OGOS LEPAS RAYA
SAPERTI BIASA PETANG AHAD
JAM 5:30 PETANG
---------
1 ulasan:
god bless u..
akhirnya iklan ni kuar..
" ZAKAT DISINI
Untuk yang mahu menyumbang
boleh masuk ke akaun dapur jalanan"
Catat Ulasan