Sabtu, 2 Ogos 2014

BERITA TERGEMPAR






KENYATAAN MEDIA

PAKATAN RAKYAT AKAN PERKUKUH SETIAKAWAN DAN MENERUSKAN AGENDA REFORMASI
MENYEDARI bahawa mutakhir ini timbul perselisihan faham di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat, terutama berkisar isu kepimpinan di Selangor yang masih dalam proses penyelesaian;

MEMAHAMI bahawa suara dan hasrat Rakyat yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu untuk mentadbir tiga negeri;

MENGAMATI bahawa semangat persefahaman dan setiakawan Pakatan Rakyat merupakan asas kekuatan dan keutuhan perjuangan membawa perubahan dan agenda reformasi dalam persada politik, sosial dan ekonomi di negara tercinta;

MAKA

Pakatan Rakyat bertegas bahawa kami beriltizam meneruskan perjuangan ini dengan mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka Dasar-Dasar Bersama kami.

Kami juga komited untuk mendepani isu-isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani, berprinsip dengan berteraskan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama, demi memenuhi amanah dan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan Rakyat.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Sdr Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP



--------

8 ulasan:

Anon berkata...

Gambar india takde pun...tersinggung aku

Anon berkata...

Gamba india tkade pun..rasa tsinggung

Tanpa Nama berkata...

Great news. Hope PKR will emerge stronger after this,

Tanpa Nama berkata...

Tampaknya Anuar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang mewakili PKR dan DAP masih ada simpati dengan kerenah PAS yang boleh dikira telah melencong jauh dari prinsip kerja sama. Begitu jelas PAS telah dipengaruhi oleh UMNO dan Hadi Awang dan Nik Aziz begitu lantang mendukung Khalid Ibrahim tapi AI dan LKS boleh memaafkannya pada hal PKR dan DAP harus ajar PAS habis-habisan melainkan tak serik dengan kerenah PAS yang tiada prinsip permuafakatan dengan PR.PAS yang hanya obses dengan 'negara Islam/HUDUD'akan terus dipermainkan dek UMNO melalui strateginya 'Melayu/Islam/Raja-raja Melayu' kerana PAS tu pun Melayu/Islam dan ada semangat feudal mahu kekalkan pemegang botol agama Islam yakni Raja-raja Melayu.Adanya PAS dengan ideologi konservatifnya dalam PR maka sulit PR nak 'move on'Pasal apa PKR/DAP tak mau ajar PAS melainkan kedua-duanya sama dua kali lima kut?.

Tanpa Nama berkata...

TOK GURU HAJI HADI SUDAH OKAY KE.......

DIDI KOTA BELUD berkata...

Gambar kadazan pun takder.......terminum tuak aku........kui kui kui kui......

Tanpa Nama berkata...

PKR & DAP takut kalau pas kluar pakatan. PAS x de masalah mng @ kalah pru 14 itu perkara biasa...kalau berpecah jgn.harap.pkr & dap nak dpt byk kerusi...alamat melopong la.

albert magic berkata...

selain dari TGNA dan TGHA aku juga kenal dengan guru Nanak tapi dia orang tak kenal aku la