KOMENTAR
cukup jelas khalid ibrahim
tidak mewakili sesiapa pun
cukup jelas khalid ibrahim tegak
berdiri seorang diri
cukup bukti khalid ibrahim
tak mendapat sokongan
cukup bukti khalid ibrahim
tak mendapat sokongan
maka tidak ada uuup...
maka tidak ada iiippp..
tidak ada oooo...
tidak ada nanti...
letak jawatan dengan segera
berundur dari pejabat menteri besar
pulangkan kunci dengan serta merta
bungkus apa yang perlu dibungkus
ambil barang pribadi
tinggalkan pensel dan dakwat
tinggal fail dan buku
jangan cuba nak bawa lari
fail fail mustahak
fail fail penting
fail fail penting
terutama fail kidex
terutama fail langat dua
terutama fail tanah ecoworld
tapi
fail projek pj sentral jangan ambil
fail ini penting untuk sprm
tak perlu libatkan sultan
tak perlu gunakan sultan
untuk talian hayat
Khalid perlu berundur sekarang, tidak perlu mengadap Sultan
Abdul Khalid Ibrahim membatalkan pertemuan dengan penjawat awam di Shah Alam pagi ini, urusan wajib beliau sejak menjadi menteri besar Selangor pada 2008.
Dengan alasan munasabah juga, beliau hilang sokongan PAS untuk terus kekal memerintah. PAS kini bersama PKR dan DAP menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu.
Khalid mengetahui hilang sokongan tersebut dan semalam berkata akan mengadap Tuanku Sultan Selangor untuk memutuskan nasibnya. Masalahnya, Sultan Selangor hanya kembali daripada bercuti minggu depan.
Tetapi mengapa tunggu Sultan untuk tentukan masa depannya? Kenapa berselindung di sebalik protokol istana?
Apabila pemimpin hilang sokongan majoriti seperti jelas berlaku ke atas Khalid dalam tempoh beberapa minggu ini, langkah terhormat adalah dengan meletak jawatan dan memberikan seseorang yang memiliki kepercayaan mengambil alih.
Malah, Khalid juga sudah memecat empat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) DAP dan PKR daripada pentadbirannya hanya kerana tidak mendapat sokongan mereka. Beliau perlu mengambil keputusan sama ke atas exco PAS.
Ini akan menyebabkan beliau hilang minimum empat exco untuk memerintah negeri terkaya dalam negara tersebut. Sokongan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) saja tidak memadai.
Semua isyarat sekarang menunjukkan Khalid sudah hilang kedudukannya. Beliau perlu letak jawatan. Beliau hanya perlu memberitahu Sultan dan tidak menanti untuk mengadap.
Mengapa Selangor perlu ditadbir seminggu atau lebih oleh seorang menteri besar yang tidak mempunyai sokongan? Adakah penjawat awam perlu menuruti arahannya kerana beliau masih mentadbir sehinggalah Sultan melepaskannya?
Khalid boleh mengambil tindakan sewajarnya selepas terseret dalam kemelut dengan Pakatan Rakyat. Bukan saja boleh, tetapi wajib.
Beliau boleh hantar surat peletakan jawatannya dan mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku menteri besar sehingga Sultan memutuskan untuk menerima atau tidak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.
Atau Sultan boleh membubarkan dewan atas nasihat Khalid. Yang mana satu pun, Khalid perlu mengambil jalan terhormat dengan meletak jawatan terlebih dulu. Tidak perlu tunggu Sultan untuk membuat keputusan tersebut. – 18 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-perlu-berundur-sekarang-tidak-perlu-mengadap-sultan#sthash.TOPsbPnf.dpuf
KAH KAH KAH
mustahil tak faham
mustahil tak sedar
mustahil tak tahu
----------
7 ulasan:
... tukar tiub... ??? engko tak leh sabar ka hingga sultan habis cuti. negeri engko yo la tadak sultan.. yg ada yamtuan. undang-undang tubuh kerajaan negeri pun berbeza. negeri ko tu adat lebih utama dari agama... jadi tak terkejut kalu ko cakap mcm orang tadak agama! ko dah sokong LGBT tu diam ja la... atau ko dah kena komut jolobu... komut ikut belakang la.. LGBT looo
Woitt!TT,apa kau buat?Pak chu cheng ka?Hari ni Madey dah keluar peluru drone tembak mat monggol.Cepatlah buat pecah berita dan pecah perut!Madey kata mat monggol perosak semua kaum,perosak ekonomi negara dan balun duit kera-jaan.kah..kah..kah..
Madey baru sedar!Nampak dak aku dah kata dulu simiotok aku lagi power tt.Apa makna berita ini.Sah mat monggol akan diterajang Madey datang bulan Oktober ni!kah..kah..kah..
Madey kata nak selamatkan bangsanya!kah..kah..kah..Tentulah nak selamatkan keling dulu,melayu semua pi mampossss la..kah..kah..kah..
Gelojoh betul.pkr ni...kemaruk nak jd MB. Korang sabar tak boleh ka. Selangor tu bukan nak lari mano @ korang dok nampak duit byk kut. Dah sultan sungguh dia tunggu hingga 27 hb ni..korang tunggu ja lah..kau hantam dia sampai nak menyawa..islam x ajar ummat dia mcm tu. Hidup jgn mcm org kafir...jiwa perlu tenang...ketentuan ALLAH atas sesuatu sudah tertulis..manusia hanya perlu bersabar je.
Apa lsgi, turun j.raya la. Ads bra ka hehe
eh !!!!
betul ke padang lumba keldai ter besar ada di selangor ???
keldai kuat lari ke ???
keldai keldai meeting bincang guna whatsapp ke ????
keldai boleh makan ke ?
ini bukan kisah jadi MB sahaja..terselit juga kisah anti sultan...mereka tu banyak diajar fahaman komunisme, kapitalisme(money is everything) dan anti sultan...aku rasa kalau mereka naik kereta dan nampak sultan kat tepi jalan tengah jalan kaki, mau depa langgar je sultan ni...aku rasa laaa...
aymy8888
Osah lah kau ni becakap main sosah yo. Tah apo butir hujung pangka.
Catat Ulasan