NASI PANGGUNG KELMARIN
Jln Panggung tetap macam biasa
Dipenuhi warga kota, anak semua bangsa
Roti cicah kari ayam buat pemanas badan
menahan diri dari kesejukan hujan
Menu & penyumbang untuk hujung minggu lepas:
Tim Dapur Jalanan - Roti cicah Kari Ayam Power
Tim Syed Syahir - Roti Canai & Air Mineral
Kak Nora - Bubur Kacang
Qish Awek Cun - Cucur Sayur
Mereka yg sama bantu kerja bakti:-
awek-awek baik hati - Husna, Sya, Aisyah, Quratul, Qish
List hero-hero minggu ini - Hazman, Padel, Ajim, Azen, Hijrah, Aiman
Rahmat Haron, Rcong, Wak Jal, kawan2 dari HaRUM
& semua yg sama bantu, buat sibuk, buat ramai meriahkan petang ahad Jln Panggung!
Terima kasih daun keladi
minggu depan jumpa lagi
ada DapurRaya, istimewa untuk warga miskin kota!
31 OGOS KITA KENDURI
PENGUMUMAN PENTING!
DapurRaya, 31 Ogos 2014, 5 petang sampai malam!; ketupat, lemang, dodol, kueh raya, akustik jalanan, puisi & macam-macam! semua jemput datang, bawa kueh raya buat potluck untuk dikongsi bersama warga miskin kota.
DapurJalananKL ada merchandise baru untuk isi tabung; akan dijual di DapurRaya. Datang beli sambil membantu, juga dapat makan kueh raya sambil mendengar lagu raya bersama warga miskin kota
DapurJalananKL sedang mengumpul bahan-bahan untuk pek toileterries (sabun, shampoo, shaver, tuala kecil, dll) untuk disumbang kepada warga miskin kota pada DapurRaya nnt. kepada baik hati ingin menyumbang boleh tekan number
017-878-30-22 - Noreen
Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah
ezzuandi = 019-267-12-85
adikhalid = 012-664-88-73.
Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL & insta - dapurjalananK
Setiakawan bersama warga miskin kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
25 Ogos 2014
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
25 Ogos 2014
----------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan