KHAMIS
MALAM
DISKUSI
BERSAMA
ZUL FIKRI ZAMIR
Sekolah Bukan Penjara
Universiti Bukan Kilang
KHAMIS 2 OKTOBER
JAM 8:00 Malam
Alamat: No. 2, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya
APA ITU MIMBAR GERAKBUDAYA?
Mimbar Gerakbudaya merupakan sebuah platform diskusi bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk duduk bersama, berbincang, berbahas dan berwacana.
Topik diskusi meliputi hal ehwal semasa, politik, sejarah, ekonomi, pendidikan, seni dan sastera, gender, falsafah & pemikiran, agama, dan sebagainya.
Mimbar Gerakbudaya berformatkan interaksi dua hala di mana setiap kehadiran sentiasa digalakkan untuk mengambil bahagian berkongsi idea, menyatakan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan pandangan. Kami amat menggalakkan pertembungan pemikiran di dalam usaha mencari kebenaran.
MATLAMAT
Mimbar ertinya tempat melahirkan fikiran atau pendapat. Terdorong oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk membawa kata tersebut kepada bentuk yang lebih praktikal di mana interaksi dan komunikasi dapat berlaku secara langsung.
Matlamat utama kami disamping meluaskan ilmu pengetahuan, ialah mencetuskan pemikiran yang progresif dan saintifik serta mempromosikan satu suasana intelektual yang sihat, bersifat ilmiah dan akademik sekaligus melawan kemiskinan intelektual dan budaya.
PERINCIAN MIMBAR GERAKBUDAYA
Mimbar Gerakbudaya akan diadakan pada setiap bulan di minggu pertama. Diskusi akan berlangsung dari jam 8:00 malam sehinggalah 10:30 malam bertempat di Dewan Gerakbudaya, Petaling Jaya. Pada setiap kali sesi diskusi, seorang peneraju/pengendali akan dijemput untuk memandu diskusi. Kami sangat berbesar hati agar rakan-rakan tidak kira dari dalam atau luar negara untuk turut serta bersama-sama kami menjayakan Mimbar Gerakbudaya.
-----------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan