Rabu, 3 September 2014

APA DIA DUNIA KETIGA








APA DIA DUNIA KETIGA


Dalam tulisan-tulisan yang lalu saya sering menerangkan kepada pembaca bahawa Malaysia adalah sebuah negara Dunia Ketiga. Saya juga selalu menyanggah pandangan-pandangan dari ahli akademik, profesor atau pemerhati politik. Saya menyangkal pendangan kerana mereka gagal mentakrifkan Malaysia sebagai negara Dunia Ketiga. Saya anggap analisa mereka lompong kerana tidak berasaskan politikal ekonomi Dunia Ketiga. Malah saya 'menghampehkan' pandangan para pakar ini.


Maka adalah adil untuk diri saya menerangkan sajelas mungkin kepada para pembaca apakah itu negara Dunia Ketiga. Dan kenapa saya memasukkan Malaysia ke dalam bakul Dunia Ketiga. Pecerahan ini saya harapkan akan mendewasakan pandangan politik kita. Akan membolehkan kita membaca politik dan siasah negara Dunia Ketiga termasuk Malaysia.


Pertama-tama : Jangan sesekali tersilap faham, tersilap baca - hanya kerana Malaysia ada bangunan KLCC maka Malaysia dianggap sebagai sebuah negara maju. Kerana Malaysia ada leterik dan air paip maka Malaysia negara maju. Kerana ramai warganya menggunakan talipon bimbit maka Malaysia ini bukan negara Dunia Ketiga. Kerana Malaysia ada kereta Proton dan ada Lebuh Raya Plus maka Malaysia bukan negara Dunia Ketiga. Semua ini tidak betul.


Bangunan tinggi, kereta, talipon bimbit, leterik atau lebuh raya bukan satu ukuran untuk menilai sesebuah negara itu. Semua ini adalah benda dan barangan luaran yang dapat dilihat dan dapat dipegang. Benda-benda ini kita panggil infrastructure atau struktur lauran. Struktur ini ada dimana-mana dalam dunia ini. Di Dubai , di India, di Tanzania - ada jalan raya, ada leterik tetapi ini bukan bermakna negara ini bukan negara Dunia Ketiga.

Dalam memahami politik sesebuah negara yang wajib dilihat ialah apa dalaman negara itu. Melihat luaran sesebuah negara itu samalah saperti pelancong melihat Kuala Lumpur sepintas lalu. Para pelancung ini hanya melihat infrastruktur tetapi gagal melihat 'superstructure'.


Apa itu 'superstructure”? Superstruktur adalah lembaga-lembaga daulah, jentera daulah, politik, budaya warga, tahap fikrah warga, kesedaran sosial dan tanggugjawab warga. Apa yang jelas semua ini adalah perkara-pekara yang TIDAK dapat dilihat, dipegang atau dilukis. Tetapi inilah asas sesebuah negara bangsa. Inilah asas terdirinya sebuah negara.


Jika Malaysia ini ditakrif sebagai negara Dunia Ketiga - apa pula negara Dunia Pertama dan negara Dunia Kedua? Dalam takrifan politikal ekonomi negara Dunia Pertama ialah Amerika Syarikat dan Rusia. Inilah dua negara super yang memiliki kekuatan ekonomi dan bala tentera. Negara Dunia Kedua ialah negara-negara Eropah Barat. Selain dari itu – semua negara Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur – adalah negara Dunia Ketiga.

Paling jelas – ciri dan watak pertama negara Dunia Ketiga ini wujud atau diwujudkan oleh kuasa kolonial. Negara penjajah saperti Belanda, Sepanyol, Portugis dan British telah mewujudkan negara-negara Dunia Ketiga ini. Secara jelas negara Asia, Afrika dan Amerika Latin – kesemuanya wujud pasca kolonial.


Tanah Melayu, Malaya atau Malaysia diwujudkan oleh British. Tanah Melayu wujud atas runtuhan Kerajaan Melayu Melaka. Bagitu juga Indonesia diwujudkan oleh Belanda diatas keruntuhan kerajaan Jawa Majapahit.


Apa yang jelas pertembungan anak tanah jajahan dengan kuasa kolonial telah melahirkan Dunia Ketiga. Umum mengetahui bahawa kuasa kolonial menjajah dengan tujuan untuk menjarah ekonomi, memunggah hasil mahsul, merampok bahan galian, emas , perak , bijeh dan minyak.

East India Company yang mendahului Baginda Queen telah datang ke Tanah Melayu untuk mencari harta kekayaan. Apabila mengundur maka Britian telah meninggalkan kuasa pentabiran kepada budak suruhan yang setia untuk menjamin harta kekayaan British – ladang getah dan lombong bijeh - akan terus selamat. Justeru United Malays National Organisation telah dipilih sebagai budak suruhan yang setia.


Pekara yang sama berlaku di India, di Afrika, di Kepulauan Indies Barat dan di negara-negara Timur Tengah termasuk Iran. Paling jelas untuk memahami hakikat ini ialah melihat bagitu banyak negara-negara Arab Telok diwujudkan oleh British sebelum atau sesudah Perang Dunia Kedua.


Negara Dunia Ketiga memiliki beberapa lagi watak dan perangai yang mengabsahkan kedudukan mereka. Semua watak dan perangai dikongsi bersama. Di Negeria, di Kenya, di Indonesia atau di Malayaia watak, pola dan ciri Dunia Ketiga ini jelas. Ciri dan pola inilah yang memberi takrifan bahawa Malaysia ini adalah negara Dunia Ketiga.

Asas ekonomi negara Dunia Ketiga ialah mengekspot bahan mentah. Negara Dunia Ketika bukan negara pengeluar tetapi negara pengguna. Ekonomi negara Dunia Ketiga bergantung kuat dengan ekonomi negara Pertama dan Kedua. Ekonomi negara Dunia Ketiga adalah ekonomi ekor – mengekor keperluan negara Pertama dan Kedua.


Justeru, kerana asas ekonomi yang lemah dan bergantung maka dalam negara Dunia Ketiga semua lembaga-lembaga daulah lemah. Lembaga daulah saperti badan kehakiman, SPR, SPRM , media, polis, tentera, Raja, Al-Malik atau Sheikh semuanya gah dalam bentuk tetapi kosong dan hampeh.


Lembaga-lembaga daulah yang lemah menjemput rasuah. Justeru RASUAH adalah ciri yang amat penting dalam negara Dunia Ketiga. Kesemua negara Dunia Ketiga mengamalkan rasuah dalam pelbagai bentuk.


Badan kehakiman, polis, pegawai kerajaan dan apa saja lembaga daulah yang diwujudkan 'boleh dibeli'. Malah ada lembaga-lembaga ini diwujudkan untuk menjadi lukah dan jerat sebagai cara untuk mengambil duit rasuah. Cara rasuah berjalan dan tujuan pemberian rasuah ini sama sahaja. Yang berbeza hanyalah rasuah dilakukan dengan dinar, ringgit, rupiah, dolar atau riyal.

Negara Dunia Ketiga semuanya mengakui menjalankan sistem demokrasi. Ada demokrasi berparlimen, ada yang menggunakan sistem Presiden, ada yang mengunakan sistem Persekutuan, ada negara Raja Berperlembagaan. Dari buku rujukan semuanya memang indah – di Kenya ada pilihan raya. Di Pakistan juga ada pilihan raya.


Tetapi sistem pilihan raya dalam negara Dunia Ketiga semuanya tipu. Pilihan raya itu hanya prosedur sahaja. Bukan satu proses memperkasa warga. Bukan menjalan pemilihan mengikut suara ramai. Pilihanraya dalam negara Dunia Ketiga hanya sandiwara.


Kes kajian yang paling molek untuk memahami ini ialah pilihanraya di Malaysia sendiri. Bukan sahaja SPR Malaysia telah menjalankan pelbagai bentuk penipuan malah Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi rakyat. Tetapi dalam negara Dunia Ketiga adalah mustahil pilihan raya akan mengubah kerajaan. Suara udian majoriti 52% yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat  tidak akan mengubah apa-apa.


Dalam negara Dunia Ketiga jika pilihanraya itu boleh menukar kerajaan maka pilihan raya itu akan diharamkan. Tak percaya? Sila rujuk apa yang sedang berlaku di Pakistan sekarang? Islamabad sedang dikepong oleh para pengundi yang telah ditipu undi mereka.

Apa itu PROSEDUR DEMOKRASI yang sering saya paparkan?


Prosedur Demokrasi ini adalah salah satu watak penting Dunia Ketiga. Segala lembaga dan peraturan demokrasi wujud tetapi semuanya hampeh tidak boleh dipakai. Prosedur, lembaga dan kaki tangan wujud tapi kosong. Inilah garis pemisah negara Dunia Kedua dengan negara Dunia Ketiga.


Contoh yang paling baik untuk kita memahami apa itu prosedur demokarsi dalam Dunia Ketiga ialah kita membuka mata melihat apa yang sedang berlaku di Selangor.


Kerajaan Selangor ditubuhkan melalui PRU13. Ini prosedurnya. Menteri Besar dan Exco dipilih dari parti yang memiliki suara terbanyak. Ini prosedurnya. MB dan Exco yang dipilih oleh undian ahli-ahli Dewan Undangan. Ini prosedurnya. Nama-nama yang diundi akan dimaklumkan kepada Sultan. Ini prosedurnya.


Tetiba warga Selangor dan rakyat Malaysia diberitahu Sultan mahu nama bakal MB Selangor. Ini demokrasi hampeh namanya. Saya berkata hampeh kerana Pakatan Rakyat telah memilih sosok yang wajib dinobatkan sebagai MB Selangor. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi suara terbanyak wajib dinobatkan.


Semua prosedur akan berjalan baik jika kepentingan kaum pemodal, para perasuah, ajen jual kontrek, pencari kontrek tidak tergugat. Apabila kepentingan ini tergugat maka kita akan melihat demokrasi ini hanya berak lembu. Ini satu watak demokrasi dalam negara Dunia Ketiga.


Dr Wan Azizah mendapat sokongan 30 ahli Dewan Undangan Selangor. Ini jumlah majoriti. Tetapi dalam negara Dunia Ketiga ini tidak berlaku. Tetiba dunia diberitahu Sultan akan memilih. Perbuatan Sultan memilih siapa MB Selangor yang baru ini adalah contoh prosedur demokrasi.


Dari sini maka timbulah soalan hakiki untuk kurun ini. Soalan yang tidak ada jawaban tetapi soalan yang akan mendidik kita semua untuk mengabsahkan bahawa Malaysia ini adalah negara Dunia Ketiga.


Jika Sultan yang memileh siapa yang akan menjadi MB Selangor atau siapa yang menjadi PM Malaysia – mengapa kita menghabiskan duit , masa dan tenaga membuat pilihanraya. Kenapa dari awal lagi TIDAK kita serahkan nama Si Polan dan Si Polan untuk Sultan membuat pilihan. Kenapa kita terus berberak lembu kepada orang ramai. Oppps... maaf... berak lembu inilah yang membuktikan bahawa Malaysia ini negara Dunia Ketiga. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-3045








------------

7 ulasan:

Amuraria berkata...

ayam kahkahkah ! ABU !

Awanama berkata...

OOOoo barulah aku faham. Negara Dunia Ketiga adalah Negara yang BERBERAK LEMBU. Bodoh mengalahkan Lembu. Muka Hodoh mengalahkan Lembu. kakhakahakahkahakhakhakhakah

kampong lad berkata...

antara langkah2 menuju ke negara donia ke 2 1/2:
1. sekarang ada dua gabungan parti2 politik & bukan 2 parti spt uk & usa. pru 14 akan datang gabungan2 ini mesti istihar nama bakal mb/km/pm pada masa penamaan calon. jgn jadi maharaja kerana adun & ahli parlimen adalah semua wakil rakyat. 2. haramkan wakil rakyat jadi katak. sekarang ni perbuatan lompat melompat di'halal'kan atas nama hak berpersatuan. perkara 10.1.c perlembagaan persekutuan - "semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan". soalan - adakah sama berpersatuan dgn membentuk persatuan?. dlm konteks ini, adun & ahli parlimen adalah wakil rakyat walaupun warganegara tapi status dah berubah. adakah wakil rakyat berhak mengkhianati mandat rakyat?

Awanama berkata...

TT buat penat saja kau nak terang pada melayu ngok dibawah umnongok ni.Mereka sebenarnya ditipu oleh mamak anak iskandar kutty kononnya Malaysia dah maju.Taik kucinglah.Kalau jamban dirumah pun tak bersih dan tandas awam pun kena dicuci oleh pekerja asing itulah dengan jelas Malaysia adalah negara dunia ketiga.Sama taraf dengan negara-negara Afrika.Cuma diAfrika tak ada apanama orang panggil Putrajaya dan apa-apa benda lagilah.Satu ciri lain negara dunia ketiga Malaysia taraf Afrika ialah kerja pemimpin-pemimpin adalah tipu rakyat.Dalam kes ini tipu melayu.Ciri paling nyata.Undang-undang hanya untuk pembangkang.Parti pemerintah buat rasuah macam kes lembu kondo dan kes anak Toyo semua buat bodoh lembu je.Memang semua macam babi sial saja.Pemikiran tahap taik lembu.Memang Dajal dunia ketiga ni.

1Crony berkata...

Malaya ini bukannya negara dunia ke-3, malah negara ke-3 di dunia bertitle korupsi selepas Uganda dan Zimbabwe.

Unknown berkata...

Bodoh mcm lembu..
Kah kah kah..

Awanama berkata...

Malaysia punya lebuhraya, airport, bngunan canggih, ape yg negara dunis pertama ada, juga ada d msia tpi msia masih tergolong dlm dunia ketiga: rasuah nye sehebat zimbabwe, pemimpin 2 nye kaya raya rakyat dberinye brim supaya diam, djaga ibarat bela ayam mkn denak sehingga benak, jgn berangan nk hidup senang mcm tuan, dtanmkn rase benci kpd kaum Cina yg kedudukn ekonomi nya lbh baik dr org melayu tpi yg ambik hak melayu ialah pemimpin melayu yg ada ni. Tpi krn semngat kebncian mngatasi segala nya, lupa kita yg memerinth bkn Cina tpi Melayu, pemimpin dumia ketiga yg setaraf dgn Mugabe, kaki rasuah, kaki betina... Kini sedng bergabumg dgn parti jual agama