Jumaat, 5 September 2014

MAT MONGOL JADI MAT KANG KONG





MAT MONGGOL 
JADI MAT KANG KONG
klip popular dah lebih satu juta penonton


Kenyataan Media Daripada ADUN Machang Bubuk, 

Lee Khai Loon di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 4 

September 2014

3 Pegawai Khas ADUN Machang Bubuk Diminta Bantu 

Siasatan Polis Dalam Isu “Flashmob I LOVE Kangkung”

Pada petang 4 September 2014, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah  telah menghantar satu surat ke Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon untuk bantu siasatan polis. Dalam surat tersebut, polis meminta tiga pegawai khas ADUN Machang Bubuk iaitu Ho Leng Hong, Tan Xin Ying dan Andrew Chew untuk membantu siasatan dalam isu “Flashmob I LOVE Kangkung”.

Isu tersebut telah diklasifikasi oleh polis di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Namun masa belum ditetapkan dan tindakan yang selanjutnya juga tidak dimaklumkan.

Lee Khai Loon berpendapat bahawa tindakan polis tersebut berkaitan dengan siri tekanan politik yang telah berlaku baru-baru ini. “Flashmob I LOVE Kangkung” telah diadakan pada bulan Januari 2014 atau lebih 8 bulan yang lepas. Selepas insiden tersebut, beliau juga disoal siasat oleh pihak polis.

Namun demikian, tindakan polis untuk menyiasat semula insiden tersebut amat mencurigai malahan menimbul persepsi bahawa tindakan tersebut berkaitan dengan siri tekanan politik.

Tambahan Lee, cubaan untuk mewujudkan “white terror” melalui tekanan politik akan menyebabkan demokrasi Malaysia undur ke belakang.


LEE KHAI LOON
ADUN Machang Bubuk
Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pulau Pinang






3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UNdur Ke Belakang Kan Best...

kemut Keliling tuuuh..

Tanpa Nama berkata...

Kah..kah..kah..

Lawak pagi jumaat sebelum baca kitab.kah..kah..kah...

Teruskan serangan TT terhadap mat monggol.Mat monggol kangkong sudah ditibai oleh anak mamak Madet anak iskandar kutty.kah..kah..kah..

Mat monggol akan diterajang bulan Oktober ni,Tak caya tunggu dan lihat.

Sebab diterajang kerana politik mat monggol politik haramjadah pandy kutty,kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

apa kah sama bahalol makan kangkong , sama bahalol makan dogol....???

dua dua hasil kan najis !!!

Yes ; taik !!!