Kenaikan Harga Petrol Adalah Demi Keuntungan Berganda GST
Tindakkan kerajaan menaikan harga bahan api sebanyak 20sen bermula tengah malam tadi bakal menyebabkan kehidupan rakyat lebih sengsara. Kenaikkan ini juga mendorong kesan berantai kenaikkan harga barang dan kos sara hidup yang tidak mungkin mampu dikawal. Ini adalah satu rompakkan terbuka kerajaan Malaysia terhadap rakyatnya.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menggesa rakyat seluruh negara khususnya anak muda agar menunjukkan protes secara ampuh. Kerajaan hari ini sekali lagi telah mencabar kesabaran rakyat dan kita tidak harus berdiam diri kerana kesulitan lebih besar menanti di hadapan.
SAMM telah menjangka kenaikan harga petrol dan diesel ini. Ia adalah persediaan kerajaan untuk mengaut untung yang lebih besar dengan perlaksanaan GST. Malah harga komoditi petrol itu sendiri akan meningkat lebih 15sen seliter dari RM2.30 menjadi RM2.45 selepas GST dilancar (1 April 2015).
Ketika ini juga harga petrol dunia telah menurun sebanyak lebih 25% sejak Mac 2014. Banyak negara termasuklah India dan United Kingdom telah mengambil langkah menurunkan harga petrol. Tiada alasan untuk harga minyak tempatan dinaikkan.
Namun di Malaysia, kerajaan sengaja membiarkan harga barangan melambung. Sifirnya, lebih tinggi harga barang/perkhidmatan maka lebih tinggi cukai GST yang dikutip. Lebih tinggi perbelanjaan isi rumah akibat dari kenaikkan harga bahan api, lebih banyak GST masuk kantung kerajaan.
Masihkah kita ingat bagaimana seorang Perdana Menteri merayu supaya diberikan peluang untuk memerintah sepenggal lagi? Masihkah kita ingat janjinya untuk tidak menaikkan harga bahan api walaupun harga minyak dunia melambung? Malangnya, walaupun ketika harga minyak global menurun, kerajaan telah menaikkan harga minyak domestik sebanyak 40 sen semenjak kekal memerintah lepas PRU13.
Justeru itu, SAMM bermula dari malam tadi telah melancarkan flashmob di beberapa lokasi dan akan terus menyusun lebih banyak flashmob di seluruh negara. Satu perhimpunan besar-besaran membantah kenaikan harga petrol 'demi GST' akan menggegar tanahair. Anak muda harus bersedia dan menyambut gerakan murni ini.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
INI JAWAPAN TEPAT
----------
5 ulasan:
Aku sangat merindui suasana Masjid Jamek dan Dataran Merdeka dibaluti asap dan gas pemedih mata FRU.
Selamat Kembali...
Hambo dn gang UG tk setuju tk wala' kat pemimpin.
Rakyat perlu bekorban demi raja bangsa dn agama.
Apallah nk kisah minyak naik 20 sen krana tempat lain harga minyak turun.
Kan Malaysia terbaik dlm segala hal didunia.
Cuma kerajaan je yang paling menekan rakyat dn menteri2 yg terbodoh didunia.
Mana ada negara org bodoh bolih jadi PM,menteri pegawai teryinggi......Malaysia bolih!
jangan buat weekend nie please. nak balik raya haji. buat 11 atau 12 oktober ke :D
Satu ja aku nk komen.. Sapa undi Barisan Najis Memang PEEEEEEEEEEELAAAAAAAAAAAAQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ. Sekian.
Apa sultan2 dan raja2 pedulik? Sumer sonyap jo telan duit cukai banyak..
Catat Ulasan