KOMENTAR
apa yang dilakukan
oleh pdrm memang baik
tetapi hakikatnya
tidak akan mendatangkan
hasil jangka panjang
serbuan keatas premis
serbuan dalam kedai judi
hanya menggangu perniagaan
ini gangguan sementara
kedai judi ini akan mula kembali
kempen anti judi ini
tidak akan berjaya
sama saperti kempen anti dadah
dalam kempen anti dadah
yang diserang hanya pengguna
yang didakwa hanya mat pet
tokan masih selamat
raja dadah selamat
taikon dadah selamat
sama juga dalam kes anti judi
tokan judi cukong judi
yang kaya raya boleh membeli kuasa
maknanya dengan duit judi
cukong judi boleh membeli
pegawai polis yang korup
boleh beli politikus korup
boleh beli datuk korup
boleh beli dato seri korup
boleh beli tan seri korup
boleh beli menteri korup
NOTA
ta ta ta
ta ta ta
ta ta tan
Hanya 20-30 peratus serbuan berhasil
Banyak premis judi henti operasi – Mohmad Salleh
SEPANG 30 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap optimis untuk menghapuskan kegiatan judi haram secara menyeluruh dalam tempoh arahan yang masih berbaki 48 jam walaupun operasi penguatkuasaan beberapa hari kebelakangan ini kurang berjaya ekoran banyak premis judi memilih untuk tutup kedai.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohmad Salleh berkata, hanya 20 hingga 30 peratus serbuan yang dilakukan ke atas premis judi termasuk pusat perjudian berkomputer mendatangkan hasil kerana banyak premis haram tersebut telah berhenti operasi untuk mengelak penguatkuasaan.
Mohmad berkata, polis bagaimanapun tidak akan berputus asa sebaliknya bersedia melipat ganda usaha penguatkuasaan serta meningkatkan kekerapan operasi menjelang tempoh akhir yang diberikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyelesaikan isu mesin judi.
“Kini ada baki dua hari (menjelang tempoh akhir), namun saya cukup yakin isu ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan operasi bersepadu dan kekerapan operasi yang ada. Semua unit tidak kira Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ketua polis negeri, ketua polis daerah dan ketua balai memainkan peranan.
“Kita tidak akan jemu dan ada pasukan yang memantau secara khusus operasi yang dijalankan. Ini juga bukan serbuan bermusim tetapi ia akan diteruskan sehingga isu mesin judi selesai 100 peratus,” katanya hari ini.
KAH
KAH KAH
woit
ini hot hot
ciken shit
KAH KAH KAH
-------------
5 ulasan:
Laporan Ter Kini-
Taukeh kedai judi dan boss kedai judi chuma di-minta untuk tutop mesin judi dan bercuti sementara iaitu selama 30 hari.
Itu saje.
Genting kasino tidak diminta bercuti dan bolih buka kedai 24 jam.
*kalao semua ditutop, siapa yang akan bayar wang "rezeki" kepada pak polis?
Malaysia boleh ada judi halal ada judi haram kah kah...ta ta ta tan sri...????
Malaysia boleh ada judi halal ada judi haram kah kah...ta ta ta tan sri...????
Isu mesin judi ni bukan baru dah puluhan tahun towkey2 nyer pn dh banyak jadi jutawan.. Cuba fikir dgn tempoh yg begitu lama beroperasi sapa yg lindungi mereka ni...ada judi halal ada judi haram..ta ta ta tan sri oopssss...
yang si menteri dan polis bagitau awal2 nak buat operasi apa ke bangang? Bagitau tikus kucing nak datang.....tikus pakat2 buat party tupperware.....
Catat Ulasan