Khamis, 27 November 2014

DEMO DATARAN MERDEKA








BERITA BAIK

demo anti harga barang
sedang dirancang
anak anak muad bersedia
turun ke dataran merdeka
pada malam ambang tahun baru
NOTA
tibai jangan 
tak tibai
HARGA RON95 SEPATUTNYA RM1.90: DEMO 31 DISEMBER 2014 TUNTUT HARGA RON95 RM1.90

Mekanisme menentukan harga petrol dan diesel secara apungan terkawal tanpa subsidi seperti yang digunapakai sekarang adalah tidak adil kepada rakyat.

Sementara rakyat terdedah kepada risiko turun naik harga minyak mentah dunia yang diterjemahkan menjadi harga petrol dan diesel yang lebih mahal, kerajaan pula menjamin bahawa kos dan keuntungan syarikat minyak yang menjual petrol dan diesel ditanggung oleh rakyat.

Mengikut formula sekarang, kerajaan menjamin untuk menanggung kos operasi dan keuntungan syarikat minyak sebanyak 30 sen seliter bagi petrol RON95.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menuntut supaya subsidi yang sama iaitu 30 sen setiap liter RON95 dan diesel diberikan kepada rakyat supaya berlaku adil kepada rakyat. Jika Barisan Nasional boleh menjamin keuntungan dan membayar balik kos syarikat minyak, adalah tidak masuk akal perkara yang sama tidak diberikan kepada rakyat.

Pada jumlah penggunaan bahan api yang dianggarkan 14 bilion liter petrol dan 10 bilion liter diesel setahun seperti jawapan Parlimen yang diberikan Perdana Menteri, subsidi sebanyak 30 sen seliter ini hanya menelan belanja RM7.2 bilion setahun sahaja. Jumlah ini berpadanan dengan jaminan bayaran balik kos dan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat minyak.

Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa jika harga RON95 tidak diturunkan kepada RM1.90 seliter menjelang 1 Disember 2014, satu demonstrasi besar akan dibuat pada 31 Disember 2014 untuk menuntut #turunhargaminyak

Helah untuk menurunkan harga minyak beberapa sen sahaja kononnya mengikut harga pasaran tidak akan mengabui mata rakyat dari hakikat bahawa Barisan Nasional menjamin keuntungan dan kos syarikat minyak sebanyak 30 sen seliter tetapi enggan memberi hak subsidi 30 sen kepada rakyat. 

DR MOHD HATTA RAMLI
Pengerusi Gerakan Turun Harga Minyak
Ahli Parlimen Kuala Krai

ANTHONY LOKE
Setiausaha Organisasi DAP
Ahli Parlimen Seremban

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

27 November 2014





-------------

4 ulasan:

Amuraria berkata...

terbaik untuk rakyat malaysia ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dengarlah pembohongan Rafizi.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana jutaan orang orang melayu sanggup mem bahalol kan diri mereka mengangkat bebudak bahalol lahanat memimpin mereka ?

Otak ada waras ke ?

Tanpa Nama berkata...

Menteri umno n pecacai umno pukimaksial....