Ahad, 2 November 2014

HARI INI DI MAHKAMAH






APA DIA KES ANWAR IBRAHIM

Biar saya terangkan disini sajelas mungkin. Pekara ini telah berkali kali saya nyatakan. Disini saya mengulangi apa yang pernah saya tulis. Lima belas tahun dahulu – 1998 - saya telah menulis pekara yang sama. Kali ini saya menulis sekali lagi kerana ramai pendatang baru – terutama anak anak muda – yang kabur tentang KES ANWAR IBRAHIM.

Tuduhan yang dihadapkan kepada Anwar Ibrahim ini TIDAK – baca TIDAK - ada sangkut paut dengan undang-undang atau hukum hakam. Tuduhan ini BUKAN tuduhan jenayah. Ini tuduhan politik. Tuduhan ini bertujuan untuk memastikan sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini gagal dari mempengaruhi orang ramai. Tuduhan ini bertujuan untuk memalu dan memburukan nama Anwar. Tuduhan ini untuk memastikan Anwar boleh dipenjara.

Nama yang telah dibusukkan dan sosok yang dipenjara dalam perhitungan Anak Lelaki Iskandar Kutty pasti akan menamatkan nafas politik Anwar Ibrahim. Kes ini akan menghalang Anwar dari dapat mempergaruhi orang ramai untuk menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Inilah sebenarnya Kes Liwat Azizan 1998. Ini jugalah maknanya Kes Liwat Saiful 2014. Tidak ada perbezaan. Cara konspirasi dijalankan dan cara mahkamah bertindak pada ahun 1998 dan tahun 2014 adalah sama. Tujuan dan ajenda asal tahun 1998 masih diteruskan pada tahun 2014. Azizan yang banyak bulu telah digantikan dengan Saiful Bukhari yang kurang bulu. Ini saja perbezaan hakiki.

Pada tahun 1998 - Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Parti Ketuanan Melayu telah belot. Ini satu jenayah yang amat besar. United Malays National Organisation sebuah parti politik telah menjarah negara ini semenjak British mengundur – terperanjat besar apabila Anwar membelot. Kepimpinan parti yang mengakui mewakili dasar Ketuanan Melayu ini telah merompak dan melanun harta negara untuk mengkayakan anak isteri bini dan kroni. Rompakan ini berjalan secara gelap dan terbuka malah diketahui ramai. Tapi TIDAK ada 'orang dalam yang berani pecah lobang'. Si Anwar Ibrahim ini telah belot dan pecah lobang.

Pecah lubang ini terjadi kerana pada tahun 1998 telah berlaku krisis ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis dunia. Krisis ekonomi bukan sahaja menimpa Malaysia malah diserata pelusuk dunia. Banyak syarikat kroni Ketuanan Melayu telah bungkus dan gulung tikar. Ketika krisis ekonomi ini berlaku Anwar ialah Menteri Kewangan. Anak Lelaki Iskandar Kutty juga di kenali juga sebagai Mahathir Muhamad ketika itu ialah Perdana Menteri.

Anak Lelaki Iskandar Kutty memiliki dasar dan pendekatan yang berbeza dari Anwar dalam cara menangani krisis ekonomi 1998 ini. Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim lebih cenderong dan bersedia untuk menerima cadangan Bank Dunia dan International Monetary Fund ( IMF). Anak Iskandar Kutty ini merasa dasar yang diyakini oleh Anwar ini akan melungkupkan syarikat kroni dan juga syarikat Perkapalan Mirzan Cucu Lelaki Iskandar Kutty.

Perbalahan dasar dalam menangani isu ekonomi telah berlaku. Anak Lelaki Iskandar Kutty disatu pihak dengan Tun Daim sebagai Panglima manakala Anwar Ibrahim disatu pihak dengan budak-budak Abim, Mat Ezam, Mat Azmin, Mat Khalid. Anwar Ibrahim juga disokong oleh peniaga-peniga 'baru muncul' yang hendak naik dan berkembang.

Dalam suasana inilah Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim sedang menyediakan 'kumpulan dan orang-orang' untuk mengenepikan dan menendang dirinya dari tampok kuasa. Mahathir Muhamad merasakan dirinya sedang dikepong oleh Anwar Ibrahim yang memiliki banyak jaringan. Justeru - satu konspirasi dirancang untuk menangkap dan memenjarakan Anwar Ibrahim.

Hakikatnya – dalam kaca mata kumpulan penyamun – Anwar Ibrahim telah melakukan satu pembelotan besar. Anwar dilihat sebagai suara yang berani melawan. Ini amat-amat bahaya untuk sebuah parti politik yang selama ini kerjanya merompak dan melanun atas nama Orang Melayu.

Maka muncul Jubur Azizan, jubur Sukma, pelacur India Kaki Berbulu, pelacur Mexico. Semua ini hanyalah berita untuk mengolah persetujuan orang ramai agar melihat Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Parti sebagai orang jahat. Orang jahat wajib dipenjarakan.

Kepada anak-anak muda, atau pembaca yang TIDAK mengetahui apa yang telah berlaku pada tahun 1998 mungkin terperanjat membaca tulisan saya ini. Mungkin melihat tulisan ini sebagai propaganda lucah lagi bohong.

Jangan silap – saya tulis tentang Pelacur India Kaki Berbulu, jubur Azizan, jubur Sukma, pelacur Mexico, pelacur Korea – bunyinya memang lucah. Sebenarnya semuanya saya pungut dari laporan media milik United Malays National Organisation. Berita berita ini muncul pada minggu pertama sesudah Anwar dilucutkan kuasa – 20 September 1998. Pelacur-pelacur ini dilaporkan telah dilanggan oleh Anwar Ibrahim. Jika TIDAK yakin tentang apa yang saya tulis sila rujuk kepada Arkib Negara.

Justeru saya terus mengajukan bahawa jenayah Anwar BUKAN meliwat pemandu kereta Wan Azizah bernama Azizan. Juga bukan jenayah meliwat Saiful. Jenayah Anwar Ibrahim ialah pembelotan. Anwar belot dan lari dari gedrombolan Ketuanan Melayu.

Dari segi sejarah Anwar Ibrahim telah dipungut oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty untuk menjadi ahli gerombolan United Malays National Organisation. Anwar bekas aktivis pelajar dan juga bekas pemimpin belia dilihat memiliki ketrampilan pimpinan. Anwar juga memiliki rekod persekolahan, rekod agama dan pengalaman yang diperlukan untuk terus memanjangkan usia United Malays National Organisation.

Kenapa Anwar belot?

Dari segi pensejarahan - selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bersama dalam kumpulan perompak dan lanun. Anwar telah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri. Ketika dipuncak kuasa Anwar Ibrahim dikelilingi oleh segala macam jenis manusia.

Sebagai Mat Santa Klause, sebagai Pemegang Mohor Gula Melaka - Anwar Ibrahim dikelilingi oleh pelbagai jenis semut yang 'gila projek'. Pelbagai jenis ' contract junkies' yang mahukan projek. Saya memanggil era ini – ZAMAN PINK FORM . Inilah kemuncak kuasa Anwar Ibrahim mengagih-agihkan 'borang saham ' kepada Melayu dan Bumiputera untuk mendadak menjadi kaya. Dalam masa yang sama menyokong Anwar Ibrahim ke tampok kuasa.

Pada awalnya ketika ditampok kuasa – Anwar merasakan rompakan yang dilakukan oleh para lanun ini boleh dimaafkan. Tetapi apabila krisis ekonomi 1998 melanggar semuanya berubah. Para lanun dan penyamun dari United Malays National Organisation mahu Anwar membuka peti simpanan duit negara. Ringgat, dolar dan dinar harta negara ini dikhendaki oleh para lanun untuk menyelamatkan syarikat perniagaan mereka. Perkataan paling popular ketika itu ialah 'bail out' para kroni.

Dasar ' bail out' para kroni ini menajamkan lagi perbezaan antara Mahathir Muhamad dengan Anwar Ibrahim. Akhirnya perbezaan ini meledak. Anwar dituduh meliwat dan dipenjara. Pada 28 dan 29 Oktober 2014 ini kes liwat ini diulangi. Justeru, saya cukup yakin Anwar akan kembali ke penjara.

Disini saya ingin memberitahu bahawa MAHKAMAH wujud sebagai lembaga keadilan. Ini samalah juga saperti SPRM wujud untuk membentras rasuah. Sama juga dengan SPR wujud untuk mengendalikan pilihan raya. Ingin saya beritahu bahawa Mahkamah, SPRM atau SPR adalah jentera daulah.  
Dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia – jentera jentera daulah ini memiliki peranan yang sama dengan lembaga-lembaga daulah di London, di Sweden attau di Norway. Dalam buku, dalam kertas – memang mahkamah di Sweden atau di Denmak atau di Putrajaya tugasnya ialah untuk menegakkan keadilan.

Tetapi dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia – mahkamah ialah jentera dan alat daulah untuk menghukum sesiapa sahaja yang dianggap 'bahaya' oleh Rosmah, oleh Najib , oleh United Malays National Organisation. Mahkamah di Malaysia tidak ada sangkut paut dengan keadilan atau bercita-cita untuk menobatkan keadilan. Hukum dan undang-undang digunakan untuk menumpas mengalakkan dan memenjarakan musuh politik. Ini bukan tohmahan, Ini bukan fitnah.

Biar saya beri tahu disini : 1998 Anwar dituduh meliwat Azizan dalam kondo Tivoli Villas Bangsar. Apabila Peguam Pembela membuiktikan tarikh Azizan diliwat bangunan yang bernama Tivoli Villas ini belum wujud..oppps... lalu tarikh liwat diubah suai. Ini bukan fitnah Hishamuddin Rais. Ini apa yang berlaku pada bicara tahun 1999.

Dalam kes liwat Saiful - lupakan tentang jubur Saiful tersumbat plastik selama tiga hari. Ingatkan kembali bagaimana Si Saiful ini telah pergi mengadap Rosmah dan Najib sebelum membuat aduan polis. Apabila pekara ini dihebohkan media Najib telah menerangkan bahawa Saiful ini datang ke rumahnya untuk bertanyakan hal biasiswa. Najib berkata Si Saiful ini ingin belajar untuk menjadi juruterbang. Ini bukan fitnah Hisdhamuddin Rais. Ini laporan media.

Saya TIDAK akan meragui kejujuran dan baik hati para pembaca yang masih berharap keadilan akan dinobatkan pada 28 dan 29 Oktober. Saya juga angkat tabik penuh hormat kepada sesiapa sahaja yang akan turun ke Putrajaya untuk bersetiakawan dengan Anwar Ibrahim pad a pagi 28 dan 29 Oktober ini. Salut.

Kepada kawan-kawan para Reformis dan anak anak muda yang akan turun ke jalan raya saya ada pesanan:

Jika inilah harga yang wajib dibayar
Maka inilah harganya
Datanglah penjara tali gantung
Perjuangan ini tetap disambung - (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



--------------

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cakap kpd gerombolan..... Tak kebulur keluargaku jika tak makan duit rasuah...

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik Anwar yang reformasi, kalau Hisham Rais maka habis semua dibakarnya bukan setakat dewan UM, PM dan termasuk Rosmah sekali...

Tanpa Nama berkata...

Geli hati statement kamu. Macam Anwar baik sangat. Kenapa ramai rakan sepejuangan reformasi 1998 paling tadah?

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah3x. Salut Uncle Isham.

Tanpa Nama berkata...

Peliwat ni dah meliwat sejak dlm kerajaan lagi. Karpal pernah cerita dlm parlimen.Mat sabun gelar dia al juburi.Ko ini buta ke pekak tt.

DD KAYBEE berkata...

Lo...gua masih diulit mimpi..... looooo...jagain...lo bikin wa panas balik...jangan bikin naga...anjing ...rimau..babi hutan dalam roh tubuh gua ni jaga derrrr....buruk padahnya...tulisan apa looo buat ni....lo sudah kejut semua binatang hebat hebat dalam jiwa gua der.....gua panas der...kete petrol car gua panjat sambil shuffle.....lo sudah lebey der.....keyakinan gua lo tambahin...api dalam loo simbah api...sakit jantung gua kalau tak pancutin...gua sudah panas...puterajaya..looo tunggu rombongan gua......gua yang lain gua cool sham...tapi gua panas sebab lo buka kebenaran lama...panas ni lambat padam ko tau..saja je cari penyakit dengan kaum dusun keturunan pemenggal kepala ni.......loooo bikin gua panasssssssss.......

Gohet Gostan berkata...

Kerajaan yang bergantung hidup dengan lubang jubur....akan berbau busuk kemudian hari...itu pun kalau rakyatnya ada deria bau la!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Syabas tukar tiub
Kalau tuduh anuwar rasuah
Ramai melayu tak ambik pot
Sebab ramai juga terima rasuah
Kalau tuduh anuwar main pompuan
Ia juga amalan masyarakat bani agung ini
Kah kah kah
Para strategi pakar setelah sekian lama bersetuju utk jatuhkan sosok bernama Nuar ini kena pakai lubang jamban.... shit shit shit....shanon pernah lakar...kah kah kah
Strategi 98 ulang tayang kah kah kah
Malu tak apa asal sosok ni hancur... belakang tabir...wasatiyah hadhari semua ini boleh melindungi rasuah rompak...yang berlaku...kah kah kah...semua tau walau nuar bebas nanti tetapi namas sudah rosak...hubungan hancur...siapa mau kawan dgn peliwat...sentimen org msia...
Tahniah kpd team strategik msia yg canggih...fatwa fatwi pun akan bersetuju...mudah tipu melayu...ayat yang selalu guna....islam...palestin...wasatiyah...hadhari...
Penerapan nilai islam murni...melayu diserang todak...kah kah kah

Cap Ayam berkata...

Tu semua geng Baju Batik oportunis jenis lapar projek. Masuk politik pasal nak CARI MAKAN. Pada awal reformasi, puak ni konfiden Anwar akan menang dan naik jadi PM. Lepas semenjak dua menjak, tengok Anwar tak naik naik jugak, angkat kaki la semua HANTU RAYA tu buat U TURN mintak nyawa kat Boss lama.. Kah kah kih kah..

Tanpa Nama berkata...

Time buta IT dan malas baca dulu nak juga aku percaya liwat ni..tapi dah irrelevant je manjang..siap angkut tilam, kasi lebam mata, pas tu lawak tarikh liwat ditukar2, dengan bangunan Tivolli Villa yg ada tapak pun jadi tempat liwat..dah tawar langsung nak caya ke umno..busuknya sampai ke usus shitmu..liwat skrip Najib lagi lawak..siap jumpa Najib minta biasiswa, check jub sampai 2-3 pusat perubatan, simpan bukti sampai 3 hari sanggup tak berak, ambik bukti DNA pun pakai curi dari Anwar..overkilled la jenaka umno..patut satu dunia gelak dengan sarkas ni..kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

lurus bendul betul kamu ni... naive, agaknya menyusu sampai dah sekolah kot. geli geleman aku.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang TT tuliskan dalam pencerahan ini adalah benar.Kerana sejak awal lagi Madey kata si Nuar cucuk mata sendiri mata cerita p.ramlee.Tapi al kisahnya Madey telah kantoi.check punya check polis yang cucuk mata Nuar sampai lebam.Jadi bagi yang kat luar sana yang masih percaya pada liwat,eloklah pikir macam mana kalu orang tuduh pada kita yang isteri atau anak perempuan kena liwat.mau percaya ka.gunalah otak jangan jadi bahlol sampai masuk lubang kubur.

FOUR WIRE berkata...

Betul ke tak betul liwat berlaku itu aku tak nak persoalkannya kerana menuduh mempercayai berdasarkan cakap orang amat lah bahaya..dosa nya hanya Allah swt yang tahu.
Apa yang berlaku sejak berbelas tahun dulu bermacam2 cara digunakan terhadap hamba Allah ini semata2 kerana isu politik..
Hukum yang diguna pakai sudah tersasar jauh dari tujuan asal. Yang penting Anwar perlu di grounded..perlu di penjara..
Wlu pun trivoli villa belum ada tapi liwat sudah berlaku.. jubor tidak berak untuk simpan bukti.. jumpa najib minta biasiswa..anwar cocok mata sendiri..disiksa pelbagai cara..dimalukan diaibkan sesuka hati..dipaksa bg dna..dicuri dna..makan minum selepas diliwat kononnya..takut sangat pada anwar..dan macam2 benda pelik telah dilakonkan semata2 untuk hancurkan Anwar..
Kerajaan membela bagi pihak jubor saipul.? ? Owh..hebatnya dia..kerajaan sanggup bergolok bergadai untuk membela saipol..
Bertuahnya saipol..
ALTANTUYA mati dibom tidak diambil pot kerana ianya melibatkan orang berkuasa..
Jubor saipol lebih berharga dari ALTANTUYA.

WALLAHUALAM

Tanpa Nama berkata...

Marilah kita berjuang tegakkan hukum hudud agar semua manusia mendapat keadilan.

mohd berkata...

kah.. kah.. kah..
ni surah xlengkap
kah.. kah.. kah..
knp anwar duduk dikandang tertuduh setelah mnyedari diri xde alibi
kah.. kah.. kah..
knp barisan peguam bela mngaku liwat suka sama suka
kah.. kah.. kah..
ni surah melancap
kah.. kah.. kah..
karang panjang2 letak ajinomoto