SEMUA AKAN TURUN
10,000 disasar hadir demonstrasi minyak
ambang 2015 di KL
Demonstrasi menuntut harga minyak diturunkan diteruskan pada malam 31 Disember ini dan penganjur mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 orang berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan berpakaian hitam.
Seramai 16 kumpulan aktivis, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik Pakatan Rakyat (PR) sepakat menganjurkan demonstrasi "#Tuntut" supaya harga minyak turun kepada RM1.90 sempena sambutan ambang tahun baharu 2015.
"Kami tak perlukan permit. Cuma mahu meraikan sambutan tahun baharu," kata aktivis Hishamudin Rais pada sidang media di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.
Gabungan itu dalam kenyataan mereka hari ini percaya tindakan menghapuskan subisidi oleh Barisan Nasional (BN) adalah tidak adil dan memangsakan rakyat.
Katanya, sebagai negara pengeluar minyak, sebahagian keuntungan hasil minyak dan gas wajib disalurkan terus kepada rakyat sebagai subsidi, supaya ia tidak terkumpul ditangan pemerintah semata-mata.
"Orang ramai diseru turun beramai-ramai dengan memakai baju hitam dan mula berkumpul di sekitar Dataran Merdeka bermula jam 9 malam," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/10000-disasar-hadir-demonstrasi-minyak-ambang-2015-di-kl#sthash.wWHVBaPO.dpuf
KAH
KAH KAH
anak muda
jumpa disana
pesta tahun baru
----------
3 ulasan:
Che Gu Bard jangan lupa ajak sekali sebagai pengajur....
aku setuju!!! suruh dia bawak papan hitam dan kapor tulis. untuk ajar budak2 demo cara mengira harga minyak petrol dan disel guna satu tong minyak mentah...
SELAMAT MENCUBA!!!!!
AIR KELAPA BOLEH MENGGANTIKAN PETROL DLM KECEMASAN
Satu lagi prestasi yg patut diberikan penghargaan untuk pereka enjin dan jurutera yang berhasil menemukan bahan bakar pengganti kepada petrol dengan hanya berbekal bahan asas daripada air kelapa. Caranya pun relatif mudah :
1. Tuangkan air kelapa ke dalam botol kemudian diamkan sekitar 2 jam.
2. Masukan botol ke dalam beg & tutup rapat @ hindarkan dari sinar matahari kerana sinar matahari akan merosakkan molekul air kelapa tersebut.
3. Hidupkan motor anda & bergeraklah seperti biasa hingga anda kehabisan petrol yang ada di dalam tangki. Tetapi usah risau, anda sudah bersedia dengan bekalan bahan bakar yang baru.
4. Pada saat petrol anda habis, gunakan air kelapa yg sudah disiapkan tadi untuk anda minum, kemudian
tolak motor anda sampai stesen minyak terdekat.
Badan sihat, petrol pun jimat.
Selamat mencuba...
Catat Ulasan