Rabu, 24 Disember 2014

SANTAU NUKLEAR







KENYATAAN AKHBAR UNTUK SEBARAN SEGERA – 23 DISEMBER 2014

ANAK MALAYSIA ANTI NUKLEAR (AMAN) merupakan suatu gerakan rakyat akar umbi yang berpendapat bahawa tenaga nuklear tidak bersih, murah, selamat ataupun diperlukan bagi tujuan penjanaan kuasa elektrik di Malaysia. Dengan itu, AMAN menentang pembinaan loji tenaga nuklear di Malaysia. 
 
AMAN sedar wujudnya penyebaran maklumat palsu dari penyokong-penyokong industri nuklear dan kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu serta ketidakwujudan ketelusan dalam perbincangan antara kerajaan dengan rakyat. Malaysia perlu berwaspada terhadap idea untuk mendirikan loji tenaga nuklear, lebih-lebih lagi apabila isu menangani sisa pembuangan radioaktif tidak mempunyai jalan yang selamat, lalu memberi kesan mudarat kekal terhadap kesihatan rakyat jelata.
 
AMAN mendesak kerajaan supaya membatalkan rancangan EPP11: Menggunakan Tenaga Nuklear untuk Penjanaan Kuasa, yang terkandung dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi menukar fokus kepada penjanaan kuasa melalui tenaga boleh diperbaharui (RE) serta inisiatif keberkesanan tenaga (EE) untuk mengurangkan penggunaan elektrik.
 
Berikut merupakan 7 dasar bantahan AMAN:-
 
1. Loji tenaga nuklear adalah sangat mahal dan merupakan langkah ekonomi yang tidak bijak. Ini mengambil kira kos dari pembinaan, operasi, serta aspek pengurusan sisa-sisa nuclear hinggalah penyahtauliahan (penutupan) sesebuah loji itu. Jika diambil kira isu sumber uranium yang bukan sahaja berbahaya tetapi juga mahal, ternyata langkah ini adalah satu kemunduran. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menyatakan bahawa sekurang-kurangnya RM350billion diperlukan bagi proses penutupan 40 buah loji nuklear dalam 25 tahun yang akan datang.

2. Dewasa ini, bencana alam sering berlaku disebabkan perubahan iklim, loji tenaga nuklear jelas sangat terdedah kepada risiko tinggi bencana alam, seperti yang dilihat ketika peristiwa Fukushima, Jepun. Tiada jaminan loji nuklear 100% selamat daripada kesilapan operasi ataupun sabotaj mahupun ancaman pengganas. Malaysia langsung tidak bersedia untuk kejadian sebegitu, yang akan menyebabkan negara ini tidak akan dapat didiami untuk beratus tahun.

3. Tenaga nuklear tidak selamat, semacam bom jangka yang bakal meletup pada bila-bila masa. Meski pun, penyokong industri nuklear pula mengatakan sebaliknya, tetapi tetap juga berlaku bencana seperti Fukushima yang belum lagi ada jalan penyelesaiannya. Sudah terang lagi bersuluh, ancaman paling hebat terhadap kesihatan manusia berpunca daripada radiasi  sisa-sisa nuklear yang akan kekal sebegitu bagi tempoh beribu-ribu tahun serta tiada kaedah untuk pelupusan kekal dan selamat. 

4. Malaysia tidak perlu mendirikan loji tenaga nuklear bagi tujuan penjanaan elektrik kerana penjanaan sekarang dan yang sudah dirancang serta daripada sumber-sumber lain mencukupi. Malah, usaha perlu ditumpukan untuk Tenaga boleh diperbaharui dan juga tenaga lestari yang boleh mengurangkan sehingga 30% penggunaan elektrik.

5. Selain daripada negara China, kadar pembinaan loji tenaga nuklear sedang menjunam, dengan satu sahaja loji tenaga nuklear yang sedang didirikan di Amerika Syarikat. Di negara Jerman pula, mereka telah menggubal undang-undang sedia ada supaya tenaga nuklear dihentikan menjelang tahun 2022 dan negara Perancis juga akan berbuat demikian. 

6. Jika Malaysia memilih menggunakan tenaga nuklear, Malaysia akan terpaksa bergantung kepada kuasa asing bagi teknologi serta bekalan sumber nuklear. Hal ini akan mengganggu keselamatan sumber tenaga Malaysia.

7. Loji nuklear juga akan menghasilkan plutonium yang boleh disalahgunakan, lalu membuka ruang untuk percambahan senjata nuklear. Hal ini secara langsung melanggar dasar Malaysia yang sudahpun menentang penggunaan senjata nuklear.
 
Secara umumnya, kegunaan tenaga nuklear sedang berkurangan. Pada tahun 2003, terdapat 438 loji nuklear yang beroperasi, manakala pada hari ini, hanya terdapat 388 loji yang masih aktif. Peratus penggunaan tenaga nuklear juga telah menurun, daripada 17.8% pada tahun 1996 kepada 10.8% pada tahun 2013. Sejak dari tahun 2000, kadar peningkatan tahunan bagi tenaga suria adalah sebanyak 25% dan sejumlah 43% bagi tenaga angin. Manakala tenaga nuklear pula menurun sebanyak 0.4%.
 
Negara Jerman telah berjaya dalam usaha melupuskan penggunaan tenaga nuklear dan sedang menghala ke arah tenaga boleh diperbaharui. Perancis pula telah meluluskan usul di Parlimen mereka untuk mengurangkan penggunaan tenaga nuklear daripada 75% kepada 50%, sejurusnya meningkat kadar penjanaan tenaga boleh diperbaharui daripada 15% ke 40%. 
 
Amat jelas, Malaysia wajar mengambil tindakan untuk menghentikan rancangan tenaga nuklear kerana langkah tersebut akan mendatangkan risiko yang amat hebat terhadap keselamatan tenaga negara. Kos dasar ini juga amat tinggi dan jauh melebihi semua faedah yang boleh dihasilkan. 
 
AMAN menyeru kerajaan Malaysia melakukan perkara yang betul untuk kebaikan semua dan juga buat generasi mendatang.  
 
DATO’ DR. RONALD MCCOY
PENGERUSI, ANAK MALAYSIA ANTI NUKLEAR (AMAN)




--------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

talk talk.no action.no good
memo memo.not good
no action.no.good
kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Iklankan saja bandar2 hantu setelah loji ni meletup. Beraja jarak radius x boleh didekati untuk tinggal seyelah meletup. Jika meletup, rakyat semua terpaksa berpindah beramai2 ke Bangkok (1000km, jarak agak2 selamat).. Lukis peta buat tempat baru kita terpaksa pindah jika loji meletup. Jika loji di Johor, Songkhla adalah rumah baru kita. Jika loji di Perak, Sura Thani, Timur Sarawak dan Sabah adalah rumah baru kita. Jika loji di Perlis, Bangkok dan Sarawak Sabah adalah rumah baru kita.

Ini yg makcik felda nak tahu. Bukan pasal mahal atau meletup atau tidak selamat. Ini makcik felda ni, bodoh mcm babi, mana derang boleh paham? Najib time ni dah pindah Australia dah. Sabah Sarawak, Utara Kalimantan dah kosong xder orang. Sumatera pun warga kena pindah.

Tanpa Nama berkata...

Nuklear tu apakejadahnya? peliar ke? aaaahhhhh, ada aku kesah. Lantak korang la rakyat.. - Datuk Seri Najis