KOMENTAR
betul atau tidak
apa tukar tiub tulis?
ramalan tukar tiub
tepat dan betul
bahaya sedang merebak
ekonomi kapitalis
sedang kacau bilau
lebih buruk dari 1998
waspada!
anak muda bersedia!
dunia ini akhirnya
milik anak muda
Rakyat jangan panik ringgit jatuh, kata
timbalan menteri
Orang ramai dinasihatkan tidak panik berikutan kejatuhan nilai ringgit yang boleh menyebabkan krisis ekonomi dalam jangka masa panjang, memandangkan Putrajaya sedang bersedia dengan langkah menanganinya yang akan diumumkan perdana menteri.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata ini bukan pertama kali negara menghadapi krisis seumpama itu, sambil menambah yang asas ekonomi Malaysia masih kukuh ketika ini berdasarkan trend pelaburan dan imbangan bayaran.
"Rakyat tidak perlu risau atau panik kalau keadaan tidak dapat dikawal, dengan membeli barangan secara pukal, atau akan terjadi suasana kekurangan barangan.
"Ini akan menjejaskan usaha kerajaan dalam merangka langkah tertentu mengukuhkan ekonomi. Kita bukan kali pertama dalam keadaan ini. Kita ada pengalaman. Situasinya mungkin berbeza, tetapi saya yakin kerajaan boleh buat sesuatu," katanya. – 17 Disember, 2014.------------
2 ulasan:
ai pak tt...
masuk bakul angkat sendiri nampak?
Memang, anak belaan siJuburi.
Catat Ulasan