BIK
MAMA , CADDY DAN OBAMA
Pada
12 Januari yang lalu ajensi berita Bernama melaporkan nasehat dari
Bik Mama a.k.a Rosmah Mansor. Nasehat ini muncul dalam Program
Permata. Nasehat ini diberi kepada anak-anak dan ibu bapa agar
menabung dan menyimpan duit dari zaman kanak-kanak. Bila saya terbaca
berita saya tidak tahu sama ada saya perlu ketawa atau perlu
terberak.
Akhirnya
untuk berlaku adil - saya terberak sambil ketawa. Saya lakukan
kerana Bik Mama a.k.a Rosmah Mansor baru saja selesai menggunakan
pesawat resmi kerajaan – merayau dan bercanda-canda kesaorangan
tanpa sang isteri... opps... tanpa Najib.
Media
baru, face book dan tweeter – heboh sakan – tentang Rosmah Mansor
yang menggunakan jet kerajaan sebagai pesawat pribadi. Malah secara
rambang Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan YB Cheng Chung telah
mengira kos Bik Mama bercanda-canda mengelilingi dunia. Dari Hawai ke
Indianapolis ke Los Angeles, ke London, ke Dubai ke Bangkok sebelum
pulang ke Rembau.
Dikatakan
hampir 1 juta ringgit telah digunakan hanya untuk duit minyak. Ini
belum dikira tenaga kerja, sewa tempat parking dan dan dan.
Bayangkan berapa ratus ribu butir telor boleh dibeli dengan 1 juta
ringgit untuk mangsa banjir?
Apabila
Rosmah memberi nasehat tentang jimat cermat ini samalah saperti Raja
Bersiong memberi nasehat kepada Orang Kedah agar jangan makan banyak
hati dan limpa untuk menjaga berat badan. Apabila Rosmah menobatkan
dirinya sendiri sebagai First Lady of Malaysia (FLOM) maka ini
samalah saperti Pontianak melantik dirinya untuk menjadi Ketua
Pengawal Bank Darah Negara.
Walau
apa pun, untuk sementara waktu - mari kita lupakan dulu kesah Bik
Mama bercanda-canda ini. Mari kita selidiki dan fahami apakah makna
Najib berada dalam padang golf bersama Presiden Obama.
YB
Datuk Teng bekas Speaker Dewan Undangan Selangor pernah berkata
bahawa jantan yang bernama Najib ini adalah 'jantan suwey'. Semua
yang dilakukan oleh Najib semua akan berakhir dengan malapetaka.
Betul ke apa yang dikatakan oleh YB Teng ini?
Bayangkan
betapa gahnya Najib menjadi caddy kepada Obama. Bukan semua Perdana
Menteri dalam dunia ini boleh berpelung menjadi caddy untuk Obama.
Mustahil Ibrahim Ali yang BI-nya kurang 'Anglo' akan dapat menjadi
caddy Obama walau pun Ibrahim melaung, menangis dan meronta-ronta.
Jelas tugas caddy ini telah dipilih oleh Obama untuk Najib. Tetapi
suwey yang datang. Ketika Najib bercaddy-caddy banjir melanggar
Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Sebaik
sahaja gambar Najib berbaju merah jambu sedang memungut bola golf
tersebar – Face Book, tweeter dan blog tak senang diam. Heboh heboh
dan heboh. Bukan heboh tentang bola golf tetapi heboh mengutuk dan
menganjing Najib. Hashtag #najibsuwey menjadi trend.
Akhbar
tersohor Amerika - Washington Post yang membocorkan berita Najib
menjadi caddy ini pun turut sama bertanya : apakah ini contoh seorang
pemimpin Dunia Ketiga. Negara sedang banjir tapi masih sanggup
menjadi caddy kepada Obama.
Dengan
tak semena-mena tanpa Pakatan Rakyat merancang atau mengupah - media
antara bangsa telah seirama serentak mengkritik perangai Najib yang
dilihat tidak bertanggung jawab membiarkan rakyat tenggelam dalam
banjir.
Sebenarnya
menjadi caddy pada Obama atau pun bermain golf dengan sesiapa sahaja
bukan satu jenayah. Main golf bukan sama dengan letupan C4. Kayu golf
bukan pedang. Najib dikritik dan ditibai tanpa henti kerana dia
bercanda-canda ketika banjir sedang melanda. Najib dilihat 'vulgar'
dan tidak bertanggung jawab.
Sebenarnya
apa tujuan Obama menjemput Najib menjadi caddy? Ramai yang
meramalkan bahawa Najib ' disogok' dengan bola golf agar Najib
bersedia menanda tangani perjanjian Trans-Pacific Partnership
Agreement (TPPA).
Perjanjian
TPPA ini telah ditentang oleh rakyat Malaysia. Malah ada
bahagian-bahagian perjanjian ini TIDAK diketahui oleh rakyat. Semua
dirahsiakan dari pengetahuan umum. Fasal-fasal rahsia ini satu
pekara yang hangat dibincangkan.
Bukan
ini sahaja. Jika Najib menanda tangani TPPA maka dengan serta merta
Fasal Hak Keistemawaan Melayu, Hak Biasiswa Bumiputera, Kontrek Direk
Nego - budaya kontrektor Bumiputerta Melayu Islam akan tamat. Ini
hanyalah beberapa contoh yang akan lupus.
Sebenarnya
TPPA ini adalah penjajahan kuasa imperialis kali kedua. Penjajahan
datang dengan bentuk perjanjian. Apakah kita lupa Pejanjian Pangkor
1874? Apakah kita lupa Perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824 yang
memisahkan bumi Melayu. Apakah kita lupa Perjanjian Anglo-Thai 1909
yang mengagihkan 4 wilayah Melayu kepada Siam.
Hakikatnya
Malaysia akan hilang kedualatan. Hukum dan undang-undang Malaysia
akan diketepikan dalam pejanjian TPPA.
Biar
saya berikan satu contoh yang jelas. Pada ketika ini Sabah dan
Sarawak TIDAK membenarkan peguam Semenanjung beroperasi di Sabah atau
Sarawak. Ini untuk menjaga kepentingan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Dengan TPPA semua peraturan ini akan dilupus. Doktor, peguam dan
apa sahaja bentuk pekerjan wajib dibuka untuk semua warga Pasifik.
Hakikatnya
Starbuck boleh membuka cafe di Kuala Klawang Jelebu. Maka Kak Kiah
Itik Salai di Senaling juga boleh buka warung bawah pokok di San
Francisco. Perjanjian ini dilihat sama tapi hakikatnya berat sebelah.
Pekara inilah yang TIDAK diterangkan oleh Najib Razak secara tuntas.
Najib
Razak sebagai Presiden United Malays National Organisation telah
tidak berlaku jujur kepada ahli partinya. Jika ahli Parti Ketuanan
Melayu ini tahu dan sedar akan implakasi TPPA maka saya yakin Najib
akan disingkir. Kerana dengan menanda tangani TPPA bermakna Najib
mengantung mati Falsafah Ketuanan Melayu.
Dalam
hal TPPA ini – kepada rakyat Malaysia Najib Razak boleh berbohong.
Saperti Najib berbohong untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.
Sebelum
saya teruskan - sila renong sajenak : Pada hemat saya Najib dijemput
menjadi caddy bukan hanya untuk TPPA. Mustahil Sang Caddy datang
bagitu jauh sekali menyeberang lautan. Mustahil yang dipinta oleh
Obama hanya TPPA?
Justeru,
saya terus membaca dan menyelidiki apa sabenarnya yang
diidam-idamkan oleh kuasa imperial Amerika. Pasti satu yang penting
jika tidak mustahil Najib diajak menjadi caddy. Justeru untuk
memahami ini kita wajib keluar dari kesah Rosmah bershopping di
Bangkok atau kesah Najib diserang E-coli.
Selain
dari TPPA ini ada satu lagi yang maha penting dalam strateji Amerika
untuk terus menguasai dunia ini. Umum mengetahui bahawa Amerika
telah mengubah dasar pertahanan. Kini dasar pertahanan Amerika
dipanggil Pivot Asia atau Mempasak Asia. Amerika dari tahun lalu
telah mula memindahkan bala tenteranya ke Asia. Lebih tepat lagi ke
Asia Pasifik dan Asia Tenggara.
Mempasak
Asia ini bermakna membuka kembali pengkalan tentera lama saperti di
Telok Subic Pilipina. Membuka kembali pengekalan tentera di Siam.
Memperbesarkan lagi loji, gudang dan gedong membaiki kapal dan
perlatan tentera di Singapura. Lapangan terbang Pulau Guam dan
Okinawa Jepun menjadi penting. Taiwan menjadi stratejik kembali.
Jepun yang tertalok dibawah Perjanjian Pertahanan dengan Amerika
wajib dipersenjatai kembali. Pine Gap sarang risikan di
tengah-tengah padang pasir Australia akan menjadi pusat terpenting.
Bagaimana
dengan Sang Caddy?
Satelah
melihat semua perkembangan ini saya amat yakin Obama dan CIA sedang
merancang untuk membuka satu pengkalan tentera di Malaysia. Pasti
Sang Caddy telah ditanya hal ini.
Pada
16 September tahun lalu – dengan lucah soldadu Amerika telah
mendarat di Kelantan dan Teragganu. Ini hanya permulaan kerana dalam
strateji Mempasak Asia – Malaysia menjadi penting kerana kedudukan
yang betul-bertul di selatan China.
Jangan
lupa musuh utama – musuh yang dirancang oleh Amerika pada ketika
ini ialah China. Ini bukan kerana China membawa idealoji sosialis
atau Marxis. China kini ditakrif sebagai musuh Amerika kerana China
telah menjadi kuasa ekonomi dunia. Amerika telah jatuh ke tangga ke
dua.
Saperti
yang sering saya terangkan politik ialah perebutan kuasa. Perebutan
kuasa ialah perebutan punca-punca ekonomi. China sedang menandingi
keupayaan Amerika dalam bersaing untuk mengepong dan memukal
bahan-bahan mentah dari serata pelusuk dunia.
Pada
hemat saya wilayah yang diidamkan oleh Amerika ialah Pengerang.
Inilah wilayah stratijik dalam perancangan Mempasak Asia. Kenapa saya
meramalkan Pengerang sebagai pengakalan bala tentera Amerika?
Kita
tidak perlu belajar di Havard atau Westminster untuk memahami kenapa
Pengerang dipilih. Wilayah seluas 22,000 ekar ini dikatakan untuk
loji pembersihan dan penapisan minyak mentah. Berbelas-belas kampong
dan bandar telah dipaksa pindah. Kenapa ini dilakukan? Masuk akal
keluasan 22,000 ekar ini hanya untuk syarikat minyak?
Justeru
kesah Rosmah Mansor bercanda dan bershopping ini hanya 'diversion'
untuk kita sama-sama senyum kambing. Jangan kita terlalai. Rosmah
Mansor bukan ajenda Pivot Asia walau pun badan Rosmah besar.
Kita
jangan terperangkap apabila melihat bola golf. Yakinlah ketika Najib
menjadi caddy di Hawaii badan perisek Amerika sedang memerhatikan
sama ada Najib ini akan selamat atau tidak. Mereka sedang merisik
sama ada perlu disedia saekor lagi caddy baru untuk mempastikan
pengkalan tentera dapat didirikan di Tanah Melayu. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-2130-45
----------------
3 ulasan:
Amerika mencanangkan pelampau agama dan keganasan dan senjata pemusnah..untuk tumbangkAN SADDAM, GADAFI..mengkucar kacirkan SYRIA, DAN Semua ini dia lakukan bersama pemborong bola golf - Israel..untuk godak palestin dan lubnan..misi beberapa dekad itu dah selesai..mereka dapat mengawal minyak..dan negara teluk..sekarang giliran asia pulak..mungkin x taulah umpan joran dia sama ke lain..,mungkin dia tonjolkan asia dah x selamat..kapal terbang besar pun boleh hilang..maka asia perlu hero..untuk selesaikan masalah..tapi kalau kat asia ni memang nak mengawal kebangkitan china ..dengan Rusia pulak main harga minyak..kekang ekonomi..nak lawan kekuatan tentera x mampu..
pencerahan terbaik dari TT. lain ni yang paling bagos "Akhirnya untuk berlaku adil - saya terberak sambil ketawa." wakaka
big mama aka maharani nyonya mansor
Catat Ulasan