Ahad, 4 Januari 2015

TIGA UNTUK ZAHID






Kongsi Gelap: Tiga Soalan Untuk DS Zahid Hamidi

Seperti ramai di luar sana, saya terkejut membaca laporan berita bertajuk “Accused gambling kingpin Paul Phua 'assisting Malaysia on matters of national security’” yang disiar South China Morning Post pada 31 Disember 2014.

Dalam laporan berita ini, South China Morning Post telah mendedahkan bahawa DS Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri telah secara rahsia menulis sepucuk surat (http://www.scmp.com/sites/default/files/uploads/2014/12/30/malaysialetter.pdf) kepada pihak FBI Amerika Syarikat menafikan bahawa Paul Phua Wei-seng adalah ahli kongsi gelap 14K dan memohon agar dia dibenarkan pulang ke Malaysia.

Sesiapa yang membaca laporan tersebut akan tahu bahawa Paul Phua sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat atas dakwaan menjalankan suatu operasi perjudian di Caesar’s Palace Hotel, Las Vegas sewaktu perlawanan bola sepak Piala Dunia pada pertengahan 2014. Beliau sebelum ini pernah ditahan di dan kemudiannya diusir dari Macau kerana menjalankan operasi perjudian atas talian.

Paling memeranjatkan adalah kenyataan DS Zahid di dalam surat kepada FBI yang berkata bahawa Paul Phua telah “beberapa kali membantu Kerajaan Malaysia di dalam projek-projek berkaitan keselamatan negara”.

Di sini saya ingin mengajukan tiga soalan untuk DS Zahid:

1) Adakah surat yang disiarkan South China Morning Post itu sahih dan benar? 

2) Memandangkan perwatakan dan sejarah Paul Phua yang pernah ditangkap dan diusir dari Macau kerana aktiviti perjudian, apakah “projek-projek berkaitan keselamatan negara” yang dimaksudkan oleh DS Zahid ini? Mengapakah beliau dilibatkan?

dan

3) Mengapakah DS Zahid sanggup mempertahan seorang seperti Paul Phua yang jelas terlibat dengan aktiviti perjudian, tetapi diam seribu bahasa apabila Interpol mengeluarkan waran tangkap ke atas Dr Yusuf Al-Qaradawi, seorang ulama’ muktabar yang disanjung tinggi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia malah Tokoh Maal Hijrah yang diiktiraf Kerajaan Malaysia?

Saya harap DS Zahid akan dapat memberikan penjelasan kepada soalan-soalan di atas, demi meleraikan keresahan di kalangan rakyat tentang isu ini.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN 
merangkap Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN


----------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana perkasa, beras JATI, reduan T.....pembela islam ISMA@ASMA.....mana songkok tinggi & the geng? Zahid bela pemakan babi yg ada kaitan dgn judi.....mmg menghina melayu, islam dan raja2 islam.....

DD KAYBEE berkata...

1 jawapan untuk 3 soalan...sonang bha ituuuu....kenapa ubi membesar..kenapa pencuri ditangkap..dan yang paling murni...KENAPA SIKOMIDI ni lahir.......JAWAPANNYA...teng teng teng teng....LAMBAT CABUT.......kakkakakakajajajjajajaj...

Tanpa Nama berkata...

Jika benar perkara lnl harus di bongkar sampai terburai jgn plak separuh jln bro. Hangat sat he pas tu Zzzzzz.

Tanpa Nama berkata...

Aku nak tukar nama zahid jadi JAHIL hamidi sbb zahid tu maknanya zuhud dlm agama tp dia bela tokey judi

Tanpa Nama berkata...

Kau orang ketinggalan zaman

Tanpa Nama berkata...

Budak Bahalol sudah kaya ber gaya mentedarah sedekaq lah tu....

Sedekaq orang bukan haram , orang sedekaq mesti ambil.

Kalau tak makan sedekaq macam mana bebudak bahalol melayu boleh kaya ber gaya....???