Rabu, 25 Februari 2015

HAPUSKAN ORANG TENGAH





KOMENTAR
ini dasar yang tepat
ini dasar yang baik
inilah dasar ekonomi
yang membantu rakyat

diketepikan orang tengah
orang tengah kerjanya
hanya cari untung
dari kaum tani
dari penangkap ikan

peranan orang tengah
wajib diambil oleh daulah
kerajaan wajib edar barangan
kerajaan tidak berkiblat untung maksima
kerajaan untuk kesejahteraan umat
kerajaan untuk kebajikan umat

jika ada pun untung
keuntunagan ini masuk ke dana negara
dana negara digunakan oleh semua

orang tengah dari zaman berzaman
menjadi lintah darat
untuk kaum tani 
untuk kaum nelayan

syabas untuk menteri ini



Peniaga pasar tani tidak dibenarkan ambil bekalan daripada pemborong mulai 1 Jun

PUTRAJAYA: Semua 25,000 peniaga pasar tani di seluruh negara tidak dibenarkan mengambil bekalan daripada pemborong mulai 1 Jun depan sebagai langkah menurunkan harga.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,  Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dijangka dapat mengurangkan harga barangan keperluan antara lima hingga 20 peratus.
Bagi memudahkan peniaga mendapatkan bekalan, beliau berkata 100 lagi pusat pengumpulan bekalan baharu akan diwujudkan tahun ini sebagai tambahan kepada 100 pusat pengumpulan sedia ada.
"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Pertubuhan Peladang akan membuat padanan dengan peniaga dan Jabatan Pertanian juga berjanji akan padankan tanaman kekal pertanian dengan peniaga pasar tani bagi memastikan mereka sentiasa mendapat bekalan mencukupi," katanya.









--------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aik , tetiba mamat ini ada akal pulak.

Macam tak dapat duit angpow tahun baru cina saja , sekarang mau balas dendam.

Kalau betul betul nak tolong umat , bagus lah jangan u-turn bulan September masa Raya Haji pulak.

Ini kan mamat asal usul nak kaya ber gaya.

Biawak sama macam Cicak putus ekor tumbuh lagi kan.

panglimo potaseh berkata...

Oii Pak Mael apa bezanya pemborong dengan pusat pengumpul, atau adakah ia sama macam beza BPR dgn SPRM.
Aagaknya mungkin pemborong ni orang cina, pengumpul ni dikendalikan oleh orang melayu, bila disebut melayu meniaga, hati saya jadi seram sejuk, geligeman pun ada sebab biasanya benda macam ini akan tumbuh lah kroni, alibaba..tak caya kita tengoklah nanti..kahkahkah.
Sebut pasal orang tengah ni, cuba kita tengok pada perkhidmatan air, api, beras, minyak apadah jadi diiiik?. Ataupun ditengak Najib dan suaminya ada siapa?

Tanpa Nama berkata...

Woi TT..Tadi aku jumpa Vincent Tan dan Ananda Krisna bersolat di Masjid negara. Ananda bersolat betul2 belakang imam. Segala TV dan lensa video penuh.. sampai aku pun jadi segan nak masbuk join solat tadi.

Memang terkejut beruk. Aku terkejut maha beruk lagi bila lepas bagi salam, rupanye TT yg jadi imam!!!

Sejak bila ko berubah dari agnostik ni?

Seperti sama je baca berita ni dgn berita anak mael ni nak buang org tengah. Sistem kapitalis ini diimani UMNO, PAS, ULAMAK dan segala manusia zaman mutakhir ini. Tetiba berita nak buang orang tengah yg menjadi tunjang rukun islam kapitalis masakini..

Apa kes ni bro?