64 Bantahan untuk Persempadanan Semula Sarawak : Kejayaan pertama untuk persempadanan semula yang adil dan saksama
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengucapkan tahniah kepada pengundi Sarawak yang telah mengemukan 64 bantahan kepada SPR untuk proses persempadanan semula tempoh hari. 64 bantahan merupakan sejarah untuk negeri Sarawak.
Ini adalah satu peningkatan yang mendadak di Negeri Sarawak kerana pada tahun 2005, hanya 26 bantahan dikemukakan. Ini mengambarkan bahawa masyarakat umum sedar akan kepentingan proses ini. Ini adalah satu mesej yang jelas kepada SPR bahawa mereka tidak lagi boleh melakukan kecurangan dan memanipulasikan kawasan-kawasan pilihan raya dengan sewenang-wenangnya.
Jumlah bantahan yang tinggi ini bukan merupakan halangan kepada SPR untuk melakukan proses persempadanan semula. Ini sebenarnya merupakan suatu proses yang harus dihormati oleh SPR dan adalah penting sekali untuk SPR mentafsir segala bantahan yang difailkan dengan merujuk kepada Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya melakukan proses inkuiri terbuka seperti mana yang diperuntukan dibawah perlembagaan persekutuan.
BERSIH 2.0 ingin menegaskan sekali lagi bahawa segala pendengaran awam atau inkuiri yang bakal dijalankan harus dijalankan secara telus. Pendengar awan juga harus dibuka kepada orang awam. Pasukan DART yang ditubuhkan oleh BERSIH 2.0 dan ENGAGE telah berjaya membantu 11 kumpulan untuk membuat bantahan untuk kawasan Miri, Bintulu, Sibu, Samarahan dan Kuching. Kami akan berkongsi informasi bantahan ini kepada semua dalam masa 2 minggu dan pada masa sama kami memohon kepada kumpulan-kumpulan lain yang telah mengemukakan batahan untuk turut berkongsi informasi bantahan mereka kepada masyarakat umum. Penekanan sebegini adalah penting untuk memaksa SPR menerima cadangan penambahbaikan ini agar manipulasi pemetaan dan persempadanan tidak sekata dapat dihalang. Dua perkara ini sudah lama menjadi ciri utama dalam peta pilihan raya Malaysia.
BERSIH 2.0 berharap agar SPR akan belajar dari kesilapan-kesilapan yang telah mereka lakukan di Sarawak tempoh hari. Jika tidak, SPR bakal berdepan dengan tindakan Mahkamah yang akan difailkan kerana menghindar bantahan-bantahan .SPR tidak boleh lagi sembunyi dari pandangan mata masyarakat umum mengenai kesilapan-kesilapan yang telah mereka lakukan. SPR kini tidak punyai apa-apa pilihan, melainkan mendokong prinsip-prinsip ketelusan dan akauntibiliti secara terbuka dan rela hati.
BERSIH 2.0 menyeru rakyat Malaysia dari Semenanjung dan Sabah untuk mencontohi Sarawak yang mana telah berjaya melakukan bantahan yang sewajarnya. Kini, semua harus bersedia untuk menfailkan bantahan kepada persempadanan yang tidak adil. Gunakanlah hak anda yang dijamin dibawah perlembagaan persekutuan. Masyarakat umum boleh melawati laman DART
, dart.bersih.org untuk mendapatkan informasi-informasi proses bantahan. Segala arahan sudah dinyatakan dalam laman web kami.
---------------
2 ulasan:
kalau bantahan seperti itu boleh dipakai dan berkesan, dah lama bantahan seperti itu diharamkan.
Haha lama2 kerusi parlimen dari 140 daj jadi 222 dan akan jadi 30000 pada tahun 2020. Begitu juga dgn ADUN..akan bertambah jadi 90000.
Menteri2 pulak ada 15000 orang.. baru lanchau(r) kementrian2 yg ada.
Catat Ulasan