Khamis, 19 Mac 2015

JEMPUTAN KULIAH





KULIAH 
UNIVERSITI BANGSAR UTAMA

Sejarah Idea adalah suatu bidang pengajian yang umumnya tertumpu kepada pembacaan dan analisis teks. Justeru kelas akan dilaksanakan melalui pembacaan teks dan antara-tekstualiti (intertextuality) secara intim, mendalam dan juga rinci. Pada masa yang sama teks yang dibaca dan dianalisa itu akan cuba difahami dengan menelusuri perkembangannya melalui pensejarahan makna dan juga konteks di mana teks itu terhasil.

Tidak ketinggalan aspek sejarah, latar-belakang dan kedudukan sosial serta pendirian politik penghasil teks akan turut dianalisa. Justeru kelas ini akan menumpukan kepada pembacaan dan diskusi teks, konteks dan sosok penghasil teks di dalam upaya untuk memahami sejarah idea khususnya di Malaysia ini.

SIRI KULIAH @UBU 1.0

Tajuk: 'Sejarah Pemikiran Melayu Kiri'.

Tempoh: 20th Mac-24th April 2015 

Tempat: UNIVERSITI BANGSAR UTAMA
52C, Jalan Kemuja, Off Jalan Bangsar,
Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur.

Kadar sumbangan penyertaan: RM 20.00 (Kos minimum untuk cetakan makalah selama 6 minggu)

Peserta: TERBUKA KEPADA UMUM

Masa: 2030-1030 (Jumaat malam Sabtu setiap minggu)

Bermula: 20th Mac 2015

Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada:
E-Mail: Kelaspolitik@gmail.com/ Hadi Khalid 012-6648873

*RADIKAL LAGI KRITIKAL'








-----------

Tiada ulasan: