Khamis, 26 Mac 2015

PERJANJIAN PERAK







Kenyataan Akhbar Majlis PR Perak Mengenai Pelaksanaan Hukum Hudud

Merujuk kepada dua kenyataan akhbar yang diterbitkan oleh Majlis Pimpinan PR Perak dan kenyataan akhbar oleh Dr Khairuddin Dato’ Abdul Malik, Setiausaha PR Perak, pada 23hb dan 24hb Mach, 2015, yang lalu. KEADILAN Perak ingin menjelaskan bahawa kedua-dua kenyataan tersebut adalah jelas dan tiada perlu disensasikan oleh mana-mana pihak.

KEADILAN Perak berpandangan bahawa semua parti-parti dalam PR di peringkat pusat dan negeri wajar memberhentikan dengan segera polimik pelaksanaan hudud di negara ini.

Keutamaan sekarang adalah untuk merapatkan semula saf kepemimpinan PR supaya keyakinan rakyat kepada PR tidak goyah. 

Justeru, KEADILAN Perak ingin mengambil langkah-langkah yang pro aktif bagi menjelaskan kepada rakyat di negeri Perak tentang kepentingan memahami syari’at Islam secara komprehensif dan realistik (waqi’i).

Justeru, pandangan ulama-ulama muktabar di dunia Islam pada masa ini seperti Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi, Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Timbalannya, Syaikh Dr Ahmad al-Raisuni dan lain-lain ilmuan Islam yang berotoriti, adalah penting untuk dirujuk dan dijadikan formula penyelesaian kemelut pemikiran umat Islam saat ini dalam pelbagai aspek dan secara khusus salah faham mengenai pelaksanaan hudud.

KEADILAN Perak berpenderian bahawa kefahaman yang mendalam mengenai doktrin maqasid syari’ah (tujuan-tujuan syari’at) seperti yang dimuwafakatkan oleh ulama ulama salaf dan khalaf wajar dikaji dengan mendalam dan diikuti dengan pelaksanaan yang berhikmah. 

Dalam hubungan ini, Syaikh Yusuf al-Qaradawi berpendapat bahawa umat Islam dewasa ini wajar diraikan dengan hukuman yang lebih ringan (mura’at al-taysir) dari hukuman yang berat (ta’sir) seandainya mereka melakukan kesalahan.  Ini adalah kerana rata-rata umat Islam hidup dalam suasana yang lebih sukar dan sulit.

KEADILAN Perak merasa kesal kerana ada kecenderungan beberapa individu mutakhir ini yang kononya berjuang untuk melaksanakan syari’at tetapi bersikap kasar dan cenderung untuk melakukan tindakan ganas ke atas beberapa individu yang celupar dan tidak beradab terhadap syari’at Islam. Mereka sewajarnya menghayati akhlak mulia anjuran al-Qur’an dan Sunnah.

Biro Pemahaman dan Pemantaman Agama  (BiPPA), Perak, akan menganjurkan Seminar Islam Agama Kerahmatan Untuk Manusia pada awal May, 2015, terbuka kepada orang ramai. Objektif utama adalah untuk mendidik masyarakat memahami ajaran Islam dengan lebih jelas dan tepat.    

Dr Muhammad Nur Manuty
Penegerusi
Majlis Pimpinan Negeri
PARTI KEADILAN RAKYAT Perak
25hb Mach, 2014 



----------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau pak lebai yg embat duit org pakai topeng agama, dlm hudud kene hukum mcm mana? aku bkn ape TT..kesian kat sakmongkol jek...sahabat die bekas adun umno tu kaki rembat duit pakai topeng agama...kang skali ngan sakmongkol pn sangkut..tlg selamatkan sakmongkol...dedahkan siapa bekas adun dari pekan yg rembat duit org pakai topeng agama.. modus operandi :

a) Kenal dan rapat dgn PM. blh dapatkan sokongan PM utk projek..tapi mcm biasala...mesti ada manis2...caj perkhidmatan hahaha

b) Bercerita tentang selwat..zikir...agama..poligami..tujuan untuk meyakinkan org yg ingin ditipu

c) Bercerita tentang perjuangan islam..melayu..benci cina kononnya....tp hakikatnya lagi teruk dari cukong

d) apabila si mangsa telah terpengaruh..wang akan diminta sedikit demi sedikit...mula2 derma utk palestin..lpas tu pasentren di indonesia...lpas tu utk lobi projek...sapa x percaya kn? bekas adun umno..latar belakang agama plak tu..xkn tipu duit...si mangsa pn bg duit...sehingga 5 angka..lepas tu si lebai pn kaburrrrrr...

TT lu tlg dedahkan si mamat lebai celaka ni. gua blh bagi hint cikit...Buah Belimbing...selebihnya lu tanya sakmongkol...sahabat baik dia sejak dari dlm umno..hingga kini..

Lu jgn buat x tau plak TT..penat gua taip ni..peace bro.lu legend,

Tanpa Nama berkata...

TT yg tukang api dok pecah belahkan pas dan menghasut supaya benci TGHH . Blog TT perlu ditutup krn bukan membangunkan pakatan tetapi menjatuhkan kawan sehingga musuh tahu kelemahannya.

Tanpa Nama berkata...

as-salam dr...

pandangan ulama timbalan kepada Syeikh Yusuf al-Qaradawi tak perlu diambil kira kah?

Tanpa Nama berkata...

cakap berbelit-belit...nak tergeliat lidah...pengerusi PR perak ni sokong hudud ke tak aku pun tak tau...

Tanpa Nama berkata...

kah,,kah,, kahh..
Hukum Hudud ala Din Jin dan Hadi pil kuda sudah kantoi....kah....kah...kah...