Rabu, 22 April 2015

KEBAB DAN MURTABAB






 KEBAB DAN MURTABAB





RESPON KEPADA AMARAN IGP: ANAK MUDA #KITALAWAN AKAN TETAP BERHIMPUN 1 MEI 2015

Saya merujuk kepada kenyataaan Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang meminta supaya pihak Sekretariat #KitaLawan mendapatkan kebenaran daripada pihak polis untuk Himpunan 1 Mei 2015 dan sekiranya gagal, penganjur akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Kenyataan beliau seolah-olah memperkecilkan Perlembagaaan Malaysia yang menjamin hak semua rakyat untuk berhimpun secara aman. Saya ingin mengingatkan beliau bahawa bukan sahaja rakyat tidak perlu mendapat permit polis untuk berkumpul, malah notis 10 hari seperti dalam Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman telah diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes saya berkenaan Himpunan Black505.

Saya juga ingin merujuk kepada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam Laporan Tahunan SUHAKAM 2014 yang menyebut bahawa “polis perlu jelas mengenai peranan mereka dalam perhimpunan awam, iaitu terhad kepada pengurusan dan kawalan lalu lintas bagi memudahkan orang ramai.” 

SUHAKAM juga mengingatkan bahawa mana-mana himpunan tidak perlu mendapat kebenaran pihak polis.
Anak muda #KitaLawan telah buktikan dalam himpunan-himpunan sebelum ini bahawa himpunan berjalan dengan aman dan lancar jika tiada sekatan atau provokasi mana-mana pihak. Kami harap pihak polis dapat memberikan kerjasama dan menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya untuk mengawal lalu lintas bagi memudahkan dan menjamin keselamatan peserta Himpunan 1 Mei 2015.

Ugutan KPN bahawa tindakan akan dikenakan terhadap #KitaLawan adalah bercanggah dengan semangat Perlembagaan Malaysia dan tidak sesekali melemahkan semangat anak muda untuk terus berhimpun pada 1 Mei 2015 bagi membantah pelaksanaan GST.
Lagi ditekan, lagi #KitaLawan!!

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN




-------------

Tiada ulasan: