Khamis, 9 April 2015

#KITA LAWAN TERUS MELAWAN






PERASMIAN 
DATARAN
 #KITA LAWAN


YB SAARI SUNGIP a.k.a PAK ABU

MINAH CUN DATANG SAMA

SETIA KAWAN DENGAN OKZ13

UNDURKAN NAJIB

PUISI UNTUK MELAWAN

MAT FAZALAH DENGAN SAJAK

RAHMAT HARUN  BERPUISI

TIM BANGSAR DENGAN MUSIK


PINDAAN AKTA HASUTAN: KETAKUTAN NAJIB TERHADAP KELANTANGAN DAN KEBERANIAN ANAK MUDA
Kenyataan Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyebut bahawa kerajaan membuat keputusan untuk meminda Akta Hasutan dengan mengenakan hukuman yang lebih berat dan sekatan yang lebih melampau kononnya demi melindungi orang muda sebenarnya adalah tindakan pengecut dan bacul untuk menyekat kebebasan anak muda bersuara.
Sekretariat #KitaLawan menganggap alasan Menteri berkenaan adalah satu penghinaan terhadap kebijaksanaan golongan muda yang mahukan kezaliman, rasuah dan penindasan terhadap rakyat Malaysia dihentikan dengan segera.
Kelantangan anak muda di laman-laman media sosial mahupun keberanian untuk turun ke jalan raya ternyata telah menggugat status quo yang selama ini mungkin bebas melakukan kesilapan dan salah guna kuasa tanpa adanya akauntabiliti atau dipersoalkan secara terbuka.  
Anak muda tidak lagi mampu berdiam diri.
Pendedahan demi pendedahan tentang kebrobokan pentadbiran Najib Razak telah menimbulkan kemarahan anak muda. Kami bangkit untuk melawan kejahatan ini demi memelihara dan memulihara masa depan negara.
Kami akan terus memberi tekanan dan mencabar sekatan-sekatan yang hendak dikenakan terhadap anak muda. Jika salah seorang daripada kami dihukum, ini hanya memberi inspirasi kepada yang lain untuk bangkit dan teruskan perlawanan ini.
Malam ini anak muda #KitaLawan akan melancarkan dan mewartakan tapak duduk bantah #PecatIGP di Dataran Merdeka sebagai Dataran Kita Lawan.
Satu papan tanda ‘Dataran #KitaLawan’ akan didirikan sebagai simbolik bahawa anak muda mempunyai hak untuk bersuara secara terbuka. Ini juga sebagai janji kami dan peringatan kepada pemerintah bahawa ugutan dan hukuman tidak mampu menyekat kemaraan anak muda.
Selagi kezaliman berleluasa, selagi itu #KitaLawan terus mara!
8 APRIL 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN








-------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bravo..........
mesej sempoi..............