Jumaat, 24 April 2015

#KITA LAWAN TURUN LAGI








KAYUH BANTAH ‘KITA LAWAN GST’ DI PERMATANG PAUH
Sekretariat anak muda #KitaLawan mengajak anak muda dan rakyat Permatang Pauh untuk menyertai aktiviti #KayuhBantah bagi membawa mesej anak muda #KitaLawanGST.
Tarikh: 25 April 2015 (Sabtu)
Masa: 4.00 petang
Lokasi berkumpul: Lorong Cermai 8, Taman Samagagah, Permatang Pauh.

Kayuhan ini akan melewati ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Permatang Pauh. Bermula dari Samagagah, jelajah berbasikal ini akan melalui Permatang Nibong, Yayasan Aman dan Permatang Pasir sebelum kembali ke Samagagah. Kami akan singgah betemu masyarakat setempat di kedai-kedai kopi dan runcit untuk menaikkan semangat melawan kezaliman dan memastikan pengundi menunaikan tanggungjawab menolak penindasan GST.
Beberapa kumpulan berbasikal tempatan akan menyertai anak muda #KitaLawan. Saudari Nurul Nuha Anwar juga akan turut bersama.
Mereka yang ingin menyertai aktiviti ini digalakkan membawa basikal atau motosikal sendiri. Sebarang pertanyaan sila hubungi saudari Sandrea Ng 012-532-21-52.
Pada masa yang sama, anak muda #KitaLawan akan turut mengadakan Himpunan #KitaLawanGST jam 4.00 petang esok di hadapan Pasarayaku di Temerloh, Pahang untuk terus menaikkan semangat anak muda untuk turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada Himpunan 1 Mei. 
Lagi ditekan, lagi #KitaLawan!
24 APRIL 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN






------------------

Tiada ulasan: