Khamis, 23 April 2015

MEMANDAI MANDAI



PANDAI MEMANDAI
Nur Jazlan: PM dikeliling penasihat pandai memandai Diterbitkan Apr 22, 2015 4:24pm Dikemaskini Apr 22, 2015 4:27pm -+ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikelilingi penasihat "pandai memandai" yang sebenarnya lebih memetingkan perut masing-masing berbanding mempertahankan beliau daripada serangan.

 Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, lebih menyukaran Najib ialah, pemimpin yang mempertahankan anak bekas perdana menteri itu tidak memiliki kredibeliti dan pengalaman. 

Keadaan itu, kata Nur Jazlan, menyebabkan segala hujah yang dikemukakan untuk mempertahankan Najib dapat dipatahkan dengan mudah. "Di sinilah letaknya perbezaan utama Tun Dr Mahathir dan Najib sebagai Presiden Umno dan perdana menteri kerana pada zaman Najib, beliau tidak mempunyai barisan menteri kabinet yang berpengaruh terhadap rakyat," katanya. on SELAMATKAN MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/22/15







------------

Tiada ulasan: