1 APRIL 2015
HAPUSKAN CUKAI KE ATAS PETROL DAN DIESEL YANG DIGUNAKAN INDUSTRI DAN PERNIAGAAN

Menteri Kewangan mengesahkan perkara ini dalam jawapan bertulis kepada saya seperti berikut:
Jawapan ini mengesahkan bahawa sebahagian dari sebab kenapa harga barang tidak turun ialah kerana pengilang dan industri telah dikenakan cukai bermula Januari 2015. Saya mengunjurkan kutipan cukai dari petrol dan diesel bagi tahun 2015 boleh mencecah RM900 juta bila mana kutipan bagi dua bulan pertama sahaja telah mencecah RM158 juta. Sektor-sektor yang dikenakan pula adalah sektor yang melibatkan kegunaan harian rakyat terutamanya penerbangan, pembinaan dan perkilangan.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
------------
1 ulasan:
Minyak mesti naik tanggung hutang 1 Mat Dah Bahalol
Catat Ulasan