Khamis, 7 Mei 2015

AWAS ! SPR SEDANG MENYUSUN






KOMENTAR

adakah ini KEJUTAN
yang diumumkan
oleh zahid hamidi

awas!
spr sedang mengatur

Pengundi hantu didakwa mengundi di Permatang Pauh


Seorang pengundi berusia 70 tahun, mendakwa diarahkan mencelup jarinya ke dalam botol walaupun tidak diberikan kertas mengundi kerana namanya dicatatkan sebagai sudah mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh hari ini.
Tan Soo Eng mendakwa diarahkan berbuat demikian ketika hadir ke pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jit Sin A & B di Jalan Berapit.
"Ini kali pertama namanya digunakan oleh orang lain untuk mengundi.
"Beliau tidak diberikan kertas undi tetapi diarahkan mencelup jarinya ke dalam botol dakwat kekal," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kebun Bunga, Cheah Kah Peng yang bercakap bagi pihak Tan.
Cheah berkata, Tan yang menetap di Kampung Baru Bukit Mertajam sudah mengundi sejak berusia 30 tahun dan insiden ini pertama kali berlaku kepada pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu.
Sementara itu, seorang pengundi warga emas berusia 61 tahun terperanjat apabila mengetahui namanya sudah digunakan untuk mengundi.
Faridah Zakaria, 61 tahun, cuba mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Liat kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Namun, beliau dimaklumkan namanya sudah dicatatkan sebagai sudah mengundi oleh pegawai bertugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewaktu menyerahkan kad pengenalannya.
"Saya terkejut sebab selama ini tidak pernah ada masalah.
"Mereka kata mereka akan siasat tapi mereka tidak boleh bagi saya mengundi," katanya kepada The Malaysian Insider.
Faridah kini menunggu kehadiran peguam untuk menemaninya ke sekolah itu untuk cuba membuang undi. – 7 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kes-pertama-pengundi-hantu-di-smk-tanah-liat-permatang-pauh#sthash.BsW3b89h.dpuf




--------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika dibenarkan mengundi pun tak guna juga, sebabnya kerani undi akan beri kertas undi yang berwarna lain dan ia tidak akan dikira semasa mengira kertas undi selepas ditutup nanti.

SPR - Sememangnya Penipu Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Aku tgk muka Bos SPR nie sebiji macam muka babi

Tanpa Nama berkata...

Gwa cakap lu !

Petugas spr ke , pengurus prk ke , kakitangan spr ke atau pegerusi spr ke gwa tak caya.

Kalau Tuhan pun depa tipu tambah lagi tipu manusia.

Spr kata piliharaya proses demokrasi- Gwa kata koteh pak hang .

Pooooooooi Khaaaaaaa Tuuuuuuuui