Aktivis Hishamuddin Rais ditahan polis
berhubung perhimpunan Hari Pekerja
Aktivis Hishamuddin Rais yang terbaru ditahan polis berhubung perhimpunan Hari Pekerja yang dihadiri puluhan ribu orang di Kuala Lumpur semalam.
Menurut Hishamuddin, 3 orang pegawai polis datang ke rumahnya untuk membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.
"Tiga orang polis berpangkat ASP di rumah saya sekarang untuk bawa ke IPD Dang Wangi," kata Hishamuddin kepada The Malaysian Insider dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS).
Menurut Hishamuddin, sebaik sahaja tiba di IPD Dang Wangi, polis memaklumkan beliau ditahan mengikut Sekyen 143, Kanun Keseksaan.
Peguam Michelle Yesudas memberitahu The Malaysian Insider, Hishamuddin akan diwakili peguam G. Sivamalar dan Azri Malek.
Terdahulu, polis menerima perintah mereman 23 orang yang ditahan berikutan perhimpunan di tengah bandaraya semalah, sementara tujuh tahanan remaja direman sehari.
Setakat lewat malam tadi, hampir 50 orang, termasuk peguam terkemuka dan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, ditahan kerana menyertai perhimpunan tersebut.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aktivis-hishamuddin-rais-ditahan-polis-berhubung-perhimpunan-hari-pekerja#sthash.ff4Nf5c1.dpuf-----------------
6 ulasan:
X berbaloi kena tahan klu setakat 20k je yg turun....makin meroyan la bro TT...
Impak besar ni sampai dtahan TT n pemimpin... Tpi ada org rasa gmbira dgn gst dgn apa ug kjaan buat... Yg pnting demo berterisan... Kalo ada yg mnganjur nya setiap hari, aku yakim ramai yg dtg... Yg pasti kjaan ug ada ni memng lh akn bye bye��
Perarakan maulidirasul ke?
Pejuang dan implikasi sentiasa mendepani
Bila buat prrhimpunan aman kena tahan dlm lokap..apakata lps ni kita buat perhimpunan tak aman...aku rasa polis tak terlawan klu 100k orang buat tak aman..kecut telo polis n kerajaan...!!!
memang tak ramai
orang pas ramai tak turun
hormat tok guru tengah mabuk kencing umno
takut nanti umno tak sokong hudud
Catat Ulasan