Ahad, 17 Mei 2015

PELURU SEDANG BERGERAK





KOMENTAR
mahathir muhamad sedang berkempen
sedang membuat kerja politik
sedang menyerang najib rosmah

kali ini mahathir berkempen
bukan untuk kelas menengah
kali ini untuk orang kampong
kali ini untuk rakyat biasa

kita harapkan
kempen ini akan berpanjangan
kita harap najib TIDAK undur cepat

lagi lama lagi cun

NOTA
mahathir sedang menjadi peluru
untuk memusnahkan parti ketuanan melayu
inilah yang kita mahukan


 


Mahathir tuduh Najib 'tak pernah cakap betul'

Hadirin yang mendengar ucapan Mahathir di Ipoh, Perak hari ini diberitahu Najib Razak melakukan pembohongan dalam isu pembelian jet baru kerajaan.

Sambil ketawa, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata walaupun Najib memenuhi ciri "gaya" seorang pemimpin namun dengan pelbagai isu yang timbul serta pembohongan yang dilakukan ahli parlimen Pekan itu menjadikan dia tidak lagi layak memimpin negara.

Mahathir menceritakan, sebelum ini beliau pernah menasihati Najib (kanan) supaya membeli drone (pesawat udara tanpa pemandu) bagi menjaga kawasan pantai di Sabah.

Katanya, walaupun pertemuan dengan penjual drone diaturkan , sehingga hari ini tiada sebarang tindakan susulan yang dilakukan, termasuk untuk membeli pesawat tersebut.

Najib nampak segak

"Najib sebaliknya membeli pesawat mewah yang baru," kata  Mahathir.

Justeru, beliau mempertikaikan keputusan Najib membeli kapal terbang mewah baru.

"Apa perlu kapal terbang besar? Nak beli kononnya raja nak pakai tapi tak nampak raja pakai pun.

"Tak pernah cakap betul, selalu bohong,"  katanya.

Dianggarkan seramai 2,000 orang memenuhi tempat majlis itu diadakan hari ini.

Kata Mahathir, susuk Najib memanglah kelihatan begitu segak.

"Tinggi, putih. Rambut pun dah putih dah. Gaya dah ada sebab itu saya pilih dia dulu (sebagai perdana menteri)," katanya.

Selain itu, Mahathir turut memberikan nasihat kepada Najib bahawa seorang perdana menteri tidak seharusnya hidup mewah.

Katanya, kehidupan yang dijalani Najib kini berbeza daripada bapanya  Abdul Razak Hussein.

Abdul Razak yang menjadi perdana menteri kedua negara, kata  Mahathir, sering mengayuh basikal ke kawasan kampung untuk bertemu rakyat.

"Sebagai perdana menteri, kita tak harus hidup mewah. Kalau perdana menteri macam bapa dia dulu, kayuh basikal ke kampung. Saya pun dulu siap bawa isteri saya (masuk kampung) siap jatuh dalam sawah padi. Itu cara kita pimpin.

"Saya percaya dan yakin, kalau biar Najib memimpin lagi dia akan kalah dan tak ada lagi orang nak beri perlindungan pada kita semua. Sebab itu sebelum dia kalah, lebih baik dia pergi," kata Mahathir lagi.

 
KAH KAH KAH
woit
yang mulia tun
teruskan lagi
tibai dan terajang
yang mulia tun
serang lagi
rakyat suka hati
kasi gasak sampai senak
kasi sepak sampai punah
kah kah kah

HIDUP MELAYU

----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PENIPU BESAR PON BOLEH JADI KETUA......

ini ajaran NABI SAW ke ????

Orang Orang MELAYU ISLAM tak ikut ajaran NABI SAW ke ????

Mans Mufti senyap saja ????