Isnin, 25 Mei 2015

PEMBERONTAKAN BERMULA






KOMENTAR
amat jelas 
pemberontakan menentang najib
telah terbuka luas
klip video muhyiddin yasin
adalah tanda jalan dibuka

amat jelas hari hari akhir untuk najib
semakin dekat



Pemimpin Umno tolak penstrukturan 1MDB, gesa pecat individu dalam 1MDB 

Walaupun komitmen diberi untuk memulihkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi cadangan penstrukturan, pemimpin Umno sebaliknya mahu tindakan drastik dan tegas diambil ke atas individu dalam syarikat yang menanggung beban hutang tersebut.
Laporan penstrukturan bakal dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu ini, namun pemimpin Umno bertegas dan memberi kata dua supaya individu bertanggungjawab dalam 1MDB, termasuk lembaga pengarahnya, dipecat.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada, ia termasuk  Najib Razak, yang ketika ini mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB, atau tidak.
"Saya melihat kepada isu semasa, saya percaya perlu satu tindakan drastik diambil, selepas itu baru distruktur semula dan diambil siasatan," kata Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin.
Tekanan ke atas syarikat bermasalah tersebut semakin hangat diperkatakan terutama selepas tersebar klip video di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan mendesak supaya mereka yang berada dalam 1MDB dipecat.
Susulan pendedahan video tersebut, secara tidak langsung tekanan terhadap Najib yang juga penaung 1MDB semakin dirasai.
Pandangan Bung tersebut juga senada dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno  Azalina Othman yang mahukan pengerusi 1MDB dan ahli lembaga dipecat.
"Tukar saja pengerusi 1MDB dan ahli lembaga. Selesai dengan orang dalam 1MDB yang betul-betul tidak membantu.
"Isu 1MDB adalah isu negara," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu, Ketua Bahagian Kulim-Bandar Baharu  Abdul Aziz Sheikh Fadzir mempersoalkan cadangan penstrukturan ke atas 1MDB memandangkan Majlis Tertinggi Umno sudah menyatakan pandangan mereka tentang 1MDB.
"Saya betul-betul mengharapkan yang saya dimaklumkan. Kebanyakan Majlis Tertinggi meminta presiden mengambil tindakan yang tegas terhadap lembaga pengarah 1MDB.
"Jadi, katakan semua suara ini sudah meminta tetapi 4 bulan tidak ada satu tindakan, suara paling tertinggi dalam parti sudah mendesak presiden untuk menggantung, memecat lembaga pengarah ini.
"Saya harap presiden ambil tindakan," kata ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu kepada The Malaysian Insider.
Kedudukan Najib dalam parti selaku presiden Umno serta imejnya terjejas teruk akibat kemelut dalam 1MDB, sebuah syarikat yang diilhamkan beliau sendiri dan merupakan milik Kementerian Kewangan.
Mengulas perkembangan semasa berhubung isu 1MDB, pemerhati politik yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju Shahbudin Husin melihat pembaharuan sokongan yang diperoleh Najib menerusi beberapa pertemuan dengan kepimpinan akar umbi Umno sebelum ini hanya bersifat sementara.
"Sokongan kepada Najib semasa mesyuarat lalu hanya sementara waktu saja.
"Serangan terhadap 1MDB dan Najib akan berterusan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mengenai terbocornya video terbaru melibatkan Muhyiddin, Shahbudin berkata ia isyarat pertembungan antara Najib dan timbalannya sudah memasuki fasa baharu.
"Ini isyarat yang Najib tidak selamat lagi, fasa baru perlawanan sudah bermula," katanya.
Pengkritik menjangkakan kemelut 1MDB akan menyebabkan krisis dalaman Umno sendiri akan menjadi lebih parah jika tidak diselesaikan segera.
Mahathir Mohamad berulang kali membangkitkan tentang isu melibatkan 1MDB, yang merupakan senjata utama beliau dalam mengkritik dan membidas pentadbiran Najib.
Mahathir membayangkan Umno dan Barisan Nasional akan hilang kuasa sekiranya Najib masih kekal menerajui parti pemerintah itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-tolak-penstrukturan-1mdb-gesa-pecat-individu-dalam-1mdb#sthash.0wqt5qQr.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
semua dah berani
semua dah bersuara
semua ambil insuran
semua beli pelampong
jika kapal tenggelam
tak hanyut lemas
kah kah kah

AMAT BIJAK



---------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tu la.makan sorang.kena lutu la

Tanpa Nama berkata...

bangang semua kena letak jawatan la....melayu umno tak de maruah amanah di jual utk isi peurt jadi tahi cissss