EVITA,
IMELDA, LEILA & ROSMAH
Marie
Antoinette Pemaisuri Raja Louis ke14 hingga ke hari ini masih disebut
sebagai ikon gaya hidup mewah yang penuh glamour. Pesta dan kenduri
kendara di Istana menjadi buah mulut warga Peranchis. Marie
Antoinette dengan boros telah membelanjakan dana negara untuk kenduri
kendara , berpoya-poya dan pesta-pestaan saperti tidak ada hari
esok.
Semua
ini berlaku ketika kaum tani Peranchis kebuluran dan kelaparan. Gaya
hidup boros Marie Antoinette telah menjadi peluru untuk menyemarakkan
gerakan tunjuk tunjuk perasaan kaum tani yang hidup semakin dihimpit
oleh Tuan Tanah dan Kaum Feudal.
Apabila
dana negara kosong Raja Louis telah mengenakan cukai pertanian yang
menjerut leher kaum tani. Marie Antoinette telah terus berbelanja
tanpa henti-henti. Menempah pakaian dan membeli intan berlian ketika
ramai Pak Tani mati kelaparan. Perangai dan kelakuan Marie
Antoinette ini telah membantu memangkin kemarahan kaum tani.
Akhirnya Revolusi Peranchis meledak terbuka.
Revolusi
Peranchis telah menghapuskan sistem Raja pada 12 September 1792.
Ahhirnya kaum tani melalui perwakilan mereka telah sebulat suara
bersetuju leher Pemaisuri Marie Antoinette ini dipenggal pada 16
Oktober 1793.
Itu
kesah di Eropah 200 tahun dahulu. Di Amerika Latin sesudah Perang
Dunia Ke Dua kita bertemu dengan Evita Peron. Minah ranggi - pandai
menyanyi dan berlakon. Si Mak Janda Berhias ini akhirnya menjadi
isteri kedua Kolonel Juan Peron.
Dengan
berlakunya beberapa rampasan kuasa di Argentina akhirnya Juan Peron
menjadi Presiden Argentina pada tahun 1946. Apabila Juan Peron
menjadi Presiden dengan serta merta Evita menggelarkan dirinya FLOA
– First Lady of Argentina.
Dari
fakta sejarah Argentina Evita dirakamkan sebagai sosok yang paling
berpengaruh dalam politik Kolonel Peron. Evita amat popular.
Berkubukan populariti ini Evita telah berjaya merembat harta negara.
Pada tahun 1947 Evita telah bercanda-canda ke Eropah dengan alasan
'lawatan resmi negara'. Lawatan ini dituduh oleh musuh politik
sebagai alasan untuk membuka akoun bank di Switzerland.
Manakala
di Asia Tenggara kita bertedmu dengan Raden Ayu Siti Hartinah a.k.a
Ibu Tien ialah isteri kedua kepada Jeneral Suharto yang telah meramps
kuasa pada tahun 1965. Rampasan kuasa yang ditaja oleh CIA ini telah
melihat pembantaian hampir 3 juta warga Indonesia penyokong Bung
Karno.
Ibu
Tien juga menjadi FLOI – First Lady of Indonesia. Sejarah juga
telah merakamkan bagaimana Wanita Pertama Indonesia ini cukup
berpengaruh. Malah dilaporkan oleh media Indonesia dan luar negara
tentang peranan Ibu Tien di belakang kuasa Jeneral Suharto.
Jeneral
Haji Muhamad Suharto telah memerentah Indonesia dengan kejam dan
ganas. Suharto telah membunuh lebih dari 3 juta penyokong Sukarno
ketika mengkonsolidasi rampasan kuasa. Satelah berkuasa ribuan warga
Indonesia telah hilang lesap. Pada tahun 1975 Suharto telah menyerang
dan menawan East Timor – tanah jajahan Portugal.
Jeneral
Suharto juga telah memerangi gerakan pembebasan Papua Merdeka dan
Gerakan Acheh Merdeka.
Ketika
semua ini berlaku Radin Ayu Siti Hartinah telah bertukar menjadi Ibu
Ten Percent. Apa sahaja projek di Indonesia jika ingin mendapat
kelulusan wajib membayar 'duit kopi' sebanyak 'ten perrcent' atau
10% kepada Radin Ayu Siti Hartinah. Dikatakan suami Wanita Pertama
Indonesia ini menjadi orang terkaya di Asia. Anak beranak Jeneral
Suharto berRaja dimata dan berSultan dihati.
Tidak
jauh dari Jakarta ada seorang lagi Mak Janda Berhias yang menjadi
First Lady. Namanya Imelda. Mak Janda ini sama saperti Evita
Peron adalah bekas Ratu Cantik yang menjual badan kepada
jantan-jantan yang berkuasa. Akhirnya menjadi isteri kepada
Presiden Marcos – seorang ditaktor yang berkuasa di Pilipina dari
tahun 1965 – 1986.
Imelda
juga amat-amat berpengaruh dalam kerajaan Marcos. Selama 20 tahun Mak
Janda Berhias ini telah merompak dan menjarah harta negara Pilipina.
Marcos sama saperti Suhato telah dipilihara dan dibantu oleh CIA dan
Amerika kerana dasar anti-komunis mereka.
Dizaman
Marcos beratus aktivis NGO dan aktivis anti-ditaktor telah hilang
lesap bagitu saja. Warga Pilipina selama 20 tahun terpaksa
berhadapan dengan kerenah dan perangai Imelda yang saban hari muncul
dikaca TV dan diakhbar-akhbar. Kenduri kendara dan pesta-pestaan
Imelda menjadi sebutan hingga ke hari ini.
Malah
pada satu ketika Imelda telah membuat festival filem yang dikatakan
lebih hebat dan lebih glamour dari Festival Filem Cannes. Pada tahun
1986 semuanya berakhir. Berjuta-juta rakyat Pilipina telah turun ke
jalan raya menghalau dan menghambat kaum keluarga Marcos dari bumi
Pilipina.
Paling
terbaru ialah seorang perempuan yang bernama Leila Ben Ali yang hanya
bekerja sebagai pendandan rambut. Si Leila ini dengan licik telah
berjaya mengahwini Zainal Abidin Ali yang merampas kuasa pada
tahun 1987 untuk menjadi Presiden Tunisia.
Minah
pendandan rambut ini memaksa media Tunisia memanggil dirinya FLOT –
First Lady of Tunisia. Untuk membuktikan bahawa sebagai sosok yang
prihatin Si Minah ini telah menubuh SAIDA badan amal melawan barah.
Melalui badan amal SAIDA ini dana negara telah disalurkan ke poket
Leila.
Kesah
gaya hidup bekas pendanan rambut ini cukup menarik. Pernah
dilaporkan oleh media Peranchis bagaimana Si Leila telah menghantar
sebuah pesawat khas terbang ke Selatan Peranchis hanya untuk membeli
air krim yang diminatinya.
Pada
4 Januari 2011 seorang anak muda 26 tahun bernama Mohamed Bouazizi
telah melakukan protes dengan membakar dirinya. Inilah permulan
gerakan jalan raya di Tunisia yang mengakhir 22 tahun kuasa Leila
dan Zainal Abidin.
Ketika
diburu oleh rakyat – Leila dan Zainal – telah memecah masuk ke
dalam Bank Negara Tunisia dan melarikan 60 kilo jongkong emas. Dua
ekor penjahat ini telah melarikan diri ke Saudi Arabia. Kerajaan baru
Tunisia telah menjatuhkan hukuman 35 tahun penjara kepad dua ekor
suami isteri ini. Malah hari ini Interpol sedang mencari Leila dan
Zainal atas tuduhan membunuh dan melarikan duit.
Marie
Antionette, Evita, Imelda, Ibu Tien dan Leila semuanya telah
dicampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Negara-negara ini yang
telah diporak perandakan oleh perempuan-perempuan ini kini sedang
berusaha untuk membersehkan jenayah perempuan-perempuan ini.
Kesah-kesah
perempuan-perempuan ini sedang berulang dihadapan mata kita.
Kesah-kesah ini tidak jauh bezanya dari apa yang sedang dihadapi oleh
26 juta rakyat Malaysia sekarang.
Kesah
di Malaysia juga bermula dengan seorang Mak Janda Berhias yang telah
merayau rayau mencuba nasib. Akhiri berjaya menghawini seorang duda
Lanun Bugis bernama Najib Razak. Sebaik sahaja Lanun Bugis ini
dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia – si Mak Janda Berhias
telah menggelarkan dirinya FLOM. Walau pun dari segi protokol First
Lady of Malaysia ialah Baginda Pemaisuri Agong.
Si
Mat Janda Berhias ini sedang membawa malapetaka yang maha hebat ke
atas bumi Malaysia. Belum pernah terjadi dalam sejarah Tanah Melayu
malapetaka sabagini. Kita ada membaca kesah Raja Bersiong di Kedah.
Raja Bersiong yang zalim disurahkan suka memakan hati dan darah
anak dara. Tapi ini kesah hikayat bukan fakta – bukan saperti yang
kita rasakan hari ini.
Akhbar
New York Times telah melaporkan tentang anak Rosmah melabor 100 juta
dolar untuk membuat filem di Holywood – bukan 100 juta
ringgit tapi 100 juta dolar. Ertinya kali tiga duit ringgit. Anak
Rosmah yang sama telah juga membeli sebuah ' pondok' yang bernilai
lebih dari 110 juta ringgit di New York.
Orang
ramai tertanya-tanya dari mana Mamat ini dapat duit? Malah, bekas
Perdana Menteri Mahathir Muhamad telah bertanya dari mana puncanya
harta kekayaan Rosmah Mansor dan Najib Razak. Soalan itu hingga hari
ini masih belum terjawab.
Rosmah
Mansor hanya anak guru sekolah bukan Puteri Raja Saudi Arabia.
Justeru, amat jelas bahawa harta kekayaan ini pastilah datang dari
duit dana negara. Mustahil dari gaji Najib Razak.
Kini,
hari demi demi hari bukti telah mula muncul tentang 1MDB. Syarikat
1MDB ini adalah badan pelaburan kerajaan yang dikepali oleh Najib
Razak yang juga Menteri Keewangan. Media telah melaporkan bagaimana
berbilion ringgit telah lesap. Media dan laman portal telah menulis
tentang 42 bilion ringgit hutang 1MDB yang akan menjadi hutang
negara dan akan menjadi hutang rakyat.
Semua
ini telah memaksa Mahathir Muhamad mengeluarkan pertanyaan -
siapakah jantan Cina Jho Low yang menjadi penasehat 1MDB. Cina ini
juga dikatakan telah berjaya 'merembat' duit negara melalui 1MDB.
Adalah juga dimaklumkan bahawa Budak Cina dari Pulau Pinang ini
adalah juga kawan baik kepada anak Rosmah Mansor.
Keadaan
ini juga telah memaksa Ketua Bahagian United Malays National
Organisation Cheras – untuk tidak dilihat bangang – dengan
lantang bersuara meminta Jho Low ini ditangkap dan dibawa pulang ke
Malaysia untuk disiasat oleh SPRM.
Kesah
Mak Janda FLOM ini bercanda-canda menggunakan jet resmi negara bukan
lagi satu rahsia. Kesah boros Mak Janda Berhias ini mungkin juga
telah sampai ke telinga bayi dalam kandungan. Marie Antionette
dikaitkan oleh sejarah dengan rantai leher intan berlian. Manakala
Rosmah Mansor telah dikaitkan dengan cincin intan berlian yang
berharga berjuta ringgit.
Paling
akhir ialah Kenduri Tersohor Kurun ini. Mengikut Mahathir Muhamad,
bekas PM ini telah mendengar bagaimana dalam kenduri perkahwinan
anak Janda Berhiasa ini, harga bunga sahaja telah mencecah 3 juta
ringgit – diulangi – bukan 3 ringgit, bukan 3 ribu ringgit tapi 3
juta ringgit. Ini baru harga bunga belum diketahui harga yang lain.
Apa
sebenarnya watak perempuan-perempuan ini? Siapa mereka ini? Kenapa
mereka berperangai sademikian. Tunggu minggu hadapan.(TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEDILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila puykul talipon:
03-92-21-30-45
------------------
7 ulasan:
TT...Aku percaya bila kau sambung cerita ini di minggu depan, kau mesti akan sebut perempuan jenis ini sah guna 'Nasi Kangkang'
Aku rasa Najib mungkin dah kena nasi tu..
Tapi jangan risau setiap lelaki yang terkena nasi kangkang, akhirnya akan tergolek lingkup.
memang sah rosmah mansor ini perempuan celaka.
kamu ingat dengan duit yang kamu ada boleh kambus bangkai kamu bila mati nanti?
mak janda jalang sial...........
ingat jj dgn helikopter........
maut bila2 masa........
curi lagi banyak wang sebelum nyawa anda dicabut malaikat.......
3 perkara rosak negara
1 rasuah
2 tak menepati masa
3 cinggey
jangan sampai cinggey ni menjadi batu sempadan menghalang bakat kita.
3 perkara yg rosakkn negara
1 rasuah
2 tak menepati masa
3 cinggey
jangan sampai cinggey menjadi batu sempadan untuk menhalang bakat kita.
Kepala hotak TT memang kreatif dalam teknik penyampaian. Tahniah !
Barua@sang algojo.hey nanti dulu
Catat Ulasan