Jumaat, 5 Jun 2015

BERFIKIR ITU BERTANYA





KOMENTAR
befikir ini memerlukan kudrat
berfikir memerlukan keberanian
berfikir ertinya bertanya
bertanya secara jujur pada diri sendiri
bertanya untuk mencari jawapan


malas berfikir 
ertinya malas bertanya 
malas bertanya pada diri sendiri
malas kerana takut pada jawapan yang ditemui

justeru menjadi pengikut
menjadi pembotot
menjadi pak turut
menjadi sebahagian dari yang ramai
adalah senang
lebih senang dari menjadi pemula

menjadi pemula dilihat kesaorangan
menjadi pemula dilihat tidak ramai
menjadi pemula menjemput kutukan
menjadi pemula menjadi ejekan
menjadi pemula menjadi pemikir

justeru
dunia ini ditemui oleh pemula!


Najib, Hadi akan terus memimpin kerana Melayu malas berfikir


Orang Melayu akan terus mengundi pemimpin seperti Najib Razak dan Datuk Abdul Hadi Awang kerana mereka malas dan tidak suka berfikir, kata bekas menteri Umno, hari ini.
Dalam satu posting di blognya,  Zaid Ibrahim berkata di bawah pimpinan Najib dan Hadi, Malaysia akan mempunyai "imej yang baik, pandai putar, tetapi kurang kukuh".
"Kaum Melayu menentukan siapa pemimpin Malaysia dan menurut Mahathir Mohamad, orang Melayu malas. Saya bersetuju dengan beliau. Melayu tidak suka untuk berfikir, itulah sebab wujudnya pemimpin sedia ada seperti Najib dan Hadi Awang yang menarik minat mereka," katanya
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-hadi-akan-terus-memimpin-kerana-melayu-malas-berfikir#sthash.MUpoP2vi.dpuf



----------

Tiada ulasan: