Ahad, 14 Jun 2015

TOL NAIK LAGI





Perdana Menteri “Khianati” Rakyat kerana cuba menyembunyikan berita kenaikan tol
13 June 2015

Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri yang menuduh pihak yang membocorkan maklumat sebagai pengkhianat. Ini satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Pada hakikatnya, kerajaan seharusnya telus (transparent) dalam semua dasar dan polisi kerajaan termasuk kenaikan tol. Sebarang cubaan menyembunyikan kenaikan tol daripada pengetahuan rakyat adalah satu bentuk pengkhianatan kepada kepercayaan rakyat.

Kedua, selama ini, pihak kerajaan sudah mengkhianati rakyat kerana menyembunyikan kontrak konsesi tol selama ini. Sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui kontrak-kontrak konsesi tol dan semua diletakkan di bawah OSA. Syarat-syarat Kontrak tol amat memihak kepada syarikat-syarikat tol yang kebanyakkan kroni UMNO-BN. Ini menyebabkan rakyat tertekan dengan kenaikan tol yang berulang-ulang setiap 2 tahun.

Dalam bajet 2015, Kerajaan sebenarnya telah memperuntukkan RM459 juta untuk membayar pampasan tol butiran 070100. Dalam sesi perbahasan pula, Timbalan Menteri KKR  Rosnah pula menjawab bahawa Kerajaan terpaksa membayar RM560 juta untuk membayar kenaikan kadar tol. Ini bermaksud ada kekurangan RM101 juta walaupun telah ada peruntukan membayar syarikat tol. Maka saya jangkakan bahawa kadar kenaikan tol mungkin berlaku pada beberapa konsesi tol dan beberapa konsesi tol pula akan dipampas.

Saya juga menjangkakan, jika kerajaan ingin menghentikan segala kenaikan tol kerana takut kepada kemarahan rakyat, Kerajaan  akan terpaksa menggunakan kutipan GST untuk membayar syarikat Tol. Kutipan GST telah mencecah RM6 bil dalam 2 bulan dan melebihi jangkaan kerajaan. Saya ingin memberi amaran kepada kerajaan untuk berterus terang kepada pembayar-pembayar GST jika ingin membayar syarikat tol menggunakan kutipan GST. Janji Perdana Menteri adalah berterus terang tentang penggunaan wang kutipan GST.

Saya ingin menekankan pendirian bahawa jika kerajaan ingin menggunakan wang GST untuk membayar syarikat tol, mereka harus “declassified” kontrak konsesi. Biar rakyat tahu wang GST yang mereka bayar digunakan di mana dan bagaimana. Pembayar GST menuntut ketelusan dan akauntabiliti dalam penggunaan wang cukai GST. No taxation without accountability.

Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru

-----------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak naik DUIT TOL , mana lagi nak dapat DUIT bayar hutang 1MDB , PFI , SRC

Semua nak DUIT kan

JET BARU NAK MINYAK JUGAK!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Rakyat bukan boleh buat apa pn...dh kena nasi kankang rosmah....brimmmmm brommmmmm