Ahad, 7 Jun 2015

TOLAK LANTIKAN






Tolak Lantikan, Usah Ganggu Kompas Presiden PAS

Kemenangan besar pasukan yang bersama-sama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membuktikan bahawa majoriti perwakilan 'tidak selesa' dengan stail perbezaan pandangan yang diamalkan PAS selama ini. Jelas lagi bersuluh bahawa majoriti perwakilan mahu kesemua pimpinan memberikan ketaatan sepenuhnya kepada Presiden parti tanpa mengatakan 'tidak' samada dalam hal pentadbiran dalaman mahupun politik.

Dalam kemahuan yang begitu kuat ke arah itu, pasukan yang kalah seharusnya faham bahawa telah tiba masanya untuk PAS mempunyai sebuah pasukan pimpinan yang solid di belakang Presiden. Lihat sahaja senarai panjang nama-nama yang menang. Tidak hanya mempunyai daya intelektual yang tinggi, ketokohan mereka diakui oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini. Ustaz Mokhtar Senik sebagai contoh. Seorang agamawan yang sering memberikan ulasan-ulasan bernas tentang hal ehwal perdagangan, ekonomi dan polisi-polisi negara di laman facebook beliau. Tokoh sebegini sememangnya tepat dan layak untuk dikedepankan PAS dalam usaha memenangi Putrajaya.

Tidak termasuk Ustaz Zaharudin Muhammad, seorang pakar ekonomi Islam yang sering menerima pengiktirafan oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa. Bahkan pernah 2 kali dalam forum, Ustaz Zaharudin dipuji secara terbuka oleh sahabat saya, mantan Ketua Ekonomis Bank Islam yang pernah bertugas di Pejabat Menteri Besar Selangor, Saudara Azrul Azwar Ahmad Tajudin berhubung kupasannya yang cukup bijak berkaitan dengan asas-asas ekonomi serta terminologi-terminologi dalam ekonomi.

Kita yakin dan percaya tokoh-tokoh yang menang ini mampu memimpin PAS tanpa keterlibatan pasukan yang kalah serta sering disinonimkan sebagai 'bermasalah'. Pasukan yang kalah ini sebaliknya harus bermuhasabah diri berhubung tindakan-tindakan mereka yang sering berlagak pandai mempersoal langkah politik yang diambil Presiden. Mustahil orang nombor 2 Kesatuan Ulamak Sedunia boleh tersilap dalam hal ehwal percaturan politik, apatah lagi ditipu oleh UMNO.

Sebagai seorang yang berjiwa besar, kita yakin Tuan Guru Presiden akan melantik semula pasukan yang kalah untuk duduk dalam kabinet pimpinan selepas muktamar ini. Namun demikian, kita benar-benar mengharapkan agar pimpinan-pimpinan yang telah kalah ini 'sedar diri' dan tidak menerima pelantikan tersebut. Gesaan ini penting supaya Tuan Guru Presiden tidak lagi diganggu-gugat untuk membuat keputusan-keputusan besar dan penting selepas ini.

Shazni Munir Mohd Ithnin
Perwakilan / Timbalan Yang Dipertua
PAS Kawasan Sekijang




---------------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah
ganu kalah kedah kalah
semua pas pegang kalah
tengok kelantan apa jadi
pas pegang bertahun
kalau banding negeri selat
jauh ketinggalan
semua nie menuju ke syurga
tapak kaki pas ada syurga
syurga ada mini cooper
syurga ada din ayam tak sembelih
kah kah kah
pi mamposssa lah

Tanpa Nama berkata...

Mokhtar snake? Din ayam? WTF! Agamawan? Pakar ekonomi islam? WTF! Shazni Munir? Timb. YDP? WTF! Kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Haha..kepalabutuh hang la Munir.. Dah jelas yg PAS ni parti kampung..tak ubah mcm parti UMNO..

Pada aku golongan ulamak PAS langsung x dinamik. Semua lembik2. Jaguh kampung tetiba nak bersilat melawan UMNO. Dari muka2 yg dipilih, aku rasa PR akan terus kucar kacir.

Jika ada saki baki cita2 nak lihat PR akan menang PRU, lupakan sajalah. Demi Allah, akulah orang pertama akan bunuh diri jika PR dgn kepimpinan saf PAS yg lembik mabuk pil kuda ni, boleh menang PRU. Paling tidak pun, boleh usaha turunkan harga barang yg mengalahkan Tokyo dan London ni.

Aku bukan x respek ulamak. Kalo takat yg tinggal cenggini ja yg ada.. sodakollahulazeem la.. langsung x dinamik.. kalo takat nak beramal ibadat, ok la. Tapi nak halau UMNO..demi Allah..aku berpegang dgn janji aku tadi..

Pergi lanchow la semua ini..

Tanpa Nama berkata...

Cerita cerita PAS ini cerita bebudak !BAHALOL

Mana ada nilai ekonomi pon

Meminta minta saja kerja nya , semua nya malas dan bodoh Otak Gred 3.

Apa kan daya , orang orang Melayu memang BODOH pun.

Tanpa Nama berkata...

Kemenangan pertama team ulamak PAS 80 jkkk Penang letak jawatan....pemimpin yg bijak ialah pemimpin yg boleh digest bukannya yg pandai cantas.....dlm mana mana parti pun terdapat berbagai perlakuan manusia....Kedah hilang masa sapa...tghh sendiri hilang negeri....kota dmsara pru13 sapa sain watikah calun....last2 kalah....skrg wakil semua wakil PAS di Penang kena resign...kedudukan pakatan di Selangor skrg boleh dipersoal...Cuba cerita...

Tanpa Nama berkata...

Pas boleh tutup bukulah dalam arena politik .....kat Selangor tu pun yang pegang jawatan dalam kerajaan negeri dan anak2 syarikat kerajaan bolehlah mula kemas barang2..jangan angan2 lah nak kekal. Ikutlah contoh Mat Sabu.

Tanpa Nama berkata...

statement kepala nutuh..............
pergi lanchow munafik......
kah...kah...kah.....

Tanpa Nama berkata...

Bye Pas, good riddance. A long time coming, long overdue