Isnin, 13 Julai 2015

HARAPAN BARU





JANJi BAKRI

HARAPA

BARU

KOMENTAR
ke arah politik baru
ke arah perjuangan baru
ke arah garis baru
sebuah wadah perjuangan
untuk anak semua bangsa




Sebelum parti baharu, Gerakan Harapan Baru diumum sebagai tapak aktiviti


Kumpulan progresif yang tersingkir dalam PAS akan mengumumkan secara rasmi tapak aktiviti mereka yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB) pada satu sidang media hari ini, sebagai pra kepada penubuhan parti politik baharu di Malaysia.
Ia akan diumumkan pengerusinya Mohamad Sabu, selepas pembentukannya pertama kali diumumkan pada pertemuan di Muar, Johor, 16 Jun lalu, mengambil nama G18 sempena 18 pemimpin yang tersingkir pada pemilihan parti awal Jun lalu.
"Esok kita akan umumkan struktur asas gerakan ini sebelum membuat jelajah atau 'roadshow' seluruh negara selepas Aidilfitri ini," kata sumber kumpulan itu kepada The Malaysian Insider semalam.
Roadshow pertama akan diadakan di Kota Baru dan Perlis pada Hari Raya ketiga, Ahad 19 Julai, di mana pemimpin mereka akan bertemu dengan orang ramai bagi menguji sambutan ke atas mereka.
Sebelum ini, kumpulan ini mengadakan 2 pertemuan umum iaitu di Bakri dan Tongkang Pechah, kedua-duanya di Johor, yang kini menjadi pusat aktiviti utama kumpulan ini.
"Di kedua-dua majlis di Johor itu, kami mendapat sambutan yang baik. Kami akan nilai sambutan terhadap kami di seluruh negara pula dalam roadshow selepas raya ini," kata sumber itu.

"Selepas 2 program ini, kita akan adakan pula program yang sama di seluruh negara untuk sambutan dan kehendak rakyat terhadap kami," kata sumber itu yang turut memaklumkan jurucakap rasmi kumpulan ini adalah Mat Sabu dan timbalannya Salahudin Ayub. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sebelum-parti-baharu-gerakan-harapan-baru-diumum-sebagai-tapak-aktiviti#sthash.qyCBQ4x0.dpuf

SELAMAT 

BERJAYA

------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak bukak bukak lagi Parti Baru GAHARU

Banyak banyak cakap buat apa????

Bahalol !!!!!!!

Talk Is Cheap.

Just Do It !!!!!!!

Bazir MASA saja buat apa ; BODOH lah.